Mar 29, 2013

2o years of life

assalamualaikum and selamat sejahteraaa


28.03.93 - 28.03.13


Alhamdulillah masih di beri kesempatan untuk terus perbaiki diri. di beri kesihatan yang baik. keluarga, rakan dan segala pinjaman yang Dia berikan ke atas diri ini.


aah ayat skema 
*lap air mata



btw terima kasih mak and abah. and to HIM of course, thanks for the chance You gave to me. chance to be happy with family, friends and others.


friends. thanks for the wishes. your doa. sesungguhnya doa kalianlah hadiah yang paling besar. Allah will reward you all. insyaAllah


an nissa

bestfriend of mine since secondary school. she called me and played a guitar. dia nyanyi happy birthday and aku skandal.  terima kasih !
(since aku taktau nak suruh dia main lagu apaa dia pi bantai aku skandal tu. ahaaa )

*fresh picture after called me. btw she's soooo pretty with her new style. tapi gitar dia tu tak boleh buang. so jadi laaa akak sopan main gitar. kau hadoo? hahhaaa kbai. she's single btw :P

and iera too. thanks called me. tak tau nak call sapa actually even dapat free call. sigh



 

thanks to iera, sya , ziyra, alia and mimi bagi makan bedak and air sabun -.- 
but thanks gods this is not so rare compare to my atpn girls
they use air longkang from dm for celebrate birthday
and masukkan katak dalam seluar
perghh seriously tak boleh lupa even not my birthday that time.




 
and last, 
thanks to geng silat. for those yang belanja ais krim and roti tu thanks ! 






SAYANG SEMUA
LILLAHI TA'ALA




maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[ ar-rahman ]




Mar 13, 2013

sideburn

assalamualaikum readers.


kenkadang aku duduk terfikir, macam mana jika sideburn ciptaan wanita itu sama seperti lelaki. engkorang faham maksud aku? 


kira wanita yang menyerupai lelaki, dengan sideburn yang panjang terus menjadi misai dan juga janggut, ehemm

 


ahh aku suka fikir benda bukan-bukan. saja aku update sebab hari ini tarikh cantik walaupun hanya sekadar hari biasa. hari normal tanpa benda istimewa. 


oh. btw emak dengan abah aku hari ini berjalan-jalan dua orang pergi bandung meninggalkan anak-anak mereka dekat malaysia. takpaa. redhoooooo. doakan mereka selamat pergi dan balik. 




p/s: aku rasa macam kurang relevan guna ganti diri aku dalam blog ni. mungkin kedengaran kasar jika orang baca. tapi aku tak nak laa nampak hipokrit. ini tempat aku menulis. jadi tak apa kan?


aurat.

assalamualaikum sahabat,



dan semua orang islam yang kenal hukum hakam mengenai aurat tahu yang..
aurat lelaki sesama lelaki muslim itu dari pusat ke lutut.

dan 

aurat perempuan sesama perempuan muslim itu dari pusat ke lutut.

samaa


hari yang lepas aku hadiri majlis ilmu, 
penceramah wanita yang aku segani itu berkata,
" perempuan lagi malu tutup bahagian atas ketika bersama rakan perempuannya daripada tutup lutut sedangkan yang auratnya pusat hingga lutut "


dan junior aku yang selang setahun muda bisik ke telinga seraya berkata kepadaku yang bikin buat aku tergelak kecil. (sopan sikit majlis ilmu. haipp!)



" kak ila cuba bayangkan reaksi orang bila ada yang pergi toilet pakai tuala tutup dari pusat hingga lutut "


dan aku dapat bayangkan orang yang melihat pasti menjerit hesteria.




lelaki juga. jangan sampai lelaki lain bernafsu melihat anda. ehem. assalamualaikum  dan selamat beramal !




“Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan”
 [Al-A’raf : 26]

Mar 9, 2013

Pandang rendah

assalamualaikum babyboo. ihiks




ini cerita lama, aku malas dan baru terasa nak menulis. sekarang.
dulu abah pernah cakap, jangan pandang rendah pendatang asing dekat tempat kita. mungkin mereka lagi berilmu dari kita. aku hanya diam. dan buat hal sendiri. malas nak endah.



itu cerita tahun lepas. mungkin aku di semester dua atau tiga. aku lupa.
dan ini cerita tahun ini. di semester ke empat, lecturer aku madam zuhra. kembali ingatkan aku apa yang abah pernah cakap. jangan pandang rendah walau apa pun pekerjaan orang buat.



beliau pernah follow her husband to oversea. dan buat kerja-kerja yang bagi sesetengah orang kita pandang sebelah mata. konon tak class laa kerja tu. paling kurang kerja kena bawah aircond, kenn? we all asked her, with her degree why she didn't apply any job that suit with her. the she replied, payah. dia ada anak yang nak kena take care. 



then madam zuhra cakap, mana tahu bangla ke, nepal or watsoeva yang kerja as a tukang sapu or others is actually hold a degree? master? who's know. aku faham mentaliti sesetengah orang malaysia. suka pandang rendah. mungkin juga aku.


maka di sini ingin aku tekankan, pandang diri sendiri tak payah nak dok kutuk, maki or pandang rendah dekat orang. even they all tak berpelajaran pun, paling kurang diorang lagi banyak pengalaman hidup dari uols. kan? 
 
chillex.



Pasar dan sayur

assalamualaikum pembaca.



ini cerita hidup minah.
satu hari minah pergi pasar. dia di suruh beli sayur sawi.

maka dia pun merempit vrooom vroooom menaiki skuter merah ke pasar.
pasar waktu pagi meriah dengan warga pasar. ehh
ah sambung cerita 


ketika sampai di gerai pakcik sayur, minah pun mengelilingi bahagian sayuran hijau untuk mencari sawi. dalam fikiran, bentuk sawi tu bagaimanakah? pergh ini tidak boleh jadi. malu sungguh kalau bertanya pakcik sayur. anak dara umuq dah besaq tak kenai sayoq !


maka beliau pun buat-buat pandai. kenkonon tengah khusyuk pilih sayur. selepas limabelas minit beliau fedap. beliau pun bertanya pakcik sayur tersebut. malu bertanya sesat jalan ye dak?

pakcik, sayur sawi ada tak?
ada nak, tu depan kamu tu.


cis ! sayur sawi memalukan kaum minah. depan mata tak nampak. heh! 



konklusinya di sini ye rakan-rakan wanita, janganlah jadi seperti minah. belajaq tinggi mana kalau dak kenai sayuq pun takda guna. buat malu kat mak mentua. ehh



( minah adalah watak rekaan penulis. situasi adalah kisah benar )


hang kenai dak daun bawang ngan daun kucai? hahh pi google cepat. kahkahh


 
 ini petola



 
dan ini pula terong


ah aku bukak tusyen kenal sayur pulak dekat sini. pergi google. belajar sendiri