Nov 26, 2011

permulaan tahun baru islam

assalamualaikum dan salam satu malaysia !




dulu aku pelik. permulaan tahun baharu islam awal muharam atau bila tiba maal hijrah. means awal muharam dengan maal hijrah tu dulu aku ingat dua peristiwa yang berbeza. itu masa kecil kecil lahh. now yeahh.


Awal Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah


Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta


Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan


Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman 3x



mari muslimin and muslimat semua. beramai ramai baca doa akhir dan awal tahun bagi tahun baru islam. semoga iman kita makin bertambah seiring dengan usia kita. insyaAllah.


ohh yea. permulaan hari baru mengikut islam sebenar nya selepas maghrib. selepas terbenamnya matahari. ini aku dengar dari siapa aku lupa. tapi mengikut mr google betul lah apa yang aku cakap. ohh yeah sila pasti kan balik dengan bertanya dengan orang orang yang lebih arif.


haa aku bagitahu ni sebab pada masa ni lah sesuai bagi kamu kamu semua. nak baca doa awal dan akhir tahun. doa akhir tahun baca sebelum maghrib dan doa awal tahun baca selepas maghrib. kalau rajin why not after tu terus kan baca yaasin bagi memberkati lagi tahun baru kamu. ye dok ? kbai salam maal hijrah semua :)

No comments:

Post a Comment