Oct 7, 2011

malu tebal 18 inci !


ngeh ngeh. malu tak terkata. rasa nak masuk dalam kain terus lari 200km/s balik bilik. aigooo rasa sebulan pon tak habis maluuu. 


MITEC nie dah lah kecik. pegi mana mana pun orang kenal lah juga muka even tak tau nama. kau tau, boleh pula tadi mesin ATM buat problem !


alkisahnya. kawan aku nak keluarkan duit. time nak check baki tu tetiba mesin tu off. selamat card dia keluar balik. lepas tu member aku picit picit button kat situ and member aku lagi sorang ketuk mesin tu. alahai ketuk manja je okey. tak kuat langsung ! tetiba alarm dia berbunyi. 


sangat kuat okey! satu cafe tu dengar. and kitorang cuak gila babs lari jauh kan diri dari mesin tu. pastu semua orang yang tengah duduk makan kat cafe tu pandang dah macam kitorang alien tahu tak. malu gila sumpah !


tak jadi nak lunch memang terus masuk bilik lah kan. aigooo. malu malu mak oii. dah macam kitorang pesalah ape benda je. aishhh. pasni dah tak nak keluar kan duit kat situ lagi !

dah lah kbai nak tido. satgi pukul 3pm ada islamic studies class. ngantok ~ Zzz


No comments:

Post a Comment