Feb 29, 2016

Appreciation dayy

Assalamualaikum and hellooo!

Hahaa okey.


Soooo harini kitorang ada DL award at Berjaya Waterfront Hotel JB.

Sem lepas aku tak harap pun dapat sebab pemalas nak mati jin malas tu bermaustatin dalam badan taknak keluar time minggu-minggu last nak dekat exam.

Tapi masa tengok result tu kah aku terus tunjuk phone dekat makpak aku. Reaction diorang? Priceless gilaaaa so guwa pun happy. Selama ni bagitau result through whatsapp je so dorang cakap tahniah tapi tak nampak laa reaksi dorang cane kenn.


Syida, ittew, raden and wida

Pegi dengan diorang. Actually kenal wida jee tapi aku ni sembarang je memana pun okey and they all pun fun okey. Takde laaa aku krik krik ditepian pantai tersisih sensorang. 


Dah laaaa datang lambat. VVIP sangaaaatt. Bonda tengah bagi ucapan, wida and i tercongok-congok cari kerusi macam mak ayam cari anak. Level segan 98% kot time tu. 

Mana ada kosong duduk je. Perut aku buat problem pulak tu guwa sabar je tunggu ucapan habis. Lepas tu makan session. Food dia quite okeyy. 


And valvel cake dia sedap! Aku ni dah laa tak suka cake so kalau aku cakap sedap tu dia memang bebetul sedap okey! Hahaa. 


Time ni kitorang pindah meja duduk dengan raden and syida sekali. Dapat laa kawan baru sorang, syah. Krik krik dia sebab lelaki sensorang kat meja tu yang lain sume girls. Kawan dia tak datang katanya. Iye kann ajeee. Hahaa


Azie and saya. Ni roommate time sem 2. Maybe sebab si azie ni jenis suka bercerita. Aku pulak jenis suka mendengar so combination kitorang buat aku selesa nak berwoi dengan dia. Hahaaaa congratss wei!

Dulu masa satu bilik pattern study kitorang kontra. Si dak azie ni jenis study tengah malam sampai pagi buta. Aku pulak jenis lepas subuh duduk melangut kat kerusi sampai mata berpinar. K tipu hahaa 

Tapi jenis dia study malam aku study pagi. Malam pulak aku tidur awal so aku macam eh ehh budak ni bila masa dia study :P


Melalut pi jauh sangat dah ni


***

So tahniah untuk semuaaaa. Dulu 2014 tak dapat nak mai sebab intra so peluang nak celebrate dengan geng diploma terlepas camtu je. Alhamdulillah ada rezeki lagi nak merasa.

***

Haritu adalah yang tanya kenapa tak tolong kawan kawan awak dapat DL sesama. Kawan-kawan tu refer to zuhairah and markonah.


Aku pun speechless.


Taktau nak jawab apa. If dia tahu macam mana aku nakkkk sangat celebrate sesama dengan diorang. Yelaa time diploma dulu dah terlepas so berharap laa time degree ni. Rezeki diorang belum tiba.


Compare diorang and aku. Diorang punya work hard tu lagi berganda. Perangai aku korea dulu few episodes lepas tu konon nak study. Bukak buku kejap merengek ngantuk.


Cara aku pun kelaut takkan nak ajak orang buat gaya gitu. Sooo please jangan persoalkan rezeki orang. Rezeki masih belum nak tiba. InsyaAllah it will with His wills.



Geng silat cekak pusaka hanafi. Hafiz, saya, aiza and bobbbb hahaaaa k


With ustazah wan nor hana.


Terasa wahh bila ustazah still ingat nama. Last kelas dengan ustazah  kelas etnik time sem dua. And kelas etnik ada 100 something students and every sem ustazah ada raaamai student sbb kelas etnik campur kan dengan engineering student. 


Hey please bangga if lecturer know your name even you're not a big name at MITEC. Tu pun salah satu appreciation when you're being recognized :)


***


Okey aku nak tulis pasal appreciation day ni jee tapi macam banyak terpesong cerita. Apa pun tahniah untuk semua. Work smart lagi for this sem and the next following sem. 


Semoga dapat ilmu yang bermanfaat untuk diri agama and bangsa. 




Till then, bye assalamualaikum :)

Feb 27, 2016

#2 Random: Ke Laaaaaaaaaaut

Assalamualaikum and hellooo!


macam tajuk dia kat atas haa memang ke laut. 


**

haritu aku ada update blog pasal obsesi dekat sesuatu kan. konoooooon uninstall facebook twitter semua padahal after few days install balik. hahahahaaaaa angan-angan di bawa angin. heh!

**

tapi masih dapat kawal nafsu dengan wattpad. tu pun puas tahan diri. oh twitter juga. aku guna private twitter yang isketammbola tu je untuk aku merepek meraban sesuka hati without nak kena control everything eh tapi aku masih tak caruts kot soooooo kira behave lagi laaa kenn.

tu pun penat aku block and unblock orang dekat twitter tu sebab taknak diorang follow aku. nak limit my followers lagi senang nak merepek bebanyak.


noajila?

nak masuk seminggu juga tinggal. tu macam tak kesah sebab dah bosan. dekat situ pun sekarang nak tweet memacam sangat pun kena behave juga. 

if manners maketh man. 

then,

elegance ladies come with manners.


so segala perbatasan di sosial media kena jaga sebab mungkin kita tatap hanya skrin ketika menulis tapi mata yang memandang ibarat sepelusuk dunia. mak pun ada few time laa tegur iols time zaman sekolah dulu. tapi sekarang tak pun sebab jarang update facebook. kalaulah kalau mak ada twitter. ahahahhahahaaaaa.


btw, marilah hidup dengan aman! 

tak suka mute. tak perlu bising canang sana sini.


tak suka boleh unfollow what? facebook pun ada button unfollow kan sekarang kalau dah annoying sangat dengan kawan yang rajin update sehari 100 kali tapi kau masih nak jaga hati dia punya pasal taknak unfriend or block,

unfollow them! their status wont appear on your wall.


nak hidup aman damai ni senang je. kita pilih cara kita sendiri.



benda remeh temeh ni tak payah nak sesakkan hidup sangat, membazir masa tahu?


aku rasa macam dah jauh sangat lari dari ke laut tu.


ah tapi kan nama pun entry ke laut. lagi pun entry random kennn. soo nak cerita benda lain tertaip benda lain. eh sudahlah. lagi panjang lagi kemana-mana entah.


yang penting, 
dah boleh sembang bergossip duduk lepak dengan 'diorang' after ignore them for almost one year. 2015 worse year ever. padahal kawan lepak makan tidur sekatil hangout overnight and soooo much things that we have done together. 


kalau nak kira manis tu laaaaaagi banyak dari pahit. kenapa perlu nak kenang benda pahit kalau benda manis lagi banyak kita buat sesama? 

mana boleh nak lupa kita tersadai sama-sama dekat kfc puduraya pukul 3 - 4 pagi sebab nak tunggu bas pukul 6 balik sungai besar. mana boleh nak lupa gatal-gatal satu badan kena gigit pepijat naik bas maju. mana boleh nak lupa geng kita yang 7 orang tu. 

banyak kalau nak list satu-satu.



I cant be a loyal friend. but I can be a friend who lend you a shoulder and ears for you to cry on.




Apa pun masih belum terlambat untuk harapkan yang 2016 ni lagi better dari sebelumnya.
InsyaAllah.


Bye. Xoxo

Feb 20, 2016

#1 Random: Obsesi Terhadap Sesuatu

Assalamualaikum and hellooo!


Decide to write about it as my future reading. Either success or not to take the challenges made to myself. As I stated at twitter, I've an obsession towards reading yang mana bila aku figure out it turn out to be soooooo bad. No reading isn't bad. But the obsession is. 


***

2 days I'm lying on my bed. Of course laaa tak 24 hours. but it take more than nearly 9 hours only per day lying on my bed reading Wattpad. and now rasa badan lemah je -__-

So i've decided to uninstall wattpad on my phone after 2 days. Actually i'm working on FYP. I need to prepare for defend proposal since there is few day left and only few hours tolak makan minum pi kelas waktu malas waktu tidur and so on. 

So masa tu tinggal sikit je. So I need to manage my time well. That is why decided to uninstall that since it take my time a lot. I cant control myself to stop if I've started. Annnnnnd decided to uninstill facebook, twitter and all social media excluded instagram to stop myself from living on social media planet.


So it just only few hours ago since I decided that but tangan ni dia macam automatic tau bila ambik phone, the first thing that I want to open up is social store which located all my social media account. But realize oh I just uninstall it after not seeing twitter icon so put away again my phone. It happened few times.


So bila dah jadi macam tu rasa my obsession for social media agak teruk jugak. So better do something. I want my free life where I can stand alone without phone. 


Faham?


Pernah juga fikir after habis belajar ni nak close all my accound for good but its such a waste as my old friends all there. So decide keep it but never use it. 


Hope my life will getting better after this.


Obsession is a disease. Only strong people can fight with it. 

Hope I'm strong enough :)



Feb 19, 2016

Insecurity

assalamualaikum and selamat petannng!


Bagi salam pun nak eksited hahaa.

***

Btw, saja nak tulis pasal dealing with insecurity. Alhamdulillah sepanjang aku hidup tak pernah lagi rasa insecure dekat someone sampai confidence level jatuh teruk. Apa yang aku perhati once your confidence level fell on your feet, some can lead to depression. 

So, tak payah rasa insecure sangat dekat someone. If you tengok dia cantik, jangan jangan and jangan sesekali compare diri kita dengan dia. Kalau tengok apa sahaja yang boleh buatkan kita rasa insecure, please jangan compare diri kita dengan mereka.

Just ingat ni,
Everyone dealing with theirs also.  

Aku so far alhamdulillah. Kalau rasa insecure pun sebab tengok kulit muka orang lelaki lagi bersih dari aku. Sis jeles okey :D


and tak payah laaa nak insecure sangat sampai your confidence level jatuh. thats not worth for you. there is so much things that you should happy for :)

Bersyukur dengan apa adanya. 


Aku suka baca confession some universities and few confessor have a problem regarding takde self confidence and so on. Some of them sebab masa zaman kanak-kanak dorang which people love to mock them.

Please everyone. Setiap ejekan budak-budak masa zaman kanak-kanak korang tu, tak payah ambik hati sangat.

Masa sekolah dulu aku pun selalu kena ejek hitam tapi sis chill jek. Sedihlah jugak dalam hati kecik tu tapi hey baaaanyak lagi benda lain yang membahagiakan. Bila makin besar, alhamdulillah lah they are matured enough to main ejek-ejek ni. 


Kalau ada memang nak kena makan terajang aku laaa kot. I'm quite aggressive sikit time sekolah. Hahaa memang ada jelaa budak lelaki yang kena gedebuk ngan aku :D


So nasihat aku, tonjolkan kelebihan yang korang ada untuk tutup apa yang korang tiada :) Ingat setiap orang ada kelebihan masing-masing.



Be happy, chin up and be brave to face the real cruel world.



Salam and xoxo.


Feb 12, 2016

#2 Lepak dan Sembang. Impian vs Harapan

assalamualaikum and heyho!


Since dua tiga empat hari ni macam rajin banyak sikit so izinkan saya merepek sementara mood tu ada. Kalau mood tu tengah travel, mungkin setahun sekali je kot baru entry baru wujud. Okey done.

***
Impian vs Harapan

***
Impian.

Kan aku selalu sembang macam-macam dengan mak aku. Dari soal jodoh dengan manusia sampai jodoh dengan mati pun sembang jugak.

Time aku jadi driver mak aku tengah sembang pebenda tah aku bagitau laaa impian aku nak kerja overseas. Mak tak pernah halang apa benda aku nak buat. Kalau kakak aku yang sulung tu dia jadi quite protective sikit. 

Sebab anak sulung kot. Entah.

Eh melalut. 
Sebenarnya nak bagitau 

Salah satu impian aku selain nak pi canada.

I want to stay at New York. Tak laa bermaksud nak settle down terus kat sana. Just nak stay at apartment with the view like this 


Gigih je. Macam kat kl tak ada lol :D

***
Harapan.

Harapan aku cukup aku dapat berjaya dunia akhirat. Dapat bahagiakan parents. Make my family proud and live with positive things all around.

Tak kaya pun tak apa. Tapi cukup dengan bahagia. Bahagia boleh buat kita rasa sentiasa cukup untuk semua benda. Berkat kot.

Jadi. Tak semestinya impian and harapan kena seiring. Impian aku memang tak realistic. Tapi, aku jenis bayangkan sesuatu pun dah boleh buat aku satisfied :D 

Berangan lah cerita dia. Hey, but kita kena ada impian! Either you nak achieve as you want or not.

***

Semoga terus kaya dengan iman and takwa. Semoga terus kaya dengan rezeki yang bermanfaat.



Psst: tengah cari orang yang aku boleh cerita benda merepek-merepek and they will never belittle me for the rest of my life. Lol :D 


Until then, bye. Much love. Xoxo

Feb 8, 2016

#Part3 Gunung Ledang

assalamualaikum andddd hello!


Hahaaa. kononlah last entry kata no more for another part. porahhh. lol macam last part kann aku janji nak upload for more picture. tapi bila fikir, nak upload dekat entry yang part 2 tu nanti jadi terlaluuu panjang. so decide to add for another part :p


So untuk entry ni maybe banyak sikitlah gambar. Tapi gambar yang bukan gambar yang jenis berinformasi laa untuk tunjuk checkpoint here and there. sebab dalam simpanan aku tak banyak pun gambar. just few picture je yang macam berinformasi sikit lol. 


ajila tawan gunung ledang.


Before start mendaki


Time ni rehat reramai dekat CP2 sementara tunggu kawan yang lambat. Tengok leww aku dengan syu dekat belakang tu. kahkahhh memang takde hati nak join bergambar ke apa. dapat berhenti rehat tu adalah satu nikmat okeyy :D


Le guys masa dekat CP2. Dalam hati aku bila nampak orang still carry their bagpack even berhenti rehat, 'Gigih gila wei tak rasa nak patah apa bahu tu'. Kihkihh. Aku sampai je tempat diorang tengah rehat tu benda first buat, campak beg dulu. Bahu I nak pakai lama okeyyy :D





Dinner apa adanya. Masa ni dinner nasi and kari ayam dalam tin and air teh panas. Masa nak masak dinner tu gigih laa aku tengok si syed and siapatah nama lagi sorang tu bukak tin kari ayam guna yang jenis pembuka tin tu. sampai barai benda alah tu. 

Last-last bila sabar aku makin menipis, aku bukak tin tu guna pisau je. Dekat rumah mak eden ajar pakai pisau. takdan eden nak bersopan pakai pembuka tin tu. Gigih jek. Yang tengok semua dah seriau sebab pisau tu besar so quite susah sikit. Last-last aiman keluarkan pisau cenonet dia yang super tajam and yeay kerja jadi senang.

Kerja kena efisien okey even memasak je punggg. Muhahahaaa.



Ni time diorang sampai puncak. Diorang sampai awal dari kitorang time tu gelap lagi. Well diorang ni gigih consistent je mendaki. Kalau dengan kitorang ni kejap-kejap berhenti :D

saya, salina yang paaaaaling banyak potpett. syu and faiqah. ni laaa antara geng-geng yang hegeh-hegeh termasuk laaa aku. kahkahhh. geng-geng yang rehat over. LOL






Ni laaa gadis-gadis yang gigih join trip Gunung Ledang ni. dari kiri; Faiqah, Syu, Kak Wan, Aku, Lin, Siti, Tinsyaz and Salina. list nama depa senang nanti bila dah tua kalau aku review balik ingat tiap sorang. sweet en. hey kira special okey kalau tua-tua nanti kita still ingat nama orang :D

Gayboy ataih gunung. hahaaaa okey jangan marah. yang ni from left Syahmi, Kujai and Aril. 


Tentang Dhia, Faez, Syahmi, Ajib and Hakam/Hakim/Hamka kot nama dia. 




sabajap sis try ingat nama tiap sorang. Almaklumlah kitorang ni course lain-lain. So nak ingat nama after few months ni memang gigih sikit. Lagi laa jenis aku jumpa orang bukan jenis nak ramah tamah sangat. Ada yang pernah jadi classmate tu ingat jugaklah.

ahaaa so yang duduk from left;
Mamat ni memang langsung taktau nama dia siapa sebab dia junior sem 1 and jenis bukan sembang sangat. so sorry taktau nama! sebelah dia, Syahmi, Dhia, Faez, Shauqi, and Mat ( Mat ni tau nama dia pun sebab dia tulis dekat portable cooking stove dia :D

Berdiri middle from left;
aku, Faiqah, Syu, Siti, Lin, Aiman, Aril, Syahmi, Kak Wan, Salina

Berdiri belakang from left;
Syed, Hamka, Atif/Asir?, Kujai, Ajib, Rafiq, Tinsyaz and Paklong.


Ramai yang pernah jadi classmate even lain course and batch. So tau jugak nama diorang. Just few yang junior sem 1 tu jelaa sebab tak pernah sama kelas langsung and jarang terserempak and aku bukan jenis ramah nak tanya hai nama awak siapa unless dia club sama yang perlukan kitorang berkerjasama. 

Yang tak sama kelas tapi tau nama diorang tu either aku follow diorang on twitter/insta/facebook or aku pernah nampak diorang pakai jersi yang tulis nama diorang dekat belakang.


saja nak up balik cerita ni sebab nescaya aku akan lupa. and akan lupa nama diorang ni bila dah 20 ke 30 tahun akan datang insyaAllah kalau panjang umur. 


so, kenangan kot entah bila lagi aku nak rajin panjat gunung. and sementara mood rajin aku nak datang time tengah cuti ni kennnz.

and lastt,

paling gayboy. dhia and aril hahaaaaa kbai!



Psst: aku tak selit pun cerita. tali beg putuih time syok lompat sana sini turun dari gunung tu haaaa. gigih je ikat. huhuuuuu and baaaaanyak lagi benda dengan si salina nye, paklong, faiqah jatuh tersembam kaki terseliuh. salina laju nak mampus main lompat-lompat celah akar. risau je tengok. jumpa uncle hiking laju gila. syu yang dah hampir putus harapan taknak naik. meloyar buruk dengan abang guide, tetengah hutan nak terbuang air. terpanggil nama rafiq jadi syafiq pastu kena gelak dengan ajib. tersasul few time panggil shauqi as syahmi -.- jalan sensorang dalam hutan pegi CP4 sebab malas nak berhenti jalan and berhenti. 


Dah habis kisah gunung ledang. okey ni bebetul last part. hahaaa :D



till then, jumpa next entry salam and much love. Xoxo

Feb 7, 2016

#Part2 Gunung Ledang

assalamualaikum and hai!


Konon sangat nak berpart 2. Nanti berhabuk tak update. LOL. Dah masuk new year wehh new year patut dah kena move on tapi bila tengok last entry pasal gunung ledang, sadis engko tahu.

Sampai tangga mahligai je aku update! Kau tengok dia punya malas nak menulis tu macam debu-debu berterbangan diawang-awangan acewahh :D

*** 

Okey disebabkan kitorang ni bermalam kat atas. Nak tengok sunrise objektif dia. Maka segala beralatan hiking waktu malam kena prepare. 

Lucky us even our guide pun cakap kitorang saaaaangat lucky sebab dari kitorang pegi sampai selamat turun cuaca elok je. Pemandangan sangat-sangat clear dari puncak tu.

Kitorang start hiking pun agak lewat jugak laa around 4 kalau tak silap. Sorry cerita simpan lama kot. So ada few info yang samar-samar :D

Pasal fees insurans apa semua memang tak tahu sebab kita ni tukang ikut jek bukan tukang yang manage trip ni. Ehee

So sampai CP4 which campsite at Kolam Gajah around 7. Time ni tak gelap lagi and aku antara girl yang awal sampai. Awal sampai pun sebab gigih ikut ajib? Ajib kot nama dia lol and siti. Diorang ni consistent je and nak sampai CP4 tu tak banyak sangat mendaki. So kurang laa sikit penat dia tu. Kihkihh. Stamina ciput kennnz.

So sampai pasang khemah apa semua pastu siap-siap masak for dinner. Sejuk okey! CP4 tu kawasan air terjun soo sejukk nasib hakak tak selesema.

Haa! Time tu pun baru je baik demam cis banyak kali jugak aku demam sem 3. Antibodi tak kuat langsung.

Yang mana solat tu boleh laaa jama' ikut jugak jarak korang bermusafir tu. Since kitorang dari jb haa jama' laa magrib and isyak. 

Lepas makan. Cengkerik pun berbunyi siap-siaplah untuk tido. Sape gigih nak mandi, boleh laa mandi memalam tu. Kalau sis mandi, terus sambung demam seminggu. LOL

So kitorang sambung hiking ke puncak around 2am. Aku siap bersweater takut sejuk time hiking pepagi tu sekali panas bakhang. Adalah around 15 to 30 minutes je aku gigih pakai sweater tu. Heh. Lepas tu jadi alas duduk jek ahaa sebab aku ikat kat pinggang memang jadi alas laa kennz.

Kitorang tak lalu KFC (killer fitness center?) track pepagi tu sebab guide tu cakap rugi pun tak nampak pemandangan.

Gigih je pakai sarung tangan. Last-last sebab panas and rimas pakai sebelah tangan jee. Baju hujan pun prepare sebab takut hujan pagi tu but Alhamdulillah the weather are sooo nice.

Nampak cahaya lampu dari bandar. Memula aku ingat tu unggun api. Dalam hati, ramai jugak eh yang bercamping. Pastu tanya brader guide tu baru laaa ooohhh bandar. K k.

Lupa nama checkpoint kitorang berhenti sementara tunggu subuh tu. Haha sebab time sampai tu semua dah bergelimpangan. Lagipun gelap lagi. Aku antara yang last-last ni harus laa mana ada tempat kosong main selit jee janji dapat baring! Mana pepagi buta tu ada mood nak tanya itu ini kennnz :D

Dah lepas solat subuh apa semua, hiking terus sampai puncak. Time ni dah banyak batu-batu. Pokok besar pun dan takde. Pagi lagi lagi atas gunung so sejukk.

Sis macam biasa antara yang terakhir lol tak gigih laaa nak jalan lelaju. Lagipun ken nak bersiar-siar ataih gunung tengok panorama hahaa. Alasan! 

Nak sampai puncak dia, memang akan banyak guna tangga. Bab ni aku suka. Sebab balance guna tangan kaki. So pressure tak banyak dekat kaki and quite relax. 

Dah sampai puncak tu perasaan dia, hm heartless. LOL. Tak eksited sangat tak jugak rasa macam wow wow wow. Kagum kejap jelaa penat tu lagi banyak mempengaruh emosi. Ahaa. 

Soo aku tahu, im not hiking type person. 

Kat ataih kami makan megi.

Bila nak turun tu part ni paaaaaaaling aku suka. Enjoy jek sebab tak penat macam masa nak naik. Hahaa.

Tapi kesian dekat syu siap muntah balik megi dia makan tu. Muka pun pucat je. Nasib kitorang ni antara kelompak group paling last. Oh kitorang ada dalam 24 ke 28 yang join hiking tu. Guide ada 3 orang. Satu jaga depannn sekali. Satu jaga tengah and satu jaga belakang.

So mana antara yang belakang tu abang tu sabar je layan kami ni. Hahaa yelaa jalan sikit rehat yang over :p

Kitorang siap terlentang baring tengah track tu. Time tu aku ngan salina jalan laju sikit dari diorang. Agak dah jauh tu kitorang dok baring tunggu depa datang kat kami pastu sambung lagi jalan lelaju baring tunggu dorang datang. Haa macam tu laa dua tiga kali.

Pastu kacau rafiq. Salina dengan aku laa dok potpet. rafiqnya tengah penat muka heartless gila. Suruh senyum pun tak layan seteghes aku tengok dia lol.

Time sampai kat campsite tu, mandi pastu masak-masak untuk lunch. Packing khemah apa semua pukul 2 petang sambung target sampai bawah around 4 petang. Tapi sebab kitorang ni jenis hegeh-hegeh, aku dengan syu berdua sampai 4.30 macam tu.

Sampai bawah mandi apa semua lepas tu bergelimpangan tidur. Oh aiskrim asam boi sedap. Hahaa. Time tu badan dan start sakit-sakit dah. Memang nak tidur pun susah. Nak solat memang gigih je tahan macam terhuyung hayang nak jatuh.

Bas kitorang lambat sampai. Bayang kan patut petang tu dah gerak balik JB, pukul 11 malam tak silap bas baru sampai.

Nampak laa sikit muka serba salah si shauqi bila merungut. Kihkihh. 

Bas dah datang. Pi berhenti kat mamak. Perut dah kenyang memang tidur tak hengat sampai mitec baru tersedar.

Sampai mitec around 2am tak silap.


Tu jelaa kot sikit sebanyak yang aku ingat.

Gambar pun dah transfer dalam laptop. Ni sebab update guna phone so gambar memang takde laa kennz.


Belanja satu dulu. Nanti kalau bukak laptop, aku topup gambar. Tapi tak banyak pun gambar since rajin sangat laa aku kan time hiking nak ambik gambar. Harap ehsan orang send through whatsapp jelaa.

*** 

Btw, thanks korang yang join trip ni! Macam aku cakap dengan syahmi, aku join sebab saja je nak experience. Next time kalau turun gunung aku nak. Panjat tu tunggu mood baik insyaAllah boleh consider lagi.


Till then, salam. Kalau rajin esok adalah entry baru. Kalau malas nak tulis tu datang. Mungkin tahun depan?

Habis hutang for gunung ledang. No more another part. Much love. Xoxo

#1 Lepak dan Sembang

assalamualaikum and helloo!


Sooo, hahaa bye byee laa entry gunung ledang tu masyaAllah pemalas aku nak menulis ni memang dah macam apa je kan malas dia. Biarlah memori tu tersimpan kemas dalam kepala aku jek. Lol

Btw, tadi lepak and sembang dengan family aku. Cuti raya cinakan? Sembang pepetang. This is why i love to be at home. Sembang and lepak session with family hiks.

Tengah sembang-sembang tu tu aku duduk menempellah sebelah mak aku sambil compare kan kulit aku dengan dia. Lol aku ni gelap baaaanyak entah ikut sapa entah kulit aku ni hmm.

Time tengah compare tu mak aku cakap ke aku, mak dah separuh abad dah. Dah memacam masalah dah mak hadap. Engko perjalanan jauh lagi nak tempuh. Banyak lagi masalah yang kau kena hadap.

Lebih kurang macam tulaa ayat mak aku tu.

Aku senyum jee. Pastu slow-slow aku cakap ke mak aku. Ila takmau laa hidup. Nak meninggal awal. 

Mak aku terus cakap, kalau rasa amalan dah banyak boleh jee nak meninggal awal.

Pastu pap habis topik tu sebab adik aku nyebok menyampuk.

***

Memang kekadang tu aku selalu je fikir. Lagi elok meninggal awal dari nak tempuh memacam benda kat dunia ni. 

Belum lagi bab nak hadap jenis manusia bertopeng. Belum lagi bab sistem kehidupan yang banyak berorientasikan barat. 

Memang orang cakap siapa suruh hidup ikut cara barat! Kennnz.

Maksud aku, nilai sistem kita harini banyak berorientasikan riba. Takut weih. Lagi kalau ada family sendiri, nak membentuk manusia jadi manusia yang baik tu bukan senang dengan tekanan ekonomi siap masalah sosial lagi.

Mati awal paling kurang engkau bawa dosa sendiri. Tapi tulaa bekalan dah cukup ke? 

***

Dia bila dah besar fikir benda macam ni, nak buat jahat tu kurang sikitlah (jahat ke dulu? Nakal sikit kot) tapi bila nak buat baik, masih terhegeh-hegeh jugak. 

Sebab jenis biar ek elee di mata orang. Baik sendiri, diri sendiri tahu.


Apa aku melalut entah. Till then salam!