Jun 30, 2012

wonderful when syarak come first

assalamualaikum dear readers.



well, irma hasmie selamat mendirikan masjid bersama pasangannya redza syah azmeer. moga bahagia sampai syurga, insyaAllah. dia artis pertama yang aku rasa woaaa. even her wedding dress pun tak ketat, menutupi dada. mana ada artis buat macam tu before even ekau nikah dekat mekah pun. 

Irma Hasmie Kahwin Nikah 
 irma with hatta dolmat. her wedding dress designer

if you can see her wedding dress dekat bahagian dada tu full with corak so on. sometimes people rasa macam rugi dah buat cantik-cantik tapi di tutup. but irma alhamdulliah. 

Irma Hasmie Nikah 

even the sisters pun sopan. sangat. aku. suka. this. wedding. semoga di berkati Allah dunia and akhirat. doa kami warga malaysia. insyaAllah


Irma Hasmie Nikah 
irma dan redza

all photo from budiey blog


*aku cakap dengan adam. 


aku tak tau dia paham ke tak that 'something yang tak pasti on future' tu. maksud ayat aku, kalau ada boyfriend or girlfriend yang kita tak pasti masa depan kita dengan dia, for what kita nak depend on. baik betulkan diri dulu. kan? 


kan indah kalau diri pun elok  dengan akhlaknya. well ini just pandangan aku. semua terletak dekat tangan sendiri. korang lagi tahu apa yang terbaik untuk diri korang kan. bagi aku kalau suka baik simpan, kalau dia yang kita suka berjodohan dengan orang lain, mungkin Allah ada plan yang lagi baik untuk kita. who's know. 




syarak: undang-undang agama.
biar syarak lebih di utamakan melebihi adat. insyaAllah hidup bahagia dunia and akhirat. biar hilang adat jangan hilang syarak dalam hidup. LOL sukahati aku main tukar peribahasa. adat tu nak di junjung tak apa tapi jangan sampai hukum agama pun di pandang sebelah mata :)



bahagia

assalamualaikum dear friends.




aku bahagia ada keluarga. kawan di keliling. mereka yang mengambil berat. boyfriend? nah that's not a big problem for me. there is bullshit I though if someone said they are forever alone because of that. small minded. 


enough.


sometimes aku rasa kosong. dulu aku pernah couple. to fill the empty. but thats not help. aku lagi rasa serba salah pun ada. dan bila aku besar makin besar mula lah nak cari something for good. and jalan aku masih panjang untuk mencari. bukan senang nak ubah diri. bukan senang untuk kikis sikap lama. but i'll try my hard. sikit demi sikit. mohon aku di panjangkan umur. memandangkan kawan yang selalu ada di kelilingi aku. maka aku mahu seseorang yang kuat. dapat tegur jika aku salah. dapat mengingati jika aku lalai. 



doa yang terbaik :




Jun 29, 2012

kenapa satu amalan ganjarannya berganda?

assalamualaikum kenkawan pembaca yang saya sayang



kenapa satu amalan ganjarannya berganda?
macam sekali solat berjemaah, pahalanya dua puluh tujuh. 1 huruf ayat al-Quran kita baca pahalanya satu. jika kita baca basmallah? berapa banyak ganjarannya yang kita dapat? satu helai al-Quran? even kita mendengar bacaan al-Quran pun kita dapat pahala mendengar. betapa sayangnya Allah dengan umat Muhammad SAW.



awal Syaaban haritu sembang dengan abah aku, sembang pasal ramadan yang bakal hampir. abah aku tanya kenapa setiap amalan yang kita buat ganjarannya berganda?


Nabi Muhammad risau memikirkan usia umatnya yang pendek. sedangkan umat-umat nabi yang terdahulu umur mereka sampai beratus-ratus tahun. cukup panjang untuk mereka beribadah. sedangkan umatnya. 60, 70 tahun tidak cukup jika usia muda kita banyak di penuhi perkara lalai. apatah lagi jika mati di usia muda. maka Allah kurniakan kepada umat Muhammad SAW, satu amalan dengan ganjaran yang berganda.


di antara bulan. ramadanlah bulan paling besar ganjaran yang di berikan. maka bersamalah kita berebut mengimarahkan nya lagi. insyaAllah. niat baik akan di permudahkan :)


Ya Allah, pertemukan lah aku dengan ramadan yang akan datang.

 

tak perlu tunggu usia tua untuk sesuatu yang baik. Allah sentiasa menerima taubat hambaNya




German vs Italy

assalamualaikum fellasssss!



and finally, italy will meet spain in final! good job bolotteli for 2 goals and buffon. you guys just awesome.


but however it is, german forever! just love them :')


 


well, who will win between italy vs spain ! just wait dear fellas :)


Jun 26, 2012

Perempuan Bertudung Cantik? Salah tu;

assalamualaikum fellaaaaaaas! haaaa


sapa ada facebook mesti pernah baca ayat orang dok update ni en.

perempuan tak pakai tudung nampak hot,
perempuan pakai tudung nampak cantik,
sebab tu neraka hot, syurga tu cantik.


pernah baca tak ayat ni? tipu tak pernah. haaaa


aku tak nafikan, statement neraka tu hot dia masyaAllah. sedangkan bahang panas api dekat dunia pun kita dah rentung tak tahan apatah lagi neraka yang berjuta kali ganda panasnya


dan statement syurga tu cantik, subhanallah. mungkin fantasi kita pun tak dapat nak di samakan dengan cantiknya syurga tu. berjuta kali ganda cantik nak di bandingkan dengan permandangan indah dekat dunia ni. macam mana kita nak bayangkan kalau berjuta kali ganda? Maha suci Allah.


statement perempuan tak pakai tudung tu ya memang nampak hot. malas nak komen banyak. aku tak ada hak nak hukum orang. just statement perempuan pakai tudung tu nampak cantik aku rasa salah sikit.


cantik ke kalau pakai tudung tapi pakai baby-t ? 
cantik ke kalau pakai tudung lengan masih nampak? 
cantik ke pakai tudung still baju ketat seluar ketat? 
cantik ke pakai tudung kalau duduk pun seluar dalam sampai nampak? 
cantik ke pakai tudung tapi pakai baju kurung jarang sampai nampak tali bra warna apa?



aku ada baca novel ni, ayat dia berbunyi;
zaman sekarang ni nak nampak orang pakai baju kurung senang. tapi nak nampak yang bertutup penuh tu yang susah - lupa novel apa



well aku pun tak ada lah baik mana. masih mencari jalan ...


" guide us to the straight way " 
[ al-Fatihah: 6 ]


tak perlu jadi perfect. 
cukuplah untuk sesuatu yang baik




Jun 25, 2012

the feeling

yellassss assalamualaikum fellas.




pernah tak korang bila baca something rasa macam woww. sampai bulu tangan kau meremang. sampai rasa macam nak menitis air mata. rasa macam something yang tak boleh nak describe dengan kata-kata. 


bila aku baca berita perlantikan president mesir. Dr Muhammad Mursi. serta penerimaan penduduknya rasa macam wahh. ini betul baru cara islam yang sebenar. ramai-ramai menyambut dengan penuh kesyukuran serta membuat sujud syukur dengan kepimpinan baru yang di pilih secara demokratik buat pertama kalinya!

 
 
 
Dr muhammad morsi (presiden baru mesir yg menang SPR smlm lps jatuhnya mubarak) ialah pemimpin ke 2 dlm zmn moden yg hafal 30 juzuk quran slps presiden palestin ; ismail haniyah.
 semoga islam terus maju pada masa depan. insyaAllah dengan izinNya.  


p/s: sedih dengan politik Malaysia. Islam dicampur gaulkan dengan politik. pendapat akulah kan since aku bukan penyokong tegar. hanya pemerhati politik dari kalangan pelajar. bagi aku, aku lagi suka umno terus memerintah since dari dulu kita nampak perubahan yang di bawa. hanya tukar pemerintah yang sedia ada. ramai lagi calon yang ikhlas memegang tampuk pemerintahan.


memandangkan kita hidup dalam negara majmuk, mungkin agak payah kalau kita nak buat pengharaman seperti arak etc. bukan semua kaum paham hukum Al-Quran. sedangkan kita yang islam ada yang jahil tentang hukum, apatah lagi kaum lain. 


nak cakap banyak pasal politik, aku bukan pandai sangat. just bagi pandangan. Wallahualam





kita merancang. Dia yang tentukan

assalamualaikum fellaaaaaas.


heeeeeeee. ni saja tak ada kerja so saja try buat cerita base on picture. hope korang enjoyyyy. haaaa sedih sikit kott. layan sekali dengan instrumen tu okey! jommmm









































_____________________________________________________________________

suatu hari, laila pergi ke kedai pak ali untuk membeli ubat batuk ibunya





ketika ingin pulang ke rumah. sebuah lori membawa muatan kayu di pandu laju oleh lelaki mabuk. tanpa sempat mengelak, laila dilanggar dah tercampak ke tengah jalan.




ajal tanpa mengenal usia. pangkat. status dan sebagainya. laila tidak dapat di selamatkan since dia kehilangan banyak darah





______________________________________________________________________




kita merancang. Dia yang menentukan. sebaik-baik perancang adalah Dia. 
sekian. laila dan iman. terima kasih




Jun 24, 2012

beza hijab dan jilbab

hai assalamualaikum fellaaaaas,


this is my first trial using doodle and make it as a dialogue. kurang sana sini harap di beri teguran. hee saja nak try buat macam gaya comic sikit. and di samping tu tujuan nya agar saya dan readers dapat berkongsi ilmu. insyaAllah :)










big thanks to blogger sa michaisi. because from her blog i know paint tool SAI application. then also big thanks to blogger hidayah because i learn to use the application by looking her tutorial about muslimah doodle at youtube. thanks by sharing this to me and all bloggers outside there. korang best! :D



seronok bila kita dapat belajar something new. kan?




contest: blog saya superb cun




hai assalamualaikum fellaaaaas! haaa



maka dengan junjung perintahnya. patik pacal yang hina mahu mengucapkan terima kasih kepada cik budak nakal. terima kasihhhhh tagged kitaaa! hohoooo *gelak besar sambil tutup mulut konon ayu lebih :D



maka dengan ini

 
  


aku saja je join since cik budak nakal invite. terima kasih sekali lagi. tak harap nak menang just hope dapat tambah kawan kawan blogger baruuuuu! hai korannnnng *lelambai tangan


ni pun aku baru active balik berblogging since tengah cuti sem dua bulan yang boring gila. hoooo so cuba memeriahkan balik blog aku. heee.


okeyyy. nak tau lebih lanjut. just click that link okeyyy. tarikh tutup lambat lagi jangan risau. july 31st. soooo kenkawan, jom laa join! memeriahkan suasana hari raya! ehhh



maka dengan ini patik dengan berbesar hatinya tag

hadiah untuk lelaki

assalamualaikum  fellaaaaas. lulzz



pening nak cari hadiah untuk abah, pakwe. abang adik ?
haaaa ni mungkin dapat membantu anda!

sebagai student aku pun kenkadang pening nak fikir hadiah apa yang sesuai nak bagi lelaki ni. kalau perempuan. senang! berlambak dekat kedai tapi nak pilih tu pulak satu hal. nanti aku buat entry hadiah for girls pulak alright? nahh now for guys. kekakang sebagai student perlu buat belanjawan sikit agar tak lari duit belanja harian. so jomm !


joystick
kalau yang ada abang, adik, pakwe yang suka main game tu boleh lah kasi mereka joystick ni. harga bawah RM100 pun ada. korang kena pandai pilih lah. kalau boleh minta suggestion daripada kawan lelaki korang yang lain kalau korang tak pandai dalam bab-bab nak pilih ni.


barang-barang DIY ( do it yourself )
kalau korang tak pandai create something creative, why not tempah je. korang search dalam internet macam-macam ada. contoh bantal. if abang, adik, pakwe korang minat chelsea, manchester etc why not korang suruh orang tu buat bantal yang ada lambang pasukan kegemaran mereka! berserta nama dia kalau korang nak. puzzle pun boleh. just duit duit duit. heee


download 
download apa? terpulang pada anda! hanya bermodalkan pendrive satu. dan mungkin korang boleh download game perlawanan bola pasukan kegemaran mereka? atau boleh download lagu kegemaran korang berdua ( bagi yang pakwe makwe )


cd
zaman harini. orang lagi suka download bukan? apa kata korang beli cd favourite band or singer mereka. ohhh kalau nak beli cd ceramah ustaz azhar idrus itu lagi baik! ahaks :D


lain-lain
benda yang common orang bagi. macam baju, jam, perfume, set pencuci muka. accessories, jersi bola sepak. 



alatan sukan
hahh kalau diorang active sukan boleh belikan diorang alatan sukan. make sure sesuai dengan minat mereka. jangan dia main badminton tapi anda belikan dia raket tenis. oh tak patut tak patut.




itu sajaaaa. mungkin dengan idea tak seberapa ini dapat membantu ringankan pening kepala anda untuk mencari hadiah buat yang tersayang ! :D


ni kot joystick. hahaaa

5 cara hilangkan gemuruh

hai assalamualaikum fellas !



korang gemuruh? hilang keberanian untuk bercakap di depan ?
aku ada beberapa tips yang insyaAllah boleh bantu kurangkan rasa gementar tu. watchout!

  • sebelum presentation or public speaking that need you to face with people make sure korang minum paling kurang segelas air masak. air bersusu seperti teh, milo elok jangan ambik. takut perut sebu then rasa macam tak sedap. so rasa gelisah effect by that akan mempengaruhi.

  • ohh persediaan yang rapi untuk presentation atau interview haruslah di buat dengan teliti. JANGAN BUAT ANYTHING LAST MINUTE! it will effect you badly.

  • practise make prefect! maka haruslah korang selalu berlatih untuk lebih nampak berkeyakinan. cakap sorang-sorang depan cermin pun it's okey. let's say your lecturer give the task a week before, so korang cari bahan cepat-cepat then practise. nak berjaya perlukan pengorbanan. biarlah roommate korang kata korang gila ke hape cakap sensorang depan cermin janji korang berlatih!
 

  • maka pada hari presentation tu, kalau korang gagap jugak. suruh teamwork korang tepuk belakang korang kuat-kuat. mungkin dengan sedikit kejutan rasa gemuruh akan hilang :D hahhaaa
 
  • baca bismillah and selawat banyak-banyak. berdoa kepadaNya dilancarkan bicara dan dipermudahkan urusan. InsyaAllah. 



bukan senang nak kikis rasa gementar ni. ada orang yang beriya-iya berlatih pun ends up bila turn dia senyap sunyi je. langsung apa yang di practise hilang. tips ni sekadar membantu je. terpulang kepada diri sebenarnya macam mana nak solve the problem.



hahhh PENTING !
korang kalau yang tengah cuak tu, janganlah pergi kacau kawan kau yang tengah cuba nak relax. may be dia cool je tapi dalam hati dia, tsunami tahu! paling aku pantang bila aku try to be relax, someone call my name and said " wehh aku takut lah" again and again. gua pun jadi gemuruh tengok perangai dia. kbai salam


Jun 23, 2012

rindu.

ehemm assalamualaikum  fellas ,


jika rinduku padanya hanyalah nafsu mainan syaitan semata, maka hilangkan perasaan itu. jika rinduku padanya, ketentuan yang membawa kepada jannahMu, maka simpanlah ia di sudut hati sehingga lafaz halal yang di ucapkan olehnya. sesungguhnya aku yakin kepadaMu. peliharalah kehormatanku untuk dia yang berhak. insyaAllah




Jun 20, 2012

logistic tu ape ?

assalamualaikum kawan kawan.



situasi

cus : sem break ye dik?
me : yupp.
cus : ohh sebulan? seronok laa
me : ehh tak laa. dua bulan. bln 5 sampai 7. hee
cus : study dekat mane eh?
me : emm kat johor.
cus : uitm?
me : ehh tak laa. unikl.
cus : course ape.
me : logistic.
cus : logistic tu ape ye?
me : logistic tu bla bla blaaa

me and my customer since aku tolong abah aku kerja kedai dia. so memang akan ada orang tanya soalan serupa macam situasi di atas. hmm


and if not me. tipu kalau korang yang study logistic tu, kawan kawan parents korang mesti ada sorang dua yang tanya. kawan korang yang not familiar with logistic word pun mesti ada yang tanya, kan?


actually logistic tu luas. sometime aku speechless tak tau nak explain camne. kang aku bagi ayat base on book kang. nganga pulak. so I just make it simple. logistic is about transportation.


defination base on slide:
process of planning, implementing, and controlling the efficient, cost effective flow and storage of raw materials, in-process inventory, finished goods, and related information from point-of-origin to point-of-consumption for the purpose of conforming to customer requirements.

nganga tak mulut? wkwkwk. macam mana nak jawap dalam exam camni? kau make it clear by asking lecturer then buat ayat sendiri. kalau buat sebijik macam kat atas pun boleh but nampak sangat kau menghafal and tak creative :p


eh melalut plak aku. 

haa bebalik pada logistic tu luas. ni apa yang aku blaja dengan sir fadzali masa sem 1. meh buat revision sikit. logistic ada 13 elements yang setiap satu ada kepentingan sendiri. 

13 elements:
  1. demand forecasting
  2. purchasing
  3. requirements planning
  4. production planning
  5. manufacturing inventory
  6. warehousing
  7. materials handling
  8. packaging
  9. inventory
 10. distribution planning
 11. order processing
 12. transportation
 13. customer services
  



and setiap 13 elements ni ada kepentingan yang kena ambik kira. sebenarnya banyak lagi kena ambik tahu since aku pun baru lepas sem 2. banyak lagi benda aku kena belajar. so korang kalau nak tahu logistic tu apa, just google. incik google can make you clear more than me. ehee 

Jun 19, 2012

#1 random

assalamualaikum ,




PLEASE, 
LIVE WELL




 
hi bintang. rindu :)




Jun 18, 2012

hi

assalamualaikum 



people come and go. but Allah never :)
try chill yourself to make more stronger. your beloved family. closed friends as do always behind to support whether you're up or down. just think positive and smile. Allah have a best plans for you.


sometimes life is not easy as we thought. just be patient and keep pray for the best. you can if Allah said so  :)





: zilaisachi



i'm not good in grammar but i'll try. like AnwarHadi said, practise practise and practise ..


Jun 14, 2012

harapan

assalamualaikum adik adik :)



tak ada emak, ibu, umi, mama, mummy yang menaruh harapan anak yang di kandung sembilan bulan besar nanti jadi bohsia.


tak ada abah, abi, papa, baba, daddy, walid yang berharap anak yang di tatang kerja siang malam tak kisah penat lelah besar nanti jadi mat rempit.


mungkin bagi anak yang sah taraf mungkin ibu bapa mereka tidak mengharap anak mereka jadi perompak, penagih dadah, pencuri, perogol. mereka semua ingin yang terbaik buat anak anak.


mungkin bagi yang tak sah taraf. dalam hati ibu bapa mereka "kalau boleh aku tak nak kau wujud! menyusahkan!" kalau tidak, kes buang anak. gugur secara haram tak akan berlaku.


jadi. walaubagaimana pun anda, jadilah insan yang baik. kalau ibu bapa kita tidak berapa baik, jangan jadikan peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya sebagai alasan. berubah sedikit. itu lebih baik :)


dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian ia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya. (Taha 20:82)



  
kanak-kanak itu umpama kain putih yang suci. 
terpulang pada tangan yang di pertanggungjawab 
sama ada mahu palitkan putih, hitam atau warna-warni.




Jun 12, 2012

the little boy

assalamualaikum koranggg. 



lotsa idea eh azila harini. 
naaa this not some of info watsoeva. just random. random entry :)



tadi hantar adik aku tusyen then balik singgah cake house. ehh happy angel. bila dekat kaunter nak bayar suddenly ada sorang budak umur 3 or 4 years. tarik seluar aku. LOL 


may be dia ingat aku mak dia kott. aku tarik seluar aku jauh sikit. but he's still pegang tak nak kasi lepas. tetiba dia nampak mak dia tengok dok pilih dekat rak situ. terus dia lepas seluar aku pandang aku sengih sengih.


two words:
COMEL SANGAT! hahaa


dah lah pakai baju melayu warna hijau. hee bawak lari nanti. nasib kakak ni baik tauu. *rolling eyes. LOLLLL


syukur apa yang ada

assalamualaikum kenkawan. salam rahmat atas kamu.



pernah atau tak korang pergi mana-mana. nampak situasi di mana anak nak sesuatu tapi si ibu or ayah cakap, "lain kali mak belikan ye" sambil pandang muka si anak dengan reaction sedih.


situasi lain plak. budak-budak pergi kedai. di tangan ada seringgit. keliling pusing rak makanan ringan tu nak cari makanan mana yang harga sama macam nilai yang ada dekat tangan. budak-budak dengan makanan ringan memang tak boleh di pisahkan. kan?



syukur aku ada parents yang kalau nak durian. terus boleh dapat. kalau nak air mangga terus boleh beli. sangat syukur. tapi lebih lah kalau aku minta samsung galaxy S3 on the spot dapat. ingat kaya sangat! hahaaa just still kalau anak-anak diorang nak itu ini sedaya mungkin dorang usahakan.



tak semua beruntung. just syukur apa yang ada :)






Jun 11, 2012

antara novels and Al-Quran

assalamualaikum korang. salam rahmat atas kamu.



tak payah opening watsoeva. just direct to the topic alright? much cun!
when steps into your birthday. what running on your mind? you can watching 18sx at cinema? clubbing? key of freedom from your parents? what else?


nak tahu tak.. sebenarnya, dalam umur kita turning to 20, it's the best time untuk kita pilih jalan hidup. ada dua tiada tiga. baik atau buruk. hiburan dunia yang sementara atau hiburan akhirat yang kekal. which one pilihan kita?



well semua tahu. aku suka novel. sangat! but sometimes aku terfikir. why i can finish 500 and above pages of novels in a day but not the 30 juzuk of Al-Quran in a year? and aku tahu jawapan dia. bukan sebab malas. sebab...



aku tak paham. tak paham the meaning of the surah that i've read. and it's my bad. yang langsung tak ada insiatif nak faham benda tu. yea bila kita faham automatic kita minat. itu jadinya. soooooo kira wajib atas aku. tanggungjawab sebagai muslim untuk faham kalam Allah. sebab Al-Quran sepanjang zaman kita guna.



entah. aku pun bukan baik mana. but korang penah rasa macam something hollow inside need to fill with something good? macam tu laa yang aku rasa.



kita mula dari sikit sikit dulu okey? aku nak jadi baik untuk orang yang baik. macam frasa ayat yang femes ni, kita kena jadi solehah dulu untuk mencari yang soleh. tapi untuk capai yang solehah tu waallahualam. so aku letak frasa aku nak jadi baik untuk orang yang baik. insyaAllah. usaha juga tu kan?


niat baik. tak salah. doa untuk aku :)


dunia ini adalah perhiasan. 
dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah :)