May 26, 2012

RM 50

assalamualaikum and selamat malam.


imbas beberapa tahun yang lalu;

emak : ila, pegi kedai kejap. beli ni tu haa dengan tuu ( aku lupa mak aku suh beli apa sebeno nyee. ehee. almaklum dah tua. wkwkwk ) hulur RM50

saya : okey mak. 

maka pada zaman dulu yang ketika itu baru berumur beberapa tahun. sekolah rendah yang pasti nya. haruslah basikal menjadi kemudahan kemana sahaja.  maka berbasikal lah aku menuju ke kedai. 



alkisah nyee seluar yang aku pakai tu tak ada poket. so duit RM50 tu aku genggam jelaa sambil bawak basikal. mungkin aku tengah berangan angan sepanjang menuju ke kedai tu, makanya ketika tiba di pertengahan jalan baru aku perasan, duit yang ku genggam sudah hilang ! dalam hati risau nyee mak aai.


maka aku pun cuba mencari di sekitar tempat aku berhentikan basikal. dalam hati galau pun ada takut mak marah. patah balik ke rumah. sepanjang jalan tu mata melilau je kot kot terjumpa balik ke RM50 tu. dalam hati dah redha andai kena marah. huhuuuu

tak jumpa.

sampai rumah aku story lah dengan mak aku. yang pasti masa tu mak aku membebel bebel dan bebel. aku tahan telinga. salah aku weh. ahaaa. sambil dia bebel sambil hulur duit lain. maka aku pun menjaga dengan cermat dan terus menuju ke kedai membeli barang yang di pesan. 


yang pasti nilai RM50 dulu dan kini sangat jauh bezanya. dulu RM50 mungkin untuk belanja seminggu. zaman nie RM50, dua hari je kot boleh tahan. ahh nilai barang sekarang ..



itu antara kisah zaman kanak kanak aku. muhahahaaa. laa ni bila belajar jauh, parents aku selalu pesan. duit tu jimat sikit.




No comments:

Post a Comment