Aug 30, 2011

raya without them.


assalamualaikum and salam aidilfitri,
kejap nya masa. satgi lagi bapa hari dah nak balik johor pulaa. adoi


hmm this year raya without them. mbah buyut and mbah lanang. mbah buyut ( moyang aku ) meninggal time aku form 5 which is last year laa kan. and mbah lanang ( atok belah abah aku ) meninggal this year time bulan 6 hari tuu. rasa macam gila terkilan sebab time dua dua meninggal aku tak ada nak tengok buat kali terakhir.


masa moyang aku meninggal, aku dekat asrama. and time mbah lanang aku meninggal aku dekat PLKN. bayang kann, arwah meninggal hari selasa but hari sabtu tu baru aku dapat tahu sebab sabtu and ahad je hari kitorang dapat pegang handphone. masa dapat tahu tu okey lagi. but bila malam after solat magrib tu sempat lah aku sedekah kan yaasin. meleleh juga laa time baca tuhh. sedih kot tapi terubat sikit rasa terkilan tu sebab before datang PLKN aku sempat lawat arwah. arwah before meninggal memang tak boleh bangun dari katil langsung. so aku lap lap kan badan dia. bagi dia minum. kemas kan area katil dia sikit sikit. well aku duduk asrama memang sangat jarang aku boleh balik kampung.


abah aku cakap, anak abah semua jauh jauh. kalau abah ambik semua, jenazahnya nak kebumikan bila. ohh abah aku anak first so dia agak busy sikit nak uruskan jenazah. tak kan nak ambik kitorang kan. anak anak abah pun semua kena paham. so kitorang redha je. sedekah kan ayat Al-Quran and Yaasin dari jauh dah memandai.


# jadilah anak yang soleh serta solehah kerana doa doa anak anak inilah yang akan jadi bekalan di alam barzakh selain daripada amalan simati semasa hidup.


No comments:

Post a Comment