Sep 28, 2011

entah kenapa.

salam sejahtera , ke atas kamu.

entah kenapa. minggu ni. aku rasa

gundah gulana! rasa hati tak tenang.
mula lah rasa nak balik. and nak balik juga walau bagaimana.

aku memang begini. sudah 5 tahun jadi hostel student pun.
masih begini. kalau fikiran runsing. rumah benda pertama yang ingin dituju.

orang boleh nampak aku kuat dari luar. orang boleh nampak
aku senyum. aku ketawa. gelak gelak bersama. tapi

ahh sangat susah nak cakap. soal perasaan sangat rumit.
sedang kan pemilik diri pun rasa nak gila bila fikir. sama macam cinta. benda rumit


yang aku tahu. aku nak balik! sebab bila balik rumah.
kekuatan aku untuk terus bejuang terus bernyala nyala bila aku kembali.
kembali ke tempat di mana ilmu aku cari.


yeah. this coming friday. i'll back for 3 days. for me that's enough.
sangat. okey. sudah stop. mungkin anda bosan membaca

benda mengarut. ohh minta maaf. tapi ini umpama diari saya.
tempat untuk saya luah kan apa yang perlu. apa yang berlaku

blog umpama tempat saya bercerita kepada kawan. yeah kawan saya
untuk saya dekat kan diri kepada mereka. okbai (:


#hati masih gundah. serius!



pengurusan jenazah

assalamualaikum , hai korang.
now 11.57pm and we're still in student center.

esok dekat MITEC ada kursus pengurusan jenazah. and sekali dengan jamuan raya MITEC. end of the syawal for 1432H. sekejap je kan masa. satgi dah nak masuk tahun baru pula. satgi dah jadi student sem 2. sekejap lagi dah nak masuk umur 19 tahun. and sekejap lagi mungkin kita mati. who's know rite bila masa kita tiba :)

IT'S RANDOM TOPIC

dulu time sekolah. boleh kata kan banyak kali juga ada pengurusan jenazah and dekat plkn pun ada juga. biasa bila remaja. jiwa memberontak tak nak join benda benda berkaitan akhirat ni kan. well keseronokan dunia kadang kadang buat kita lupa. akan ada dunia satu lagi yang harus dan kekal untuk kita tempuhi.


bagi aku pengurusan jenazah nie penting. kalau bukan generasi muda macam kita yang nak mewarisi siapa lagi kann. benda ni fardu kifayah buat kita. kalau tiada orang yang mengurus kan perkara fardu kifayah ni maka berdosa lah sekalian masayarakat islam.


even kita bukan nak jadi kan pengurusan jenazah as a kita punya kerjaya. tapi serba sedikit kita perlu tahu. mana tahu esok lusa ada antara kaum keluarga kita yang pergi dahulu. paling kurang kita sebagai saudara yang terdekat boleh tolong apa yang patut. secara tidak langsung, apa keaiban se mati tidak terdedah kepada orang luar. so belajar lah. ini juga sebahagian daripada ilmu



belajar lah sesuatu ilmu itu bermula daripada dalam buaian sehingga ke liang lahad. belajar lah anda sehingga ke negara china. belajar lah anda untuk diri, keluarga dan juga agama (:


# minggu ni aku rasa susah hati jehh. banyak benda buat hati gundah gelana. so aku nak balik rumah. sekejap pon jadi lahh. bagi hati aku kuat balik to face all of the things yang mencabar as a student. give me a strength ya Allah :)

Sep 27, 2011

makhluk lain atau apakah ?

assalamualaikum , gambar nie masa kami pergi ke muzium kesenian islam. actually aku tak perasan pun tuh apa. then bila kawan aku tengok balik dia tunjuk something weird. nak kata tangan tak macam tangan. korang tengok lah and nilai sendiri gambar nieh

sila klik gamba untuk tengok dengan lebih besar 

yang dalam bulatan warna kuning tu. korang rasa tu apa ? hahaaa aku think positive jeh. wee wooot. but korang after tengok jangan takut nak pergi pusat kesenian islam tu. that a good place kalau korang first time datang kl. barang pameran dalam tuh sumpah semua cantik sangat. very interesting. lagi lagi pasu and all of thing yang warna biru. maigoddd serius damn nice lahh. saya peminat warna biru number satu ! hohooo :D


ehemmm. now saya and my geng, ateen, ct, ain, mashitah, muaz, qayyum and abu bns tengah lepak cafe. boleh kata kan every night lepak cafe till midnight. sometimes sumpah rasa macam buang masa gila. tapi tu kira macam satu cara after blaja siang hari. then selalu aku recover study after subuh. tapi kalau dah malas memey tido lah jawapnya lepas subuh kan. but try to minimum kan masa lepak coz now dah ends of september and my final exam will be come on november. so start from oktober must be more serious. TRY TRY! TO BE MORE SERIOUS. PLEASE PRAY FOR MY SUCCESS :)

Sep 25, 2011

lepaking with themm

assalamualaikum , hai korang.
nie just nak update some photo time kitorang pegi pusat kesenian islam and JAKIM kat cyberjaya. jomm usha. aicehhh macam artis pulak. puihh. hahaa :p



my beloved friends. xoxo


family photo. but shitah, siti and ain takde. gediks tamau masuk :p


ateen. siti. shitah. saya and qayyum 
kami lepak bersama at student center. sorry muaz and abuu. tade dalam gamba and ain too. balik rumahh. hohoo untung rumah dekat. hahaa. stop for using untung word lahh azila -.-
orang dengar pun annoying


p/s : qayyum and abuuu jahat gilaaa! hack my facebook and shitah ! and tulis benda bukan bukannn. sumpah jahat ! siap korang kalau dapat hack facebook korang ! hahaaa. but sama jeh 2x5 semua penah buat kerja jahat tuh. so kalau ada dengan dorang kena hati-hati. hohooo. but they are very awesomee :D


Sep 22, 2011

benar enggak ?

assalamualaikum ya bapak bapak sama mak mak sekalian ,
ini aku copy paste jeh from senior aku punya wall. kak puteri ismail. so enjoyy tengok betol or tak benda nie dengan diri korang. sekadar suka suka. hahaaa :D


: People born in :

January              are bold and alert
February          are lucky and loyal
March               are Naughty and Genius
April                are caring and strong
May                 are Loving and practical
June                 are Romantic and curious
July                   are Adventurous and honest
August               are Active and hardworking
September        are Sensitive and pretty
October           are Stylish and friendly
November       are Nice and creative
December       are Confident and freedom loving


aku bulan march. 
bagi aku naughty tuh betol lah kot. aku memang nakal! tak nafikan ehh. hahaa. ehemm but genius tuh. hahaa boleh gelak guling guling. manada genius. may be for the next 5 years baru muncul genius aku tuh. so far tang mana genius aku tuh tak nampak lagi lah. may be sebab aku nakal banyak main main jeh dari belajar, tak ambik serius sangat sebab tuh tak nampak lagi but insyaAllah try to change to be more better. doa kan aku kawan kawan :)



nie pulak aku copy paste fromm abuu bns! hahaa ce tengok wahai kawan kawan perempuan sama tak dengan korang punya personaliti


Kenali Wanita
a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas


A) : WANITA BERUNSUR TANAH 
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.


B):WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis


C) :WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu


D) :WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah



ehemm aku unsur angin! lemah lembut tuh langsung tak kot. bagi aku lah kan. hahaa entah only people around me can judge samada aku lemah lembut or not. and aku sangat lah tak pandai nak pujuk pujuk orang. aku tak reti nak bermanis ayat. kesian bakal boyfie aku nanti kalau merajuk kena pujuk diri sendiri. hohooo :D 


sopan santun and berbudi pekerti mulia tuh tanya sama kawan yang selalu ada dengan aku. tak boleh lah aku yang cakap. kang nanti masuk bakul angkat sendiri lak. ngeee bijak wujudkan suasana selesa. ENTAH! guano tuh ? tak paham -.- hahaaa


hati yang cepat berubah ubah! itu sangat lah aku setuju. bahaya nieh tahu tak. hahaa try to change to be a loyal person. ngeee. okie itu ajaa. saja suka seronok. kbai salam :D


Sep 18, 2011

nasi lemak 2.0

assalamualaikum , hai peeps (:


memandangkan cuti satu malaysia kami tak balik. so tau tau jelaa kan boring dia tahap cipan gimano. sedang kan cuti weekend tu pun dah macam apetah boring dia. ni kan lagi 3 hari. mati kutu baby kami di buat nya.


call kereta sewa, semua cakap ' sorry kereta full booked laa harini ' haishhh watedehek! time kritikal boring la full. so hari jumaat kitorang terbuang macam tuh je dengan membesar kan badan atas katil. ehee :D


hari sabtu, ain dok mesej tanya nak keluar ke tak nak. kitorang ragu ragu. dia siap offer ayah dia boleh hantar kan. so kitorang setuju jelaa. dah ada transport kan.


pastu decide nak tengok movie apa. kejap itu lah kejap ini lahh. conclusion nya kami pilih nasi lemak 2.0 ingat itu cerita malay. sekali masuk cinema. hambek kauu! keliling chinesee. pastu kitorang tanya lah cina dekat sebelah. itu cerita cina ke ? dia cakap yes ! but it's 1 Malaysia story. so kitorang layan kan aja dengan harapan cerita tu best. kalau tak memang burn laa RM14. huishh mahal tuhh




start cerita tuhh, aku tengok director dia. ehh NAMAWEE. itu bukan yang buat kontraversi pasal lagu Negaraku tu ke ? yess memang dia. tapi layan kan aja. dah beli ticket kann.


dah habis tu. memang lah. memang tak rugi tengok. memang superb! terbaik punya cerita. pegi lah korang tengok. rugi tau tak. best cerita dia. memang gelak jelaa tengok cerita tuh. TERBAIK!


aku tengok twitter. ada lah makhluk tuhan tu cakap:
Nasi Lemak 2.0 ban is just procuder's propaganda to up the sale of the film. Cheap publicity!


haishh. cuba laa fikit positif sikit. jangan laa nak boom someone tu base on dia punya background. memang lah dia penah buat silap. cakap sikit, sape je yang tak pernah buat silap dalam hidup ? oke finee. aku memang tak berhak nak cakap apa apa. sebab aku bukan sesiapa dalam industry seni. tapi ini pendapat orang awam (:


tuh jelaa kot. hehh aku paling suka lagu rasa sayang version namawee. very niceee (:




KAMI 

Sep 16, 2011

kaya tak kaya

assalamualaikum , ohh hai kawan kawan selamat siang (:


semalam best gilaaa! playing badminton from 12am till 4am. looks like crazy but very fun. tangan kanan aku sampai lembik. well lama tak bersukan. lepas tu main badminton macam ada pertandingan. bila aku bangun pagi nak mandi and gosok gigi, terpaksa guna tangan kiri. tangan kanan aku perlu rehat. nak angkat botol air pun gigil gigil. so korang boleh nampak betapa dasyat nye kitorang main malam tadi.


ahaaa aku lepas subuh mandi sampai sekarang tak boleh nak tidur balik. mungkin dah terbiasa bangun awal. so aku online sampai sekarang. nak main angry bird macam apetah. banyak aku mencarut kenang kan babi babi tuh gelak kalau aku tak dapat shoot dia. dasar babi! nak main burger shop pulak rasa macam aishh aku geram tengok pelanggan pelanggan yang tak reti besabar. mencarut sebab main game je. pahala aku banyak habis sebab main game. teruk! HAHAAA itu lah aku. nak mencarut dekat orang mana boleh. ingat ini zaman budak sekolah lagi apa.


okey stop bout game or badminton thing. 


kaya tak kaya. sebenar nya aku sentap kejap tadi. bila kawan aku cakap ' alah kau kan kaya ' wehh aku paling tak suka dengar ayat tu. PALING! ingat bila aku anak orang kaya minta apa jeh semua dapat ? yang kaya parents aku. biar pi lah dorang. dorang nak ada rumah sampai tiga empat bijik ke. nak ada tanah berekar ekar ke. itu harta dorang. harta dorang kumpul since muda. ingat kerja kami adik beradik duduk goyang kaki habis kan harta mak bapak. HAHAA silap! mak bapak aku garang! kau nak barang kehendak diri sila usaha dapat kan dengan duit poket. 


so starting now, kena lah fikir nak beli aset untuk diri sendiri. jangan reti nak enjoy jeh. jangan reti beharap dengan harta mak bapak jeh. aku lagi respect orang yang kaya atas usaha sendiri dari kaya sebab harta parents. kadang orang yang kaya atas usaha sendiri nieh lagi tahu erti kesusahan nak maju kan diri. tak gituu.


# ayat last RANDOM.


hope one day, aku dapat buat banglo dekat area sawah
impian aku (:


Sep 15, 2011

sometimes kesian

assalamualaikum , hai hai korang (:

hahaa merepek lagi. hal ini pasal diri aku dan diri dia. agak agak kalau korang kan, ape kreteria calon boyfie korang ? orang yang baik ? orang yang nakal or what ?


pastu camno korang pilih boyfie korang ? asal ada yang suka, korang couple. korang suka dia, dia suka korang ( ohh ini mesti lah semua orang nak ) or kau suka dia, and try tarik perhatian dia sampai dapat ? mana satu ?


hahaa. sebenar nye aku serba salah. tak kan aku nak main terima jeh orang suka aku. aku dah lah cepat boring. and yang suka tu budak budak baik. ramai kawan aku cakap aku bodoh. dah dapat lelaki yang baik tu jaga lah elok elok. susah zaman sekarang nak cari orang yang baik baik.


tapi kalau tak suka pastu kau simpan, tak ke macam kau guna kan dia jeh. macam alahai jahat sangat pula aku nie. lagi aku jenis ramah tamah dengan semua orang. memang budak tu bukan jenis nak marah kalau aku bekawan. tapi rasa serba salah dalam diri yang buat segala bergerakan aku tersekat.


lagi aku tak suka. nanti dah couple, sebok sebok lah nak minta password facebook, twitter, blog. senang cerita semua password yang ada, dia minta. omaigadd ini paling aku rasa nak lempang. bagi aku, kalau boyfie pun. facebook kau, kau punya. facebook aku, aku punya. tak payah nak sebok stalk sampai nak minta2 password bagai. pastu nanti gadoh sebab facebook. tak ke macam sengal -.-


yang pasti benda benda bab perasaan nieh rumit. tak nak lah main couple pastu break couple lagi yang lain pastu cari lagi yang lain. memang lah kita patut pilih. tapi dah couple banyak kali nampak sangat macam eeei senang nye perempuan nieh. macam kereta, susut nilai. bagi aku lahh. lain orang lain lah pendapatnya kan


hahaa rasa macam weird tulis bab perasaan nieh. mungkin belum sampai masa aku nak berjiwang jiwang. aku pun baru lapan belas tahun. bagi aku macam baru je keluar dari

entah bila dapat

assalamualaikum , hai kawan sekalian (:




gua nak tengok
HANTU BONCENG!
entah zaman bila dapat tengok huhuuuu
sedih aku. orang dah ulang tengok cite ni dua tiga kali aku belum lagi nengok. sobs sobs


assalamualaikum , hai hai holaa reader (:

HAHAA. sebenar nya aku tatau nak mengupdate apa. sebab entah macam aku tak tahu apa pasal dunia semasa. sejak masuk university nieh, sangat lah jarang sekali aku baca newspaper or watever thing yang boleh buat aku tahu pasal dunia luar.


ohh azila, kau bagai hidup di bawah gua tempurung! senget ( kau perosak peribahasa melayu ) yeahh aku rasa macam tuu. rasa macam kembali zaman PLKN yang langsung tak tau pape. but just tade activity yang buat jiwa rasa nak mati. tapi gunungan assigment yang kadang mengundang rasa lelah je buat aku sedar, i'm not PLKN trainee.


nak keluar mencari idea pun, guanoo ? as a first sem student sangat lah payah nak keluar sana sini. transport takde lah mak encik. lagi kami tak dapat lagi pinjaman, so kena pandai berjimat cermat. kalau nak keluar memang duit laju jelaa mengalir. even tak beli benda mengarut pun, beli makanan je kot. ohh i'm food lover (: tapi. susahh lah kalau duit tak banyak.


kalau aku balik rumah, hahh idea mencurah curah macam coklat jatuh ke ladang gandum! satu hari boleh hentam buat dua tiga entry. tak ke hebat ?! heheee tak sebenarnya. blogger hebat, orang yang sentiasa ada idea. and boleh katanya kan ada je entry baru. sampai dalam sehari tu boleh tujuh lapan sepuluh entry dia hantam tulis. baru betol hebat kann.


ehh dah laa. entah aku tak tahu nak meraban apa lagi. aku mana reti nak buat tulisan sinis sebab in reality life punn, aku mana pandai nak perli perli orang sangat. takat ngumpat 24jam tu boleh lah. heheee.


hari ni class aku satu jehh. tu pun class yang satu tu cancel. memang lepak dalam bilik buat kerja jelaa aku. lagi harini aku puasa, memang tak keluar langsung pegi cafe or mana mana. ohh tak. keluar pegi toilet! hehee. ehh dah laaa kbai salam iloveyou. youlovemetoo (:

Sep 14, 2011

bertudung sekadar fesyen

assalamualaikum , hai reader.

huhuuu agak lama tak update blog. 3 weeks may be. almaklum, orang belum ada lappy. so can't to be an active blogger. nie pun nak update pinjam lappy member. dahh rindu sangat nak menulis kann.

okeyy let's we're talk about perkara yang di isu sekarang.

sekarang ramai kan kannn. kalau korang tengok orang yang pakai tudung, shawls and tudung like indonn
( i don't what a name bout that tudung so i'm just letak je nama tudung indonn. semua tahu kann rupa bentuk dia gimano )


hmm but the issues now is dorang pakai tudung but pakai baju dah macam kain kasa yang gilaa jarang lahh. agak kalau orang lelaki tengok pun boleh tebeliak biji mata tahuuu. aww awww. haippp tak elok gatal gatal! jaga mata pleaseee.


even, aku yang perempuan pun tengok segan. hei better you tak payah nak pakai tudung macam gitu. kalau baju jarang sampai dah boleh nampak your colour bra. sensitive laa sikit nak berfesyen pun. kann bukan tak tahu hukum hakam.


yeahh i know, now banyak kain baju kurung yang kedai jual, boleh katakan banyak yang jarang jarang. but inisiatif lahh sikit. pakai baju inner ke, buat dua layer ke. but pleasee kalau dah terfikir nak pakai tudung, jangan lah main pakai sarung je tiub. sila ada rasa segan dalam diri. tahu zaman dah moden, berfesyen pun sekarang tidak terhad, guna laa sikit akal fikiran yang ada tu (:


aku pun takde lahh baik sangat to be a real muslimah, sama sama lah kita mengingati. semoga Allah merahmati hidup anda dan saya (:

Sep 4, 2011

geram betoi!


assalamualaikum and selamat pagi, sekarang dah 2.45am okee

nie haa nak cerita, semalam aku jadi driver kakak kakak and adik adik aku shopping barang before dorang balik asrama and university. well bawa waja. faham lahh kan bumper waja tu sikit punya besar kalau nak banding dengan kacil. manual pulak tuhh.


selalu bila nak keluar parking aku okey je. tapi tadi entah hari apa, suei betol. boleh pulak kena banyak kali pusing stering. siodd  jehh! and ada satu kete tu terpaksa tunggu lama masa aku tengah pusing stering bagi nak masuk jalan betol.


macam gitu laa keadaan kete aku ngan kete mamat kerek nak mampus tuh. aku tengah cuak nak cover kete dia boleh tunjuk muka kerek plus muka bosan dia tu. hello brotha tak payah nak bajet boleh. sampai kan mamat motor yang lalu sebelah aku pun sempat lagi dia cakap, relax dik. relax! agak nampak sangat kot muka cuak aku.


hehh tak reti nak paham betol. besar-besar kat kete aku tu ada P mesti lah budak baru belajar naik kete. eei eeeei susah nak explain camna reaction muka dia. tapi sumpah gila kerek with his sunglasses dia tu. aku rasa nak tumbuk kasi pecah! bia padan muka. eeeeeeeeeei geram nya aku. langgar kang honda dia tu padan muka! tak boleh lupa wehh camna reaction muka dia. memang aku nyumpah lah dalam hati. even adik aku pun bengang tengok muka mamat tuh !


kepada orang lelaki, sila jadi sabar sikit! sekian terima kasih



susah kita susah lagi mereka

assalamualaikum sahabat,

kadang kadang kawan kawan aku susah nak teka emosi aku camne. sebab banyak masa aku selalu senyum
( bukan nak riak apa, kawan aku yang cakap camgitu ) tapi kalau nak tengok aku cepat touching sampai kadang kadang meleleh airmata. bagi laa novel cerita sedih punya sedih. meleleh lah aku nanti.



kadang kadang tengok gambar or cerita cerita macam ni pun aku cepat sedih. lagi lagi bila tengok budak budak yang hidup dekat negara yang tengah perang. darah sana sini. hilang family. memang sedih kalau fikir. beruntungnya kita duduk dekat negara aman.


kalau tengok, berapa banyak kanak kanak dekat malaysia yang ada masalah obesiti. tapi budak ni, alahai sangat kesian. aku rasa, orang miskin dekat malaysia pun beruntung sangat sebab banyak badan kerajaan atau swasta yang membantu. tak ada yang kebuluran tahap maksima. 



dengar cerita pasal orang orang tua yang kena hantar dekat rumah kebajikan pun dah buat aku sedih and leleh. aishh. ini lagi macam apetah, agak dunia akhir zaman memang sifat kasih sayang dalam diri manusia makin kurang eh ? Wallahualam.



p/s: bila tengok dorang join misi bantuan rasa macam, one day aku nak jadi macam dorang. seronok apa bantu orang susah. tak dapat jadi sukarelawan dekat negara luar pun dekat rumah kebajikan orang tua pun boleh. tapi nak jadi sukarelawan ni kena kuat wehh. aku ni senang nangis bila tengok orang susah sikit. kang aku nangis depan dorang tak ke haru :D


BANTULAH ORANG YANG DALAM KESUSAHAN
INSYAALLAH, ALLAH BANTU KITA

Sep 3, 2011

hati yang syukur

assalamualaikum kawan! hari ni masih hari sabtu and esok ahad lah kan. means esok dah kena balik selatan malaysia. JOHOR!


aku tahu pasti ada ramai manusia kat luar sana, even ada macam macam. ada rumah yang selesa. yang itu ada ini ada. senang cerita apa yang melengkapkan hidup semua dia ada. nak itu dapat, nak ini dapat. tapi masih lagi rasa macam ada benda yang kurang dalam hidup dia. ada rasa tak cukup lengkap lagi.


sebab kadang kadang mereka mereka ni tak ada rasa bersyukur dalam diri. hati mereka mereka ni tidak di ajar bersyukur dengan nikmat yang ada. biasalah dah biasa senang. nak apa semua dapat. tapi tak semua orang jenis begini sebab lain orang lain lah ragamnya kan (:



so pengajaran nya di sini. ajar lah hati untuk lebih bersyukur dengan nikmat yang di beri DIA (: