Sep 4, 2011

susah kita susah lagi mereka

assalamualaikum sahabat,

kadang kadang kawan kawan aku susah nak teka emosi aku camne. sebab banyak masa aku selalu senyum
( bukan nak riak apa, kawan aku yang cakap camgitu ) tapi kalau nak tengok aku cepat touching sampai kadang kadang meleleh airmata. bagi laa novel cerita sedih punya sedih. meleleh lah aku nanti.



kadang kadang tengok gambar or cerita cerita macam ni pun aku cepat sedih. lagi lagi bila tengok budak budak yang hidup dekat negara yang tengah perang. darah sana sini. hilang family. memang sedih kalau fikir. beruntungnya kita duduk dekat negara aman.


kalau tengok, berapa banyak kanak kanak dekat malaysia yang ada masalah obesiti. tapi budak ni, alahai sangat kesian. aku rasa, orang miskin dekat malaysia pun beruntung sangat sebab banyak badan kerajaan atau swasta yang membantu. tak ada yang kebuluran tahap maksima. 



dengar cerita pasal orang orang tua yang kena hantar dekat rumah kebajikan pun dah buat aku sedih and leleh. aishh. ini lagi macam apetah, agak dunia akhir zaman memang sifat kasih sayang dalam diri manusia makin kurang eh ? Wallahualam.



p/s: bila tengok dorang join misi bantuan rasa macam, one day aku nak jadi macam dorang. seronok apa bantu orang susah. tak dapat jadi sukarelawan dekat negara luar pun dekat rumah kebajikan orang tua pun boleh. tapi nak jadi sukarelawan ni kena kuat wehh. aku ni senang nangis bila tengok orang susah sikit. kang aku nangis depan dorang tak ke haru :D


BANTULAH ORANG YANG DALAM KESUSAHAN
INSYAALLAH, ALLAH BANTU KITA

No comments:

Post a Comment