Mar 13, 2013

aurat.

assalamualaikum sahabat,



dan semua orang islam yang kenal hukum hakam mengenai aurat tahu yang..
aurat lelaki sesama lelaki muslim itu dari pusat ke lutut.

dan 

aurat perempuan sesama perempuan muslim itu dari pusat ke lutut.

samaa


hari yang lepas aku hadiri majlis ilmu, 
penceramah wanita yang aku segani itu berkata,
" perempuan lagi malu tutup bahagian atas ketika bersama rakan perempuannya daripada tutup lutut sedangkan yang auratnya pusat hingga lutut "


dan junior aku yang selang setahun muda bisik ke telinga seraya berkata kepadaku yang bikin buat aku tergelak kecil. (sopan sikit majlis ilmu. haipp!)



" kak ila cuba bayangkan reaksi orang bila ada yang pergi toilet pakai tuala tutup dari pusat hingga lutut "


dan aku dapat bayangkan orang yang melihat pasti menjerit hesteria.




lelaki juga. jangan sampai lelaki lain bernafsu melihat anda. ehem. assalamualaikum  dan selamat beramal !




“Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan”
 [Al-A’raf : 26]

No comments:

Post a Comment