Feb 7, 2016

#Part2 Gunung Ledang

assalamualaikum and hai!


Konon sangat nak berpart 2. Nanti berhabuk tak update. LOL. Dah masuk new year wehh new year patut dah kena move on tapi bila tengok last entry pasal gunung ledang, sadis engko tahu.

Sampai tangga mahligai je aku update! Kau tengok dia punya malas nak menulis tu macam debu-debu berterbangan diawang-awangan acewahh :D

*** 

Okey disebabkan kitorang ni bermalam kat atas. Nak tengok sunrise objektif dia. Maka segala beralatan hiking waktu malam kena prepare. 

Lucky us even our guide pun cakap kitorang saaaaangat lucky sebab dari kitorang pegi sampai selamat turun cuaca elok je. Pemandangan sangat-sangat clear dari puncak tu.

Kitorang start hiking pun agak lewat jugak laa around 4 kalau tak silap. Sorry cerita simpan lama kot. So ada few info yang samar-samar :D

Pasal fees insurans apa semua memang tak tahu sebab kita ni tukang ikut jek bukan tukang yang manage trip ni. Ehee

So sampai CP4 which campsite at Kolam Gajah around 7. Time ni tak gelap lagi and aku antara girl yang awal sampai. Awal sampai pun sebab gigih ikut ajib? Ajib kot nama dia lol and siti. Diorang ni consistent je and nak sampai CP4 tu tak banyak sangat mendaki. So kurang laa sikit penat dia tu. Kihkihh. Stamina ciput kennnz.

So sampai pasang khemah apa semua pastu siap-siap masak for dinner. Sejuk okey! CP4 tu kawasan air terjun soo sejukk nasib hakak tak selesema.

Haa! Time tu pun baru je baik demam cis banyak kali jugak aku demam sem 3. Antibodi tak kuat langsung.

Yang mana solat tu boleh laaa jama' ikut jugak jarak korang bermusafir tu. Since kitorang dari jb haa jama' laa magrib and isyak. 

Lepas makan. Cengkerik pun berbunyi siap-siaplah untuk tido. Sape gigih nak mandi, boleh laa mandi memalam tu. Kalau sis mandi, terus sambung demam seminggu. LOL

So kitorang sambung hiking ke puncak around 2am. Aku siap bersweater takut sejuk time hiking pepagi tu sekali panas bakhang. Adalah around 15 to 30 minutes je aku gigih pakai sweater tu. Heh. Lepas tu jadi alas duduk jek ahaa sebab aku ikat kat pinggang memang jadi alas laa kennz.

Kitorang tak lalu KFC (killer fitness center?) track pepagi tu sebab guide tu cakap rugi pun tak nampak pemandangan.

Gigih je pakai sarung tangan. Last-last sebab panas and rimas pakai sebelah tangan jee. Baju hujan pun prepare sebab takut hujan pagi tu but Alhamdulillah the weather are sooo nice.

Nampak cahaya lampu dari bandar. Memula aku ingat tu unggun api. Dalam hati, ramai jugak eh yang bercamping. Pastu tanya brader guide tu baru laaa ooohhh bandar. K k.

Lupa nama checkpoint kitorang berhenti sementara tunggu subuh tu. Haha sebab time sampai tu semua dah bergelimpangan. Lagipun gelap lagi. Aku antara yang last-last ni harus laa mana ada tempat kosong main selit jee janji dapat baring! Mana pepagi buta tu ada mood nak tanya itu ini kennnz :D

Dah lepas solat subuh apa semua, hiking terus sampai puncak. Time ni dah banyak batu-batu. Pokok besar pun dan takde. Pagi lagi lagi atas gunung so sejukk.

Sis macam biasa antara yang terakhir lol tak gigih laaa nak jalan lelaju. Lagipun ken nak bersiar-siar ataih gunung tengok panorama hahaa. Alasan! 

Nak sampai puncak dia, memang akan banyak guna tangga. Bab ni aku suka. Sebab balance guna tangan kaki. So pressure tak banyak dekat kaki and quite relax. 

Dah sampai puncak tu perasaan dia, hm heartless. LOL. Tak eksited sangat tak jugak rasa macam wow wow wow. Kagum kejap jelaa penat tu lagi banyak mempengaruh emosi. Ahaa. 

Soo aku tahu, im not hiking type person. 

Kat ataih kami makan megi.

Bila nak turun tu part ni paaaaaaaling aku suka. Enjoy jek sebab tak penat macam masa nak naik. Hahaa.

Tapi kesian dekat syu siap muntah balik megi dia makan tu. Muka pun pucat je. Nasib kitorang ni antara kelompak group paling last. Oh kitorang ada dalam 24 ke 28 yang join hiking tu. Guide ada 3 orang. Satu jaga depannn sekali. Satu jaga tengah and satu jaga belakang.

So mana antara yang belakang tu abang tu sabar je layan kami ni. Hahaa yelaa jalan sikit rehat yang over :p

Kitorang siap terlentang baring tengah track tu. Time tu aku ngan salina jalan laju sikit dari diorang. Agak dah jauh tu kitorang dok baring tunggu depa datang kat kami pastu sambung lagi jalan lelaju baring tunggu dorang datang. Haa macam tu laa dua tiga kali.

Pastu kacau rafiq. Salina dengan aku laa dok potpet. rafiqnya tengah penat muka heartless gila. Suruh senyum pun tak layan seteghes aku tengok dia lol.

Time sampai kat campsite tu, mandi pastu masak-masak untuk lunch. Packing khemah apa semua pukul 2 petang sambung target sampai bawah around 4 petang. Tapi sebab kitorang ni jenis hegeh-hegeh, aku dengan syu berdua sampai 4.30 macam tu.

Sampai bawah mandi apa semua lepas tu bergelimpangan tidur. Oh aiskrim asam boi sedap. Hahaa. Time tu badan dan start sakit-sakit dah. Memang nak tidur pun susah. Nak solat memang gigih je tahan macam terhuyung hayang nak jatuh.

Bas kitorang lambat sampai. Bayang kan patut petang tu dah gerak balik JB, pukul 11 malam tak silap bas baru sampai.

Nampak laa sikit muka serba salah si shauqi bila merungut. Kihkihh. 

Bas dah datang. Pi berhenti kat mamak. Perut dah kenyang memang tidur tak hengat sampai mitec baru tersedar.

Sampai mitec around 2am tak silap.


Tu jelaa kot sikit sebanyak yang aku ingat.

Gambar pun dah transfer dalam laptop. Ni sebab update guna phone so gambar memang takde laa kennz.


Belanja satu dulu. Nanti kalau bukak laptop, aku topup gambar. Tapi tak banyak pun gambar since rajin sangat laa aku kan time hiking nak ambik gambar. Harap ehsan orang send through whatsapp jelaa.

*** 

Btw, thanks korang yang join trip ni! Macam aku cakap dengan syahmi, aku join sebab saja je nak experience. Next time kalau turun gunung aku nak. Panjat tu tunggu mood baik insyaAllah boleh consider lagi.


Till then, salam. Kalau rajin esok adalah entry baru. Kalau malas nak tulis tu datang. Mungkin tahun depan?

Habis hutang for gunung ledang. No more another part. Much love. Xoxo

No comments:

Post a Comment