Jan 24, 2013

Salam Maulidur Rasul

assalamualaikum ,

Dia kekasih Allah
Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah




SALAM MAULIDUR RASUL :)


 


p/s: mungkin kurangnya pendedahan sejarah rasulullah berbanding cerita fairytale mahupun dongengan barbie atau power rangers dan lain-lain yang membuatkan anak kecil tidak kenal agama sendiri. seterusnya terus membesar dengan membawa hanya islam di sijil lahir. 


jelasnya di sini, membunuh akan membuatkan 'mereka' kelihatan jahat di mata dunia. maka agenda membunuh anak muda pewaris agama melalui hiburan merupakan titik tolak untuk mereka menjatuhkan islam yang sedari dulu di pandang besar oleh kuasa asing. 


bacalah sejarah tamadun islam. dari zaman kebangkitan serta kejatuhan. kerana pembesar yang lalai dengan hiburanlah maka sedikit demi sedikit kepicangan dalam pentadbiran islam berlaku. jangan tertipu dengan keindahan dunia kerana yang indah itulah duri kepada diri.


choose well. untuk hidup yang baik atau tidak. kerana perjalanan kita bukan terhenti setakat bila kita mati. 


case1
emak: adik dah besar nanti nak jadi apa?
anak : adik nak jadi power rangers! adik nak selamatkan dunia.
emak: bagus anak mama..

case2
emak: adik pakai baju ni ye. nanti nampak macam princess.
anak : okey mama! nanti mama beli mainan barbie bebanyak yeee..


mentaliti sesetengah anak kecil zaman sekarang. it's reality. orang ada cakap melentur buluh biar dari rebungnya. so yang mana baik boleh jadikan teladan. dan yang tak baik kita hindarkan.


selamat bercuti btw :)


No comments:

Post a Comment