Feb 7, 2016

#1 Lepak dan Sembang

assalamualaikum and helloo!


Sooo, hahaa bye byee laa entry gunung ledang tu masyaAllah pemalas aku nak menulis ni memang dah macam apa je kan malas dia. Biarlah memori tu tersimpan kemas dalam kepala aku jek. Lol

Btw, tadi lepak and sembang dengan family aku. Cuti raya cinakan? Sembang pepetang. This is why i love to be at home. Sembang and lepak session with family hiks.

Tengah sembang-sembang tu tu aku duduk menempellah sebelah mak aku sambil compare kan kulit aku dengan dia. Lol aku ni gelap baaaanyak entah ikut sapa entah kulit aku ni hmm.

Time tengah compare tu mak aku cakap ke aku, mak dah separuh abad dah. Dah memacam masalah dah mak hadap. Engko perjalanan jauh lagi nak tempuh. Banyak lagi masalah yang kau kena hadap.

Lebih kurang macam tulaa ayat mak aku tu.

Aku senyum jee. Pastu slow-slow aku cakap ke mak aku. Ila takmau laa hidup. Nak meninggal awal. 

Mak aku terus cakap, kalau rasa amalan dah banyak boleh jee nak meninggal awal.

Pastu pap habis topik tu sebab adik aku nyebok menyampuk.

***

Memang kekadang tu aku selalu je fikir. Lagi elok meninggal awal dari nak tempuh memacam benda kat dunia ni. 

Belum lagi bab nak hadap jenis manusia bertopeng. Belum lagi bab sistem kehidupan yang banyak berorientasikan barat. 

Memang orang cakap siapa suruh hidup ikut cara barat! Kennnz.

Maksud aku, nilai sistem kita harini banyak berorientasikan riba. Takut weih. Lagi kalau ada family sendiri, nak membentuk manusia jadi manusia yang baik tu bukan senang dengan tekanan ekonomi siap masalah sosial lagi.

Mati awal paling kurang engkau bawa dosa sendiri. Tapi tulaa bekalan dah cukup ke? 

***

Dia bila dah besar fikir benda macam ni, nak buat jahat tu kurang sikitlah (jahat ke dulu? Nakal sikit kot) tapi bila nak buat baik, masih terhegeh-hegeh jugak. 

Sebab jenis biar ek elee di mata orang. Baik sendiri, diri sendiri tahu.


Apa aku melalut entah. Till then salam!

No comments:

Post a Comment