Jun 14, 2012

harapan

assalamualaikum adik adik :)



tak ada emak, ibu, umi, mama, mummy yang menaruh harapan anak yang di kandung sembilan bulan besar nanti jadi bohsia.


tak ada abah, abi, papa, baba, daddy, walid yang berharap anak yang di tatang kerja siang malam tak kisah penat lelah besar nanti jadi mat rempit.


mungkin bagi anak yang sah taraf mungkin ibu bapa mereka tidak mengharap anak mereka jadi perompak, penagih dadah, pencuri, perogol. mereka semua ingin yang terbaik buat anak anak.


mungkin bagi yang tak sah taraf. dalam hati ibu bapa mereka "kalau boleh aku tak nak kau wujud! menyusahkan!" kalau tidak, kes buang anak. gugur secara haram tak akan berlaku.


jadi. walaubagaimana pun anda, jadilah insan yang baik. kalau ibu bapa kita tidak berapa baik, jangan jadikan peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya sebagai alasan. berubah sedikit. itu lebih baik :)


dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian ia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya. (Taha 20:82)



  
kanak-kanak itu umpama kain putih yang suci. 
terpulang pada tangan yang di pertanggungjawab 
sama ada mahu palitkan putih, hitam atau warna-warni.




No comments:

Post a Comment