Oct 7, 2016

Yogyakarta Trip Day 1 - Part 1

Assalamualaikum and hellooo!



Lagi 2 hari nak genap dua bulan trip sis pi yogyakarta dan sila maklum tahap malas untuk update blog bagaikan azila bila dah jumpa katil dan biarkan fyp terkapai. ehh!


Jap, sis tengah fikir sama ada nak tulis gaya skema atau pun gaya entah hape guwa aku semua ayat terkeluar. tapi rasanya biarlah sis tulis skema biar mudah untuk baca di kendian hari oleh anak cucu cicit dan generasi sis yang akan datang.

Jadinya, tanggal 8 Ogos - 12 Ogos 2016, sis, adik sis si nadia dan juga kawan sis si zira montella telah selamat pergi dan balik untuk trip kami yang telah dibeli tiketnya setahun awal. hahaa. beli tiketnya awal setahun tapi rancang itinerary seminggu dua sebelum gerak. 

Seminggu sebelum nak gerak baru hegeh-hegeh nak buat passport and the result is disaster which time tu diperkenalkan sistem buku baru and orang yang nak apply passport memang raaaamai nak mampus!


 suasana dekat Pudu Sentral. Beratur sampai parking okey!


This one dekat PKNS Shah Alam. Pukul 3.30 pagi kami datang beratur buat passport punya pasal.



Banyak tempat pergi untuk urusan passport ni. PKNS Shah Alam, Pudu Sentral and Putrajaya. I even called for Imigresen Teluk Intan but the situation sama je. Ramai orang. Ateen, Shauqi and Azreen tak silap faced the same problem. Ateen and Shauqi punya tarikh travel dedekat je dengan sis rasanya so faham macam mana perasaan desperate to make it done. Hewhewww


Okey back to story, zira turun dari JB and overnight at my house kat Shah Alam. Around 4am we all gerak pergi KLIA2 walaupun flight kitorang pukul 9 pagi sebab my parents need to rush back to Sungai Besar since mom need to go for work.


Melepet laa kitorang tunggu pukul 9 tu. Gerak pergi ke gate pun berlenggang kangkung sebab kitorang masuk awal.

 kami breakfast kat 7 eleven jek makan roti sebab tak nak perut meragam dalam flight

kat bridge on the way nak naik flight dah


Sis dapat seat sebelah malaysian guy. Dia first time datang indonesia and pi sana pun sebab dia intership kat one of company sana. Sis apa lagi, temuramah laa dia. Tapi tak banyak pun info dapat since dia cakap dia bukan pergi sendiri. I mean intership dia tu bukan dia yang uruskan sendiri. University dia macam ada bagi link to apply internship overseas something like that laaa. Lupa nak ambik contact dia kut nak tanya in detail. Internship next year kan. Hahaaa.


Saaaaaampai je sana.


Actually, dah survey nak naik teksi pergi hotel. cost us around IDR75,000 je pun. tapi sebab otak blur masa tiba arrival tu and ramai orang memanggil-manggil dan dan je sis terus pi kaunter Kendali Transport kut kat balai ketibaan tu. Lupa dah nama dia. Dah laaa kena charge IDR150,000. 


Kalau hotel pick up kat airport pun baru IDR100,000 tauuuu. Sedih betul. Airport ni ada sumpahan apa-apa ke kat sis? Masa dekat Vietnam pun sama je. Tapi tu kena dengan unregistered taxi. Choii je kena USD20. Zzzz. So make sure kalau korang sampai je airport kat Jogja tu for those yang decide nak naik teksi, pergi kat kaunter Rajawali Teksi.

Haaa habis kisah transport tu. So dalam kereta kitorang deal dengan driver ni Pak Istiyar untuk jalan firsti day. Sebab kitorang ingat nak jalan area bandar je for first day tu. 


Tapi dia cadangkan kitorang pergi Candi Sambisari and Candi Hijo untuk tengok sunset. Actually kitorang dah deal dengan transporter lain dari Malaysia, tapi dalam kereta tu tetiba macam dah selesa dengan Pak Istiyar ni so kitorang minta fikir untuk teruskan untuk trip next days. After fikir and timbang tara and nego, kitorang decide teruskan dengan Pak Istiyar ni and cancelkan dengan transporter we hired from Malaysia tu. Rasa serba salah laa jugak tapi untuk keselesaan kan?


So first day kitorang pergi dua tempat je. Candi Sambisari dan Candi Hijo

Candi Sambisari - IDR2000
Candi Hijo - Free

****
Before pergi first Candi, kitorang pi makan dulu. Laaaaapar okeyyy


Lupa makan apa and dekat mana. Kitorang tak buat research pun pasal food place so mana pak supir kami bawak kami on je. Senang travelmate pun jenis tak memilih makanan. Total semua ni IDR68,000

****







Few photo at Candi Sambisari. Gigih pergi time tengah panas terik tau takkkk. Hahaaa. So basically I can assume here that some Indonesian kids love to hang out here. Kalau sis kat Malaysia tu idok nye laaa. Candi Lembah Bujang pun tak sampai lagi :P






****



  

Nampak tak dalam gambar tu berapa ramai umat manusia datang sebab nak tengok sunset. Sementara kitorang tunggu sunset tu kitorang main teka-teka orang. Sama ada Malaysian or Indonesian. Sebab majority pakaian dorang sama je macam kita, tapi well bak kata orang kan eksited tu tinggi bila nampak rakan senegara. Tu main teka-teka tu. Tapi hampa, semua indonesia. Hahaaa



******



Malam kitorang jalan-jalan kat Malioboro street je untuk survey harga barang. dan juga cari tempat makan. saja nak try nasi gudeg tu apa benda since ramai sangat mention pasal famous dishes tu. it is actually nasi bersama kulit lembu. Tak berapa sedap bagi sis sebab kulit lembu tu lembut sangat. 


*****

Total damage first day

Transporter ke hotel - IDR150,000 /3
Deposit kereta + Trip 1st day - IDR167,000 /3
Upgrade hotel to family room - IDR300,000 /3
Candi Sambisari - IDR2000
Lunch  - IDR68,000  
(myself alone IDR23,000)
Dinner - IDR129,000
(myself alone IDR33,000)


divide 3 sebab kami pergi bertiga. elok bawak 4 orang kalau korang decide nak pi senang dari segi pembahagian duit.

so total breakdown first day untuk sis seorang.

IDR263,600

persamaan

MYR84 sahaja tak termasuk benda karut marut yang sis beli.

sebenarnya.

kalau ikutkan sis habis for first day tu around IDR550,200 bersamaan RM175.

Malam tu sis bershopping laaa of course! Sis tak cakap ni trip bajet kan. tapi untuk korang yang ada tight budget tu rancang bebetul. Hotel + Transport tu boleh dapat lagi murah. and it is depend on your trip plan jugak sebenarnya,

so next entry tunggu part 2 okey! 


kerja kami bertiga tiap malam before tidur. 
buat calculation budget for that day dan juga for next day. 


No comments:

Post a Comment