Dec 12, 2012

The 300.

assalamualaikum  and salam ukhuwah :)


seminggu tak update. bukan tak ada idea. just tak ada mood nak mengarang. ini pun bukan nak berkongsi pandangan atau pengalaman harian. hanya nak berkongsi ayat-ayat yang Dia turunkan untuk panduan kita. 

by the way, this is my 300 entries. and I hope, it will give you a benefits untuk urusan seharian. untuk mentarbiahkan diri. untuk sesama menjaga hati dari titik hitam. insyaAllah sama-sama kita berusaha ke arah itu :)


1st;
"Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya)." 
(Al-An'aam 6:70)


*permulaan ayat kita dah boleh dapat tangkap apa maksud dia. jauhkan diri dengan kawan yang lagha. bukan bermaksud buang mereka. jauhkan diri. manusia ni hati lembut, senang terikut. 

*ayat dari seorang hamba Allah di twitter, kepada yang nak berubah tapi takut kehilangan kawan, yakinlah Allah akan ganti mereka itu dengan yang lebih baik ♥

*ingat mengingati antara satu sama lain. get it? :)


2nd;
"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?"(Al-Baqarah 2:44)

*jangan hanya tahu ingatkan orang suruh buat itu ini, padahal diri. kelaut. not to myself too :)

*dan jagalah diri tu sebaiknya. jangan nak kesahkan orang sangat kalau diri pun tak terurus


3rd;
"Katakanlah: "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (az-Zumar: 53)

*jangan pernah kita berputus asa dengan rahmat kasihnya. sejahat mana pun diri, insyaAllah Dia maha pengampun :)

*dan jangan bertangguh. bila kita decide nak berubah di umur senja, suddenly died waktu muda. waktu tu, tiada siapa boleh tolong. kecuali jika ada yang mengingati yang sedekahkan kita doa. get it? so jangan malu nak buat baik. not to myself too :)



dan jangan sesekali rasa diri hipokrit bila buat benda baik. sebenarnya kita lagi riak kepada Dia sebab tak nak patuh kepadaNya. paham dak? okey.


3 weeks again. my blog 2nd anniversary. thanks be with me all the time :) 
*pop pop pop (sound effect firework)

No comments:

Post a Comment