Mar 9, 2013

Pasar dan sayur

assalamualaikum pembaca.



ini cerita hidup minah.
satu hari minah pergi pasar. dia di suruh beli sayur sawi.

maka dia pun merempit vrooom vroooom menaiki skuter merah ke pasar.
pasar waktu pagi meriah dengan warga pasar. ehh
ah sambung cerita 


ketika sampai di gerai pakcik sayur, minah pun mengelilingi bahagian sayuran hijau untuk mencari sawi. dalam fikiran, bentuk sawi tu bagaimanakah? pergh ini tidak boleh jadi. malu sungguh kalau bertanya pakcik sayur. anak dara umuq dah besaq tak kenai sayoq !


maka beliau pun buat-buat pandai. kenkonon tengah khusyuk pilih sayur. selepas limabelas minit beliau fedap. beliau pun bertanya pakcik sayur tersebut. malu bertanya sesat jalan ye dak?

pakcik, sayur sawi ada tak?
ada nak, tu depan kamu tu.


cis ! sayur sawi memalukan kaum minah. depan mata tak nampak. heh! 



konklusinya di sini ye rakan-rakan wanita, janganlah jadi seperti minah. belajaq tinggi mana kalau dak kenai sayuq pun takda guna. buat malu kat mak mentua. ehh



( minah adalah watak rekaan penulis. situasi adalah kisah benar )


hang kenai dak daun bawang ngan daun kucai? hahh pi google cepat. kahkahh


 
 ini petola



 
dan ini pula terong


ah aku bukak tusyen kenal sayur pulak dekat sini. pergi google. belajar sendiri

1 comment:

  1. haha.. girls zaman skrg jrg dapat identify jnis sayur n buah ni . *ahaks , trmasuk budak kecik yg komen ni*

    ReplyDelete