Aug 13, 2015

Vietnam Trip 2: Hati-hati dengan taxi scammer

assalamualaikum and evening peopleeee!



mihihii dah sebulan kot trip aku tu, ni baru nak masuk entry kedua. malas woih nak update. rasa nak kepam jaa all memories dekat dalam kepala ni. tapi nanti takde laa lesson learned journey aku ni kann dekat orang. hahaa 


sebabkan aku malas, so gambar aku guna google punya jelaa eh?
gambar pun tak masukkan lagi dalam laptop. hmm. sebab bila cuti ni jarang gila nak bukak laptop. handphoneee jaa. ni sebab rajin sikit nak update blog guna laptop, kalau tak biasa guna handphone je. ehee


okey pasal teksi dekat vietnam. senangggg sangat nak dapat. dont worryy. 

tapi make sure cari teksi yang berdaftar bebetul. VINASUN TAXI IS A BEST CHOICE!

ada kisah disebalik perjalanan kitorang.

masa sampai kat vietnam, keluar je dari arrival nak cari teksi. ada sorang mamat approach kitorang. dia tunjuk business kad which he's one of the worker for vinasun teksi. masa tu aku dah tau tu scammer. sebab aku ada baca dekat satu blog brother ni jangan follow kalau ada orang approach even dia tunjuk card dia tu worker Vinasun.

tapi masa tu aku kat belakang which dia approach kawan aku pastu kitorang tak discuss pape lagi terus dia ambik luggage kawan aku and lintas jalan nak pi kat kereta dia tu. hehh! aku cakap dekat diorang, jangan ambik teksi tu. pi kat hujung kiri baru teksi yang bebetul punya. 

one voice never being heard. hahaa.

naik berhimpit sebab kitorang 5 orang. tu teksi toyota vios. half way keluar dari airport dia minta kitorang USD 8. aku ingat per car. its okey laa memang aku baca rate macam tu pun. sekaaaaaali dia minta USD 8 per head kot. PER HEAD! which kitorang ada 5 orang so total USD 40 and in ringgit RM 160 u knowww. flip table.

masa dia minta duit tu kitorang dah decide nak turn back to airport dah. dia dah laa tak reti cakap english. so macam ayam ngan itik bercakap. aku dah laa duduk dekat sebelah driver rasa nak ketuk je kepala mamat tu. terus lancar aku cakap english tauu. flip hair. 


tapi.

teruskan perjalanan jugak since yang follow trip ni kaya-kaya. hahaaa tipu. still ada emergency money laa. then the driver bawak kitorang dekat jalan somewhere dekat belakang bangunan. kiorang semua dah cuak okeyy. sebab dia call someone and cakap bahasa diorang mana nak faham. kot dia panggil geng nak culik keeeee. minta simpang!


and dia u-turn balik and pi dekat petrol station. aku cakap kat diorang elak dia minta extra bayaran. then maya cakap, ni kalau dia minta extra charge untuk isi fuel, kita naik teksi lain okey. but he didnt. dia tunggu kawan dia dengan van yang lagi besar and selesa. yang ni pandai juga cakap english. so even kena tipu jumpa orang yang pandai english, feel better sikit. takde extra charge. sebab diorang divide USD 40 tu.

then selamat samapi hotel. tu jelaa sesatunya bitter experience masa kat vietnam. yang lain just okeyyy


so for those yang first time nak pi vietnam and pegi sendiri without travel agency. 

first. 
dalam flight air asia tu ada buku reference for tempat travel yang air asia fly. baca. there is lot of information there. dekat situ pun ada tulis fare for teksi sampai bandar ho chi minh. lelain information untuk negara lain pun ada.

then.
before nak pegi tu, read a lot. google everywhere. sebab nak feel the situation and get some information.

so dari pengalaman aku.

kalau nak naik bas pi bandar ho chi minh tu from airport,

keluar dari arrival hall. bas belah kanan then teksi belah kiri.

kalau naik teksi pegi hujung belah kiri sampai ada jumpa teksi yang camni bebanyak.
 VINASUN TAXI

dalam flight tak silap aku dia tulis naik teksi ke bandar around 117 000 dong
naik bas around 5000 dong 

tapi masa aku balik,

dari hotel aku. Thanh Thu Hotel - Airport

around 123000 dong tak silap. but i just give the driver 150 000 dong as i feel satisfied so why not some tips right? hahaaa time ni duit dong tak habis lagi, boleh laaaa bagi extra. luls.

kalau nak balik tu, suruh je receptionist tu call kan for teksi. aku decide 5.30 pagi check out hotel since flight pagi kan. awal wei aku siap. patut aku suruh receptionist tu panggil teksi pukul 6 pagi. tapi since awal sangat aku siap suruh jelaa 5.30 pagi. sebab takut jem je area bandar tu.

masa tu risau jugak sebab kalau kat malaysia 5.30 pagi tu gelap lagi kot and im alone. cuak sikit. but keluar pintu bilik nampak tingkap lega sikit sebab dah terang. hiks

and sampai malaysia dengan selamat sensorang.


tu jelaaa untuk pengalaman kali ni. hm college mate aku ada pi vietnam. and from his insta aku nengok, dia punn kena tipu dengan teksi tapi aku tak tanya laaa dia kennn sebab tak rapat mana punnn. hahaaa

so till we meet again.
pasni aku update pasal Thanh Thu Hotel pulak okey?
tapi bila tu tak janji. muahhh!

No comments:

Post a Comment