May 14, 2011

selamat tinggal semua

assalamualaikum wehh

haa nasib baik dah boleh blogging dah. tadi tetiba pulak blogger web buat kacau. first time ni. musykil musykil. okey fine kalau tak bole juga tadi memang aku tak update laaa sampai habis PLKN. even aku pegi ahad tapi esok sabtu aku pegi melaka ;D saja nak menyibok ambik kakak aku. hahaaa


okey before pegi aku nak sampai kan pesanan pesanan aku kat korang pembaca yang sudi membaca.
( gaya cite macam lahh ramai orang baca )
okey fine lets start

buat kawan kawan aku ,
selamat menempoh alam baru.
selamat berorentasi.
selamat kembali jadi junior.
selamat dapat pakwe / makwe baru 
di mana juga korang berada sentiasa ingat DIA. jangan selasa apa yang ada hari ini. pastu solat jangan tinggal. err lagi ape ehh ? okey blank dahh tu je kot.

aku tak excited gila pun nak pegi. sebab dapat second group. for sure ramai gila yang minta penangguhan sebab sekarang kan musim masuk IPT. lain lahh kalau dapat first group punya kann. okey dah


and aku sedih. after ni dah tak jaga restoran dahh. serius dulu aku beriya2 tak nak tolong abah aku tapi macam kesian. so tolong separuh rela jelaa mula mula tu. last last mane mane aku nak pegi mesti fikir macam mane restoran hari ni ? okey ke tak ? ramai orang ke tak ?

mana tak terasa sedih, dah bape bulan aku jaga. kalau abah aku pegi kursus aku lahh yang kena urus sume benda. well abah aku kontraktor so kursus sana sini. tak kan nak harap pekerja kann ? dari pegi pasar basah beli barang cari pemborang kerang. cari kedai beli barang2 dapur yang murah. tak tau rupa sayur bayam tu camne. terpaksa tebal kan muka tanye. hihiii. tapi rugi satu benda ! aku tak belajar masak punn -.-'


haaa bestfriend aku ira, esok ahad dah daftar matrik kuala nerang dah. dia matrik under unikl tu pasal daftar tak sama dengan budak matrik lain. erma pula daftar next week ! aku je lambat 17julai -.-'

ohh yaa aku ambik DIPLOMA INDUSTRIAL LOGISTIC dekat UniKL MITEC. nun selatan tanah air sana. jauh mak aihh. actually aku memang target unikl but ambik foundation dia dulu dekat matrik kuala nerang macam kawan aku ira ni. then baru sambung degree industrial logistic. jimat sikit masa but tade rezeki enn so start from diploma laa. ira ni dia nak ambik medic so nanti dia kena pegi UNIKL RCMP kat perak


ahaa betambah lagi sorang family UniKL dalam family aku. kakak aku dua2 UniKL sorang gombak sorang melaka.

kakak 1st aku fariha ambik 
BET Electrical Engineering


kakak 2nd aku nina ambik  
Bachelor of Chemical Engineering Technology in Process

aku                                     
Diploma Industrial Logistic


lucky dorang berdua sebab dapat buat foundation dulu. aku je tade rezeki. sedih ! hope ada hikmah. aminn





psst : jangan rindu nak gadoh ngan aku okey.
babai i'll miss semua.
sedih nur kasih the movie tak dapat tengok :'(

May 10, 2011

tragedi bot bedarah ...

assalamualaikum dan seeeeeeeeeeeelamat petang !
semangat terlebih hormon sudah. heeee


haaa sape ada baca paper pasal tragedi bot berdarah kat tengah laut tuuu. alahhh yang semua nelayan tu. sape katak bawah tempurung yang tak tau isu semasa tu mung bole baca kat bawah ni


yang atas ni berita semalam tak pun 2 hari lepas
aku tak sure
and hari ni punya cerita



sebab apa aku semangat buat entry pasal ni. sebab aku kenal orang yang mati ni. errr family dia jelaa. orang yang mati ni aku tak bape cam sangat. isteri dia baru 3 hari lepas datang restoran aku sambil kendong anak dia beli lauk kot.

seriously kesian gila dengan dorang. family dorang nak kata sederhana hmm korang bayang kan jelaa nelayan kerja dengan tekong cina. ape laa sangat dapat kan. ni lagi bila tonggak utama family dorang meninggal tetiba kena bunuh. ibarat jatuh di timpa tangga !

selalu anak anak dia datang restoran aku beli air teh o ais. setiap hari okey. kadang kadang tu air masak plus ais pon jadi laaaa. kesian juga tengok. nak bagi free
( -.- aku beniaga tolong paham )

so marilah sedekah kan AL-FATIHAH moga rohnya di cucuri rahmat. aminn. insyaAllah



May 6, 2011

selamat hari ibu (:

assalamualaikum people


ini untuk mak saya even saya tau dia tak akan baca post ni and i'm not so jiwang nak show off poem buatan merepek aku ni kat dia. ahaaa juga buat mak mak di luar sana semoga anda semua sentiasa di bawah rahmatNya. amin


saat itu kau bangun
berjaga di malam hari
saat itu kau berwuduk
bersujud, berdoa kepadaNya

saat itu aku terdengar
kata kata syahdumu
mendoakan kesejahteraan dirimu
keluarga dan anak anakmu
saat itu aku bersyukur
kerna kau ibuku

terima kasih!
kerna menjaga aku
kerna menjadi pendengar setiaku
kerna berada di sisi aku saat jatuh
terima kasih buat segala perhatian
yang kau berikan kepadaku



SELAMAT HARI IBU  
MUAHHH ! MUAHH

this for you
hihii anak mak tak cukup duit nak bagi yang betol2 punya (:

okey tetiba teringat pula ada beberapa kawan aku yang mak dorang telah kembali ke rahmatullah. mari sedekah kan AL-FATIHAH untuk roh mereka moga dicucuri rahmatNya. insyaAllah. amin 


* actually hari ibu 8 mei but aku post awal. and bukan haritu saja kita patut tunjuk rasa sayang kita. hari lain pun sama okeyy

May 5, 2011

update jerr

assalamualaikum ,


ahaa mata aku bengkak wehh, tak tau sebab apa. tetiba sakit then esok pagi nye aku bangun tido terus besa bengkak nyee. adehhh siot jeh. ni pun aku dok tuam tuam ngan telur panas kasi surut sikit bengkak dia.

okey aku taktau nak update apa sebeno nye. minggu ni kurang idea lakk. takde cite yang hot hot pun. aaah minggu ni aku busy sikit buat preparation for PLKN. wahh kejap je. minggu depan aku dah nak blahh. hope aku dapat continue blaja mane2 wehh. aku malas nak PLKN lama lama sangat


eei buat LABUZARIN nanti nanti aku senang and ada idea merepek aku post laa kat blog hang -.- nak sangat. week before PLKN okey.


okey lerr chow. aku tak kemas rumah sidai kain lagi. nanti nak pegi keje lakk. maleh betoi -.-



friend are the people in life that make you
laugh a little louder,
smile a little brighter 
live a little better (:


May 1, 2011

rita, semoga bahagia berterusan.

assalamualaikum

ahaa pagi ni aku baca surat kabar ternampak lerr artikal, rita rudaini selamat lahirkan anak kedua. woootwooot. TAHNIAH laa yeee. semoga bertambah bahagia dah di limpahkan rahmat buat keluarga.

AIRIT RAFQA ARJUNA
nama pehhh. klasik sungguh (:

lama tak nampak rita belakon. rindu nak tengok dia. tapi takpe laa. selesai kan ape yang patut dulu. after ni kalau ada rezeki kann. mane tau dapat anak kembar pula (: heheeee

semoga segala masalah yang melanda before berakhir laa dengan kelahiran baby ni. udah udah lerr tu. tak baik runtuhkan rumah tangga orang. yang kerja bawa mulut je tu. benti laaa. tak tahu dosa ke buat2 fitnah ?

apa apa punn aku suka rita rudaini! err yang lain sorang menantu cik razak tu kureng sikit sukanyeee. entah aku pun tak tau ape pasal aku kurang minat dia. since cite nur kasih aku tak bape bekenan ngan dia. ahaaa tapi aku doa juga moga dia bahagia dengan zaquan.
end


baca ruangan jeling kak pora dalam B*POP. amboi marah beno nampak nye dekat remy ishak yaww. selalu kalau nak marah main selindung selindung lagi tak mention nama. nie siap letak lagi kau kau kau ! tak pegi semayang jumaat. ahaaa kan dah kena. remy mesti panas gila kalau baca


 datuk siti nurhaliza DIVA popular
elok merendah diri (:
bak mai simplysiti satu. hihiii