Apr 26, 2012

masanya akan tiba

assalamualaikum and goodmorning people 
  

aku sekarang pegang ni je,
ke horizon langit pun jodoh aku berlari. kalau dah jodoh tetap berjumpa juga. masa tentukan segalanya :)

aku tak suka orang gosip aku tak tentu hala. dah lah perangai aku tak berapa sangat. gosip sana sini lagi. tolong rasa macam nak hentak kepala je. tapi kawan kann. sigh

boleh je aku nak couple sekarang tapi rasa macam tak ada arah tuju. perjalanan hidup aku jauh lagi insyaAllah kalau di panjangkan umur. hubungan tak tentu tujuan ni bukannya list number satu aku buat masa ni. aku nak tebus balik apa yang aku gagal dapat before ni.

terima kasih juga dekat dia yang bukan jenis mendesak. so far memang aku senang berkawan je dulu dengan dia. tak ribut. tak leceh. lagi pun berkawan buat kita tak terikat dengan sesiapa. awak dengan hal awak dan saya dengan hal saya.


aku baru sembilan belas kot. baru belajar nak tengok dunia luar. baru belajar nak bernafas dengan stabil. bagi stabil dulu semua benda. bagi diri aku ni baik sikit dapat tangkis segala dugaan dunia. insyaAllah bila tiba masa Dia buka hati aku, aku terima je. 


aku ni mana baik sangat. so aku tak nak lah pasangan aku kurang baik juga. kan dah di janjikan orang yang baik pasangannya insyaAllah baik juga akhlaknya. bagi aku ubah diri. insyaAllah satu hari nanti tiba juga untuk aku ready dengan tanggungjawab pegang perasaan suci yang Dia anugerah.


satu hari nanti bilamana pasangan aku berjabat tangan dengan wali aku, berjanji jaga aku dengan baik. insyaAllah sepenuhnya aku ready. bercinta lepas kahwin kan lagi manis. suka hati nak kata aku kuno ke hapee nak bercinta lepas kahwin. bercinta berlandaskan nafsu, zero.

aku juga berusaha dalam mencari jodoh. tapi aku bukan mencari siapa orangnya. aku berusaha memperelok kan akhlak. berusaha dalam mencari redha Dia. insyaAllah suatu hari nanti masanya akan tiba. jangan risau wahai kawan :)


Ya Allah, kurniakan lah aku jodoh yang baik, soleh juga dapat membimbing aku ke jalanMu. amin

No comments:

Post a Comment