Jun 29, 2012

kenapa satu amalan ganjarannya berganda?

assalamualaikum kenkawan pembaca yang saya sayang



kenapa satu amalan ganjarannya berganda?
macam sekali solat berjemaah, pahalanya dua puluh tujuh. 1 huruf ayat al-Quran kita baca pahalanya satu. jika kita baca basmallah? berapa banyak ganjarannya yang kita dapat? satu helai al-Quran? even kita mendengar bacaan al-Quran pun kita dapat pahala mendengar. betapa sayangnya Allah dengan umat Muhammad SAW.



awal Syaaban haritu sembang dengan abah aku, sembang pasal ramadan yang bakal hampir. abah aku tanya kenapa setiap amalan yang kita buat ganjarannya berganda?


Nabi Muhammad risau memikirkan usia umatnya yang pendek. sedangkan umat-umat nabi yang terdahulu umur mereka sampai beratus-ratus tahun. cukup panjang untuk mereka beribadah. sedangkan umatnya. 60, 70 tahun tidak cukup jika usia muda kita banyak di penuhi perkara lalai. apatah lagi jika mati di usia muda. maka Allah kurniakan kepada umat Muhammad SAW, satu amalan dengan ganjaran yang berganda.


di antara bulan. ramadanlah bulan paling besar ganjaran yang di berikan. maka bersamalah kita berebut mengimarahkan nya lagi. insyaAllah. niat baik akan di permudahkan :)


Ya Allah, pertemukan lah aku dengan ramadan yang akan datang.

 

tak perlu tunggu usia tua untuk sesuatu yang baik. Allah sentiasa menerima taubat hambaNya




No comments:

Post a Comment