Jul 5, 2012

We Help We Care; sukarelawan

assalamualaikum cinta :)



naluri kecil aku kadang-kadang berbisik, jom join program sukarelawan!
tapi kekangan sebagai pelajar, masa, bajet, pengangkutan dll menjadi topik yang sentiasa berlegar di ruang minda. memang pepatah kalau ada kemahuan di situ ada jalan. tapi apakah daya, aku hanya gadis berumur 19 tahun yang masih, bila mahu ke sana ke sini perlu memberitahu ibu bapa. bukan senang nak bergerak bebas. setiap langkah kena di beritahu dulu kemana. faham mereka bukan nak menyekat kebebasan, they are care with their child :)



back to our topic.
menjadi sukarela seronok apa. kita dapat jumpa ramai orang, kita dapat tengok kehidupan dari sisi berbeza. kita dapat berkongsi rasa. hidup. yang. ada. kala. pahit. tak. lupa. manis. kita belajar something new. benda baru yang kita tak di ajar dalam kelas. kadang lihat kesusahan orang buat kita jadi insaf. muhasabah diri apa kita dah buat sepanjang hidup.


tanamkan sifat tolong menolong dalam diri. tanamkan sifat belas ihsan. dunia bukan kita sorang yang huni. ada lagi mereka yang memerlukan pertolongan kita. tak mampu sumbang duit beribu-ribu takpe. tapi cukup kalau sumbangankan tenaga kita. 


some website for badan amal Malaysia:


me  : mak kalau nak join sukarelawan boleh tak?
mak: boleh sayangg. ( yezzaaa! )


give me your hand. I will help you



p/s: teringin nak follow bantuan keamanan ke palestin. kalau tak pun, cukup sekadar menabur bakti di rumah orang tua-tua. supaya aku muhasabah diri dah lebih insaf untuk sayang mak and abah aku selagi hayat ada. insyaAllah. 






niat jauh di dasar hati noorazila
insyaAllah, niat baik akan ada jalannya :)


 

4 comments:

  1. insya Allah. moga niat ini terlaksana suatu hari nanti :)

    ReplyDelete
  2. suka ayat tu "dunia bukan kita sorang je yang huni". Orang lain pun berhak bahagia kan? (=

    ReplyDelete
  3. kan kann? kita yang kira sederhana ni pun kena pandang bawah juga. jangan selesa dengan apa yang ada :)

    ReplyDelete