Apr 29, 2011

sugar glider

assalamualaikum 



apa usha usha ? hahaa korang rasa nak lempang laju laju tak binatang atas nieh ? muka dia muka minta simpati betol. hishhhh. kawan aku ada beli menatang nie. cinonet je aku tengok gambar dia. agak agak kalau ada  kat tangan aku, aku picit sikit dah arwah kot. huhuuuu geli laa aku binatang bulu bulu nieh


and satu sugar glider ni dalam RM270 something. may be ada yang lagi murah kot. tapi kawan aku beli harga dia camtu. mak aihhh 270 beli binatang ceconet nie. mati kang nangis aku duit hangus camtu. hahaaa tapi dia bagi girlfriend dia laa. so tak kesah sangat kuar duit banyak pun kann. untuk orang tersayang. wett wett ;D



ahaaa sumpah wane putih ni comel banget >.< suka aku tengok. macam nak picit picit je. tak boleh tak boleh. mati juga binatang ni nanti. ahaaa korang sesape nak bagi aku hadiah ( ada ke ) heee tolong lerr jangan bagi benda benda hidup yang perlukan perhatian. memang tak terbela tauuu.



haaa kalau kome bagi aku bahan bacaan memang aku bela elok elok. tak kisah laa novel cinta ke. novel islamik ke. harry potter ke. twilight ke. kisah zaman nabi nabi ke. tokoh sejarahwan islam ke. perubatan islam ke. even sejarah dunia pun. janji benda tu bahan BACAAN ! habit aku kalau dah membaca orang panggil pun buat pekak (: kawan aku bengang gila ngan tabiat aku ni -.- hihiiii

cina mati ;


assalamualaikum 


wehoooo tadi aku rempit pegi beli nasi goreng paprik
( perlu cakap ke -.-)
and nak balik rumah tu aku nampak ada orang pasang lilin

pelik aku tengok. ingat dorang buat lilin semayang cina tu alaa macam kat pokok2 besar tuu. tapi masalah nyee dorang pasang kat tiang letrik -.-

masuk kat area taman aku ada lagi satu lilin dorang pasang. dalam hati dah hishhh malam ni ada perayaan hantu ke ? dah laa senyap sunyi je. selalu malam malam bising taman aku ni.

bila nak sampai depan rumah tu nampak laa banyak kereta orang parking depan rumah. pastu dorang jalan ramai ramai pergi blok rumah belakang blok rumah aku.


pastu aku dengan rajin nya tanya sorang uncle ni.

" uncle ada apa tu "
" ohh itu. ada orang mati "
" ohh okey okey "

soooo malam ni tak boleh bising bising. kena hormat even dia bukan satu kaum dengan kita. malaysia kan negara majmuk (:

and kalau korang nak tau, dorang kan ada pakai baju berlainan warna enn time berarak tu. tu tanda relation dorang ngan si mati. aku malas nak terang kan satu satu. banyak wehh penat mak nak taip.

actually banyak lagi pantang larang orang cina ngan adat adat dorang yang aku baca. just tak tauu laa zaman sekarang ni still follow or tak.




* kecik kecik aku suka follow orang cina berarak bila ada cina mati. pastu sebuk tanya tanam kat mane ? pastu aku suka tengok dorang design macam rumah or kereta kertas then dorang bakar after tu. sekarang ni tengok jelaa dari dalam rumah. dah besar kan ? hihii

wedding of the century : william & kate

assalamualaikum to all people who's visit my blog
and hello for non muslim too (:
have a nice day


it's friday a great day than another day for muslim. so guys in out there can perform your friday prayers (: today 29th april 2011. hari yang di nanti nanti kan masyarakat seluruh britain mungkin juga warga dunia.


even aku bukan pengikut setia pasangan diraja ni tapi ahaa cambest jee wedding dorang. well perkahwinan diraja abad ni sape tak nak usha kann. bukan selalu ada. heheeee ;D

william arthur philip louis
&
catherine elizabeth middleton


HAPPY FOREVER I HOPE (:
aku nak kawen juga laa camni
* muka gatal minta kaki. hahaa :D

Apr 28, 2011

sempurna (:


assalamualaikum 


agak agak lagu sempurna tu jiwang jiwang kan untuk kekasih. masa aku dengar lagu tu aku pun fikir macam tuu. lagi lagi bila kawan aku jadi kan lagu tu as theme song love story dia dengan boyfriend dia.

but bila dengar lagu tu lama lama 
rasa yeahh it's for my mum !


Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna. Sempurna.

Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku


terima kasih mak sebab sentiasa bagi ila semangat untuk bangkit semula. my family too.

yeahh hidup kena kuat azila (:


 this song also dedicated to my beloved friends who's support me when i'm down.
terima kasih semua (:


* but manusia takde laa sempurna mana
hanya DIA saja yang sempurna dalam segala benda 

Apr 27, 2011

friends (:



assalamualaikum 

nak tayang gambar bestfriends aku jee (:
from left : ira , erma and ila (aku lerr tu )


fyi kitorang tak penah tangkap gambar bertiga selama ni even dah kawan lama gila. ni kira first time laa. pelik kann ? hahaaa. aku pun tak tauu ape pasal. 


ahaaa korang tak boleh lerr nak masuk line sebab dorang dah ada yang punya. tu lerr lambat lagi. huhuuu. aku sorang je yang janda antara kitorang bertiga nieh. benda dah lepas kann weh aku pun malas nak fikir benda benda nie sekarang. buat semak jee. kawan ngan semua orang kan lagi bagus. tak perlu nak jaga hati sesape enn ( ayat nak sedap kan hati je tuu. tapee tengok laa PLKN nanti ;P hahaa )


we're friends since 11 years ago. rasa macam kejap sangat kitorang bekawan. tup tup dah habis sekolah. kira dorang member tadika, sekolah rendah tapi ira sekolah kebangsaan lain sekolah agama je kitorang sama. pastu sekolah menengah lak aku plak tecampak jauh dorang bedua sekolah sama.


hope our ukhuwah never ends forever insyaAllah ;D


Apr 26, 2011

SEGMEN: MySpace!


assalamualaikum and salam muhibbah


ahaaa nazim nasri or NN nama glemer buat segmen pasal myspace. rasa interesting plak nak join sebab dulu dulu aku hantu myspace !  okey first kita letak header blog NN then kita jawap lima soklan yang dia bagi ehh. set naa. den upload header dia


ce click kat nama dia tu kalau mung nak usha segmen nieh


okey soalan soalan dia berbunyi begini ;

Tahun bila korang main MySpace and berapa kerap korang online?
tahun bape ehh aku form 2 ? hahh 2007. err memandangkan aku budak asrama so asal balik pc memang jadi hak milik mutlak laa kann.

Anggaran bilangan kawan dalam MySpace?
aku tak keja glemer nak membe ramai2 hot2 cun2. around 500++ je
 
Siapa 1st top friends korang and apa hubungan korang dengan dia?
err junaidi roslan. ex boyfriend aku -.-
 
Lagu apa yang korang letak kat MySpace dulu-dulu?
because i'm stupid - SS501

Kenapa korang tak main MySpace lagi dah?
mana nak main lagi weh. yang online ms sekarang alahai ciput gilaa la. lagi sekarang zaman facebook enn tapi facebook pun dah gila -.-'



* dah siap so jommm hantar link kat chatbox NN :) korang join laa. mengimbau zaman myspace 

Apr 24, 2011

people nowaday ;

assalamualaikum and hai selamat malam (:

malam malam macam nie chatting gosip my best girlfriend. she's very shocked when see our classmate girlfriend wearing bikini and short pants. heheeee kalau chinese or indian kau pegi mampus laa aku malas nak cerita. but member classmate kitorang tu malay.

haila mengucap panjang bestfriend aku tu. sangat laa seksi untuk muslim girl. bestfriend aku tu baru usha picture tu. agak lama juga laa picture tu dah ada kat album member kelas kitorang.

aku tengok tak terkejut sangat laa mula mula. just fikir, ohhh girlfie dia ni too modern. but bila bestfriend aku buka balik cerita ni, so aku pun usha laa balik picture tuu.

seksi seksa mata memandang. adoi masyarakat sekarang nie. tak tau laaa nak cakap macam mana. nak cakap tak tau dosa pahala jangan tipulah weh. budak 5 tahun pun dah reti bezakan salah atau tak.


memang laa kita perlu moden untuk maju ke depan tapi tak perlu keterlaluan. moden dengan cara berfikir bukan nya moden dengan budaya barat yang memang nak rosak kan akhlak orang islam.

haishhh, baru jadi boyfriend girlfriend dah tunjuk itu ini. apalahhh





aku suka cerita ni,

non-muslim - kenapa perempuan islam perlu menutup aurat mereka.

muslim - kamu tengok ini ( menunjuk kan dua biji gula2. satu gula2 di buka pembalut nya dan di campak di atas pasir. satu lagi di campak tanpa di buka pembalutnya ) kalau kamu nak makan kamu ambik yang mana ?

non-muslim - mestilah saya ambik yang masih berbalut

muslim - macam tu laa perempuan islam. mereka menutup aurat mereka dari di cemari oleh mata2 lelaki yang tiada hak atasnya.


so korang yang lelaki, nak perempuan yang macam mana ?
( tapi tak semestinya perempuan tak bertudung semua tak baik kann )

place i wanna go ;

 assalamualaikum 


ahaaa setiap orang mesti ada impian enn. aku pun tak terkecuali. entah cepat atau lambat. but seriously aku teringin jejak.

firstly of course kota umat islam seluruh dunia berkumpul. MEKKAH ALMUKARRAMAH.

start aku teringin nak pergi when my parents pergi buat haji. emm masa tu aku darjah dua. kecik lagi kan time tu so rasa nak pergi pun sebab nak tengok kaabah depan mata.

but start teringin gila nak pergi when my parents pergi lagi buat umrah. time tu aku form 2. and aku hope aku dapat jejak sana insyaAllah before umur aku 30 years old. umrah pun dah syukur. doa kan family aku murah rezeki end of this year (:

* ada sorang nie cakap kat aku ( alahh perangai kau macam nie nak pegi sana. cuba jadi baik sikit aku kalau boleh nak pergi time tua nanti ) okey aku memang nakal. batas lelaki dengan perempuan pun tak berapa nak terjaga. tapi tak salah kan kalau kita ada impian nak jejak sana waktu muda2. hayat manusia siapa boleh jangka


okey end off



second place aku nak pergi kanada ! yeahhhh. hahaaa sebab aku nak tengok niagara waterfall jerr. err since darjah 6 tak silap aku. time tu tengah belajar bi and aku lupa apa soklan teacher tu. tapi answer dia ada kaitan dengan niagara waterfall. since tu aku jatuh cinta and want to go there :)



third place i wanna go is belanda ! heee sebab aku nak pergi ladang tulip ! aku jatuh cinta dengan bunga tulip time form 5 ! heheee. gedik dooo minah bunga nieh. ahaa biar aku suka. actually bila aku google, tulip berasal from turki then dia dia kembang biak kan. camtu laaa. malas nak explain pepanjang.




ahaaa 3 tempat je dah cukup buat aku bahagia (: hope one day i will go there insyaAllah

Apr 23, 2011

random ;

assalamualaikum 

hari ni tak buat entry specific to one title. campur campur mana aku rasa nak tulis.

firstly mesti lah pasal actor kesayangan ramai ni enn. aku malas nak tulis banyak banyak sebab ahaa blogger2 lain dah ramai yang update pasal majlis tunang dia. okey just upload gamba dia jelaa tanda aku sokong ASHRAF MUSLIM ! yeahh



tahniah semoga selamat semuanya and bahagia dunia akhirat (: haishh untung bakal mak mentua si ashraf nieh. buat mak mak anak gadis luar sana jangan frust menonggeng okey. ada lagi lelaki lelaki malaysia yang berkualiti. jangan semata ashraf dah bertunang mak mak semua berpaling tadah frush menonggeng sampai dah tak nak lelaki malaysia. okey dah !


_____________________________________________


stop cerita ceriti ashraf muslim. sekarang kita masuk zon loving couple plak.

semalam aku ada update enn older loving couple nieh. ahaa tadi ada lagi sorang wehh. nie orang lain plak. ahaa sweet gila dorang exercise petang petang naik basikal rupa camgini


ahaaa gambar from pakcik google. okey kakak ni memang cun and dia pun ada blog juga. saya show off ye kak gamba nie. nak tunjuk bentuk beskal tu jerrr. eheee. hahhh rupa gini laaa beskal yang makcik ngan pakcik tu naik. heheee sweet je aku tengok dorang kayuh same2. auuu i loike ;D


_______________________________________________


zon lepas geram pulak dah takde cerita sweet gembira or suka gelak ketawa.

haishh tak tau laa aku deme deme nieh.

BILA SUSAH DATANG CARI, BILA SENANG KAU CAMPAK ATAS BUMBUNG EHHH.

hahhhh muak aku. nasib baik kau watak sampingan je budak. kalau tak memang aku tibai tonyoh tonyoh muka kau kat kuah roti canai nu haaa. sabo je lerrr


* maafkan orang buat hidup anda tak serabut azila. so tak perlu ambik hati sangat. memang susah nak cari kawan yang betol2 ada time susah and senang tapi tak mustahil. sebab mungkin ada 4 or 5 orang dalam seribu kannn


:|

Apr 22, 2011

loving couple (:

assalamualaikum 

ehee aku suka tengok deme bedua.
tadi dalam pukul 0630pm datang laa satu couple nie. haaa serious aku suka tengok dorang. dorang sangat lahh sweet. bagi aku lah. tak tahu laa korang. sebab aku suka tengok dorang ;


dorang dah tua but still sweet. yeahh cara dorang tunjuk kan rasa sayang tu tak de laa over pegang peluk sane sini macam couple muda muda. tapi melalui action dorang je kita dah tau dorang sayang menyayangi antara satu sama lain.


sapa ada baca berita metro err aku lupa hari apa punya paper. but wife dia minta tolong tapi dia baran pegi belasah wife dia. padahal suruh tolong ape jerr. korang nak baca boleh click sini  myMetro


err tak nak lah aku bila dah tua jadi macam tu. kalau boleh rasa sayang tu biarlah sampai mati. and aku tak nak laa jadi macam couple sekarang. bercinta sakan sakan. tapi kahwin baru 2 3 tahun dah cerai. err tak nak camtu. tak nak lah menambah kan statistik pasangan yang bercerai kann


comel enn macam nie (:

Apr 21, 2011

janganlah kamu dengki mendengki,

assalamualaikum

بسم الله الرحمن الرحيم
janganlah kamu dengki-mendengki, jangan tipu-menipu, jangan benci-membenci, jangan berpaling muka & jangan berjual beli di atas jualan orang lain. 

( riwayat muslim )





siapa yang baru habis tingkatan 5 mesti korang still ingat lagi kan ayat nie ? ayat feveret aku time tilawah dan hadis (:

well norma manusia ada sifat suka dengki antara satu sama lain. kalau tak, takde nye perang sana sini antara negara islam and negara bukan islam kann. okey stop. aku bukan nak komen isu peperangan

but sifat suka dengki mendengki dalam kalangan masyarakat kita ( cehh ayat kau macam nak buat esei! )
MELAYU ! doktor mahathir pun cakap melayu mudah lupa. and ada yang cakap juga melayu pemalas. tak menepati masa and so on.

sumpah aku bukan nak kutuk bangsa aku. tapi benda fakta ! and melayu juga suka dengki mendengki antara satu sama lain.

aku langsung tak kesah kau nak dengki. tapi biar jalan yang betol. dengki dengan kejayaan orang tu baik then cuba majukan diri. bukan dengan amalan karut marut main bomoh sana sini lagi nak jatuhkan orang tu. tak perlu nak jealous sampai macam tu sekali. sangatlah berdosa besar.

seriously family aku langsung tak kaya. sederhana saje. duduk rumah pun teres kos rendah. kereta pun dua je. well that's normal for people nowaday ada kereta dua rite ? and harta pun takde laa banyak. cukup cukup laa sikit nak tampung family aku. tapi lumrah manusia enn. tak pernah suka tengok orang lebih sikit.

aku sangat berharap, bertaubatlah mereka mereka tu. umur pun dah akhir magrib. masuk isyak dah terus innalillah. semoga Allah masih beri peluang mereka bertaubat. aminn




:)


Apr 18, 2011

makan cili padi ,


 assalamualaikum and salam satu malaysia


sape tak tau bentuk cili padi tu meh aku tunjuk rupa dia macam mana. tak punn kalau mung rajin bebenor sila sila pegi buka peti ais rumah korang korek korek tengok cili saiz comel lotey tu laa nama nye cili padi

ahaaa takpe aaa. menyusah payahkan korang je. ni haaa gambar from pak cik google. senang and pantas. ye dok


al kisah nye. masa tu aku form 3. pegi aa jenjalan dekat indonesia. eleeeh indon nuhaaa. surabaya sanaaa. indon makanan best dia yang aku paling paling suka mestilah BAKSO! ahaaaa


aku dok usha orang indon kat sane makan bakso selamba nenek dorang je ratah cili padi macam makan ulam. dorang suh aku try aku nak tak nak je. walau pun aku makan pedas tapi dok aa sampai berani nak gigit cili padi tu. mak aihh kalau kita main ramas ramas pun tangan dah pijar apa lagi kalau makan enn.


tapi tengok dorang makan selamba je macam tak pedas langsung. so aku fikir, ohh cili padi indon tak pedas sangat laa kot. aku ape lagi, ambik satu and ngapp separuh.


satu saat , dua saat , tiga saat !
air air air ! mengagau tangan aku cari air. and kalau orang indon makan pedas pedas air minum mesti laa air panas. masa tu dia hidangkan kopi panas.


kau bayangkan dengan pedasnya, minum lagi air panas. memang lidah aku rasa pehhhh tak dapat den nak cakap macam mana. korang boleh try kalau nak tauu


masa makan cili tu aku rasa macam telinga aku kua asap rupa gini haaa. haishhh taubat aku tak nak makan lagi dah. pedas mak oii



ahaaa. tapi bakso dia memang superb. cari aa dekat pekan dampit, jawa timur. indonesia (: sedappp



(:

Apr 15, 2011

telur ayam.acara lontar peluru (:


assalamualaikum and salam sejahtera

ahaa aku bukan nak cite pasal telur ayam tiruan ke ape. and telur ayam tiruan tu actually tak betol pun. buletin utama kata telur tu just low gred. camtu laa tak silap aku hee sebab berita nya dua hari lepas. aku malas nak update sebab alahh korang mesti tengok tb enn.



haaa sape penah usha mak ayam tengah mengeram telur ? sila angkat tangan macam usop yooo ! hahaa. kau tak penah ? alahh orang bandar laa kau nie. kesiannn * kepala geleng kiri kanan (:

aku penah tapi time kecik kecik dulu laaa. aku 5 ke 6 tahun masa tu. aku duduk rumah nenek aku sebab aku malas nak pegi tadika (: heeee.

aku masa umur 5 or 6 tahun dah buat experiment tauuuu. korang boleh lawan ? :P hahaaaa. one day nie aku dengan adik aku dua orang pegi aa usha mak ayam ni haaaa. bukan mak ayam gamba kat atas tu. gamba atas tu aku curi dekat pakcik google. hahaaa

pastu line baik punya nenek aku tengah nyanyi nyanyi masak kat dapur, atok aku tah pegi mana aku lupa. aku ngan adik aku halau mak ayam yang tengah mengeram pastu kitorang ambik telur sebiji. pastu lari lari pegi beranda.

and dekat beranda tu one two three campak !! erks tak pecah laaa telur nyeee. keras gila cengkerang. pastu turun bawah kutip balik pastu naik beranda balik. dengan segala skill lontar peluru aku lontar and yes ! pecah !

pastu pastu pegi balik tempat mak ayam tadi. halau lagi pastu ambik lagi sebiji. buat acara lontar peluru and pecah dengan sekali baling. ohh yeayy ! dua pusingan je. banyak banyak buat kau nak mampus



kepada anda : tolong tolong jangan tiru or cuba cuba nak buat macam zaman kanak ribena aku. ampun kan aku mak ayam. mesti kau dah mati enn. aku pun dah 18 tahun. tolong jangan tuntut dekat akhirat tolong aku masih seorang kanak kanak tika waktu itu


:|

Apr 14, 2011

surat cinta plkn mari (:





assalamualaikum and salam sejahtera (:




see it ? ahaa ni ticket bus plkn
i baru dapat tadi petang yaww. semangat jeh. ahaa but tak bape nak best sebab second group punya. kalau second group kan tengah tengah tahun. so nanti busy nak pegi mana mana kan.


start from 15mei2011 sampai laa 30julai2011. pehhh memang kena goreng betol aku macam nieh. kem paling lama penah aku join pun sembilan hari jeh kat kedah. tu pun rasa dah jadi macam orang bangla dah.

doa kan aku selamat pegi and selamat kembali. eheee padahal lagi sebulan plkn nie. tapi dapat surat dia punya laa awal. tak sesabar betol. ahaaa wish me luck (:

btw aku dapat dekat kem segari manjung , perak .
awok jadi orang perak yo pasni

Apr 13, 2011

bunga tahi ayam (:

assalamualaikum and salam satu malaysia

ahaa. aku sebenar nye malas nak update tapi tangan gatal gatal lagi tengah boring gila nak mampus ! nak blogwalking rasa malas pulak. nak baca enovel tade new update yang best2. dahtu baik aku merepek meraban ye dok. ahaa (:


bunga tahi ayam. err busuk ehh weh ? serius aku tak penah nak cuba bau dia macam mana. padahal dekat rumah nenek aku banyak gila doi.


ahaa dok aku tengah belek belek majalah mingguan wanita
( aku remaja okey but err aku tak suka majalah remaja! ) okey nvm. then tejumpa laa info pasal bunga bunga ni.


actually ada lagi info pasal bunga mawar erks skema ! bunga rose doi. ahaa lagi kekwa , bunga matahari , dandelion and kamowil ( aku tak penah dengar nama bunga nieh )


but ehee aku tertarik nak share info pasal bunga tahi ayam jelaa. yelaaa bunga tu kan selalu orang pandang tak pakai mata. ibarat kobis dalam salad ! melukut di tepi gantang ! and err er rumput tepi jalan ! ahaa kau nak ajar peribahasa ye azila ? -.-'


okey kelopak bunga tahi ayam boleh di gunakan sebagai ubat pencuci mata. kira macam eye mo laa tu. pastu boleh digunakan sebagai salap untuk menyembuhkan luka dan goresan putih pada kulit sebab ia bersifat antiseptik ! (:


ahaaa tengok tengok. bunga busuk busuk pun ada function wehh. lepas nie tak payah beli eye mo dah pakai bungai tahi ayam jeh okey. ahaaa


 bunga tahi ayam



ehh you : nanti kalau i graduation you beli kan i bunga tahi ayam tauuu. ahaaa nanti i kasi kiss tapak kasut dekat muka youu. please laaa aku pecinta tulip eh. hahaa ;D mak gurau yaww

ahaa weh dia nak kasi aku tulips tu (: wootwooot

Apr 12, 2011

refraktori obesity ; punca tubuh sukar kembali langsing


assalamualaikum dan selamat sejahtera


refraktori obesity bermaksud seseorang itu tidak berjaya manjadi kurus semula. diet senaman dan ubat ubatan tidak dapat membantu dalam menurunkan berat badan. seseorang yang mengalami refraktori obesity akan menjadi lebih gemuk setelah menjalani rawatan pelangsingan

mereka juga mempunyai tenaga yang lemah dan mudah murung. keadaan kulit mereka kasar dan kurang menarik

senaman juga membuatkan mereka lemah dan semakin gemuk. semakin mereka bersenam berat badan mereka semakin bertambah. kanak2 yang mengalami refraktori obesity menjadi kurang bermain dan mudah menyendiri.


KESAN TERHADAP TUBUH BADAN :

* tulang mengecil dan merosot terutamanya tulang pada muka. ini menyebabkan muka kelihatan bulat dan sembab

* kekejangan otot

* berisiko mendapat penyakit metabolik

* mudah letih

* mata menecil dan tampak sepet

* cepat lapar

* tidak mampu bersenam

* masalah period tidak menentu bagi wanita



( sumber : majalah mw bil 1429 )

Apr 9, 2011

telur tiruan (:

assalamualaikum


sekarang nie zaman dah maju. teknologi pon dah pelbagai
makanan pon dah boleh di buat tiruan kann. hishh bahaya bahaya

sekarang ni orang tengah pot pet pot pet pasal telur tiruan yang mula masuk pasaran. eei before ni aku just baca telur tiruan ni di jual dekat china saja. lahh ni dah sampai dekat malaysia pulaaa.


nampak dok perbezaan dia ? dok nampak pegi mung ambik kanta pembesar sana.

haaaa bahan untuk menghasilkan telur tiruan ni karbonat, resin, alum dan apetah lagi korang pegi search dekar pakcik google. sekian (:   *pemalas punya azila

Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati

kesan jangka panjang pengambilan telur TIRUAN ini ialah
( skema gila ayat macam nak buat esei je ) mengganggu metabolisme , otak , sel saraf serta boleh menjejaskan fungsi hati ( bahaya bahaya )

so berwaspada laa korang dengan sebarang cetak rompak !
ce cepat ce cepat pergi ambik telur kat dapur rumah korang buat experiment palsu ke bukan !

;D esok kena bom dengan mak korang dapur besepah jangan mara gue

Apr 8, 2011

tomboi vs lesbian (:

assalamualaikum

salam hari jumaat. so kepada sang arjuna boleh bersiap siap untuk menunaikan kewajipan anda sebagai orang muslim.

boooyah , ada guys ni kira macam uncle2 laa. bila tiba hari jumaat mesti lepak dekat restoran aku time solat jumaat. sebagai owner tak kan aku nak menghalau pelanggan kan tapi macam ishh dosa pula. so aku saje saje pasang rtm khutbah jumaat pon dorang buat tak reti reti juga. so macam mana ? every jumaat okey ! tiga kali berturut turut mean tergolong dalam orang2 kafir enn. tak silap aku laa. hmm sedangkan solat jumaat pun tak buat apetah lagi solat 5 waktu. dilema peniaga restoran ~


okey kembali ke topic ,
err tomboi and lesbian. which one is better ?

for me , tomboi is better than lesbian. sebab ?
tomboi just perempuan yang berpakaian and berpewatakan menyerupai lelaki.


go min nam cute enn (:


but lesbian ,
perempuan yang berpakaian and berpewatakan menyerupai lelaki. lesbian juga menjalinkan hubungan sonsang dengan berpasangan sesama kaum.




may be some people bila tengok perempuan kasar and macam lelaki sikit dengan rambut boycut style dorang fikir. err dah laa kasar macam lelaki tah tah ada awek.

ada korang fikir , err may be dia dah terbiasa gaya gitu sejak kecil. mana tau parents dorang nak anak lelaki sekali terdapat anak perempuan. or err dia ada alasan tersendiri. may be kalau terlampau feminin nanti mula laa banyak mata2 keranjangkan.


lesbian pula. mungkin dorang jadi macam gitu sebab tahap kepercayaan kat lelaki kosong. well lelaki zaman laa nie kan perangai macam macam. dera anak laa bini laa. kaki dadah laa kaki rogol laa. effect dekat dorang kot. or sekadar seronok seronok. biasa laa. darah muda mesti nak mencuba something yang baru kan.

apa apa pun dua dua tetap di pandang jelik oleh mak mak yang mahu mencari calon menantu. seperti mana dalam islam. perempuan yang menyerupai lelaki dan sebaliknya adalah haram di sisi agama (:







p/s : penah aku tengah makan dekat food court with my besties tetiba lalu budak budak pbsm, pandu puteri and apetah dah lupa. gosh sumpah aku suka gila dekat budak pbsm tu. gila cute. ahaa macam lelaki korea kan cute2.  dia ngan awek dia peluk peluk jalan pegang tangan. and after makan kitorang round dekat floor 2 sekali terserempak dengan geng budak2 nie. aku rasa budak pbsm tu perasan kot kitorang usha dia since dekat food court lagi. masa tu aku still ingat dia lelaki tapi bila dah dekat dengar suara dia. alahai ..


dalam hati aku : watdefak ?! kau azila boleh TERsuka perempuan. ahaa kira pompuan tu berjaya tipu aku. ahaa sumpah sengal dah dahh aku tak nak minat budak cute cute nieh -.-'


err ini memang cute ! ahaaa (:

Apr 6, 2011

jubah (:


assalamualaikum


heee dah lame gila teman teringin nak pakai jubah. nak beli tapi macam tak berbaloi pulak sebab eei nanti bukan pakai selalu. dok terperam jelaa dalam almari tuuu

tapi tapi nak juga ! 

jubah hitam with simple decoration. ahaaa sumpahakunakgilababi tak tipu. tapi ma aku cakap nanti bukan pakai pun. first raya je semangat. baju kurung moden je senang. hmmm bila hajat aku nak termakbul ?


gambar ehsan pakcik google (:
cecomel enn ? hee



Apr 5, 2011

dulu dulu (:

assalamualaikum 

heee , bila ingat kan balik kisah dulu dulu cambest je rase. 
haritu aku drive kereta pergi pantai BNO. it's not beach actually. sebab kawasan paya bakau so tak boleh mandi. kalau korang nak rasa badan gatal gatal boleh test mandi (: heee


and and of course my besties pun follow sekali. aku nak pegi lepak BNO sorang je pejadah enn. best dapat spent time dengan dorang. well kitorang nie nama je rumah dekat tapi nak jumpa seminggu pun payah. yelaa masing masing kerja enn. hishh baru kerja after spm belum lagi continue study and after tu kerja. mesti lagi tade masa nak jumpa. itulah hidup 


sampai sampai pehh parking full ! dah laa aku drive manual punya waja. bontot waja sikit punya besar kot. kalau kancil ke kelisa ke confident laa sikit nak selit packing. but thanks god , that time juga ada hilux baru keluar packing. berseri seri muka aku dah selamat sampai. cuak wei bawa anak dara orang. dah laa tak pro lagi bawa kereta manual. 


wahh time keluar kereta je angin terus menderu deru dekat muka. air tengah pasang time tu so angin kuat laa. best best ! pastu cari port. ingat nak makan mi udang dekat BNO tu tapi member aku taknak so beli laa nugget2. pastu lepak dekat tembok tepi laut. makan ! silau gila matahari petang. best best.

pastu cecite laa. dulu dulu kecik kecik lepak dekat rumah cik izan je tak pun naik basikal keliling taman. time tu kalau tak ada basikal punya laa tak best ! kalau ada activity koko dekat sekolah rendah pergi lah mengayuh basikal tiga orang. ohh ya aku dengan erma sekolah kebangsaan sama, ira sekolah tempat lain dekat jee dengan sekolah kitorang. tapi sekolah agama kitorang sama (:

 sumbangan ikhlas pakcik google. terima kasih


pastu bila dah besar sikit, naik motor pula. heee. aku tau bawa motor lagi awal dari dorang bedua. tak silap aku time tu form 2 or form 3 so one day ni dorang suruh aku ajar naik motor. aku ajar laa dekat jalan lurus depan rumah ira. ohh time nie ira dah pindah dari taman perumahan kitorang. tapi still dekat. ajar mengajar sampai nak tumbang motor aku. hee best kan dulu dulu ?


  sumbangan ikhlas pakcik google. terima kasih
gaya ni best.ktorang penah buat and the end tayar pancit !


and bila dah habis sekolah, drive kereta pula. sekarang dah tak main laa keliling taman perumahan naik basikal. lenguh kot kaki baru kayuh sekejap. sekarang lepak tempat jauh sikit. bila fikir fikir kan balik, cepatnya masa berlalu. cepat nya kitorang membesar. cepatnya cepatnya cepatnya. dunia akhir zaman kan ? semua nya terasa cepat

sumbangan tak ikhlas azila aischi
gamba kitorang dating hari tu tak upload lagi. 
sekian terima kasih


mybesties ;
erma nadia binti m nadzri
puteri syahiratun nabila binti ali asad 
friend since 11 years ago

Apr 4, 2011

bila lelaki begosip ;

assalamualaikum ,
hai hai hello hell . okey dah tak payah merepek -.-'
jom jomm baca entry bila lelaki start bergosip !


alkisahnya tersebutlah kisah yang dikarang azila surasushi kisah yang berbunyi err , ape pasal macam erk weird gila ayat aku nieh. pening tak ? okey dah continue !

cam gini . tadi aku comment dekat wall post member aku. of course laa lelaki ! dah cerita pasal lelaki enn sekarang. tetiba je dia cakap ,

" dengar cerita , kau hot stuff sekarang "

pastu aku dengan sopan nya balas

" blahh ! pegi mam sape yang cakap camtu . mesti pasal result aku enn "

" hohoo B) aku rasa lain cerita kot sebab tade pun pasal result "

" huhh, baik cakap pebenda ? tak baik auu ngumpat belakang2. aku open je korang komen pasal aku "

" mane laa aku tau sangat, aku dekat hospital an. aku dengar cerita je "


‎" begosip je kje bdk laki nie ehh. Melebih pompn lak. mesti si tuuut, tett ngn bdk2 len nie "


" ish, tak baik tuduh orang "

" okeyy2 tak tuduh. hee sape laa mulut mcm ayam tu "

" entah la. ada orang cecite dekat aku yang kau ada boyfriend "


" pehh. hahaaa. okey itu klaka gila. ek eleee korg tu pun nak kecoh ke ? tau aa aku tak cantik enn. tak bole nak ade bf enn "


" cerita panas woo bagi guys macam kteorg. lepas tu ko break en ? "


" hahaaa sumpa siod doe. mane tah korg punye sumber gosip nieh. Tak laa haritu aku saje je tuka2 in relationship then 2days after tu aku tuka balik jadi single. haiyaa korg nie. buat spekulasi jee "

" ko ni an cerita dah hot habis. nak buat camne. salah info en "

" tu laa len kali tanye dulu. nie memandai je buat gosip "

" haha biase laa. budak2 memang camtu "


" aa kau cakap orang, kau pun sme "

ends ; lelaki & perempuan


see , betapa busybody nya dorang nie. well aku tak cantik so bagi dorang kira macam wahh hebat gila azila ada boyfriend -.-'

ek eleee itu pun nak kecoh ke ? aku tak terdesak sangat kot nak ada boyfriend . yee tau aku tak cantik enn. so orang tak cantik tak boleh ada boyfriend. orang tak cantik duduk tepi je senyap senyap.


alahhh selagi  aku still ada family yang sentiasa support jatuh bangun aku, aku peduli apa. selagi aku still ada kawan yang sentiasa bagi semangat time aku down, aku tak kisah orang nak cakap apa. 

okey dah terlebih emosi pulaa. hehee .
tak cantik tak apa, janji tak menyusahkan orang. janji tahu jaga diri. janji tahu jaga maruah keluarga. janji sentiasa buat baik sesama makhluk. janji ~ berapa banyak janji daaaa. hahaaa. apa2 pun bersyukur dengan nikmat yang Dia kurnia kan. aku dah dapat hidup hirup oxygen free pon dah Alhamdulillah :D






heee. biru tu aku. putih tu member aku maisarah. terlebih gelap je sebab active terlampau lampau. lagi kulit aku jenis cepat gelap lambat putih. pakai tudung lagi. memang macam kuda belang aa kan. hahaa :D

#wootwoot maisarah tu single. tapi sila beratur err. hahaa



congrats shaheizy sam ;

assalamualaikum ,
ahaa mesti satu malaysia dah tahu.
anugerah bintang paling popular goes to shaheizy sam. wootwooot :D


and and yang tak tahan tu pemenang dapat hadiah kereta and entah apa lagi aku tak tahu. yang tu tak kisah, tapi yang aku kisah gila pemenang dapat pearl from rafflesia pearl err RM180 000 kot tak silap aku. sumpah lawa gila time tengok erra fazira pakai.


haaa tengok ! sumpah lawa gila design dia. klasik gituuu. kalau dapat kat aku tu , pehh memang aku simpan buat pameran ! hahaaa. tade laa. aku tak suka pakai barang2 perhiasan nie. err rimas kot. kalau mak mak datin suka aa benda2 camgini. eeuww -.-'

just minat dengan design dia je. tade laa sampai nak benda tu. kalau aku yang simple2 ye sudah memandai kann kan . heee

haaa lagi satu , eei suka gila tengok bukan cinta biasa nobody version. yooo nak menjerit aku tetiba terselit korea kat situ. hahaa. sumpah sengal ~

okey okey dah sampai sini sahaja.
to shaheizy sam, dah menang tu jangan lupa diri ! nanti peminat menyampah even err aku tade laa minat sangat shaheizy sam. belakon dalam adnan sempit and nyangkung blur je. hahaa dah dahh



p/s : my senior said , pangkat besar boleh menyebabkan lubang kubur jadi sempit and sabda Rasulullah SAW, orang kaya lambat masuk syurga 40 tahun berbanding orang miskin. so renung renungkan dan selamat beramal.


:D

Apr 3, 2011

wuduk suami isteri ;

assalamualaikum ,
hee rajin pula aku minggu nie. every night aku tulis new entry. hahaaa. kalau minggu malas datang. sekali seminggu je aku post. okey continue topik jomm.

aisehhh , hahaa aku ni macam dah kahwin pula buat entry suami isteri nie bagai. wahwah hahaa. tapi alaa benda ni kan ilmu. ilmu yang tade belajar macam dekat sekolah tu.


okey masa aku dalam err darjah 5 or 6 tak silap, arwah pak lang aku meninggal and time tu wife dia cium for the last time. and time tu aku tahu bila wife and husband bersentuhan each other maka terbatal laa wuduk antara mereka.

then aku tanya dekat siapa entah aku lupa.
' kan batal wuduk jenazah kalau wife dia cium '
hee biase laa bebudak nak membesar macam2 nak tahu kan so bertanya supaya tak sesat jalan. then dia cakap tak terbatal wuduk jenazah sebab dosa nya di tanggung oleh orang yang masih hidup . alaa2 gitu laa jawapan dia. erkss aku tak tahu betol ke tak so try tanye sesiapa yang bijak pandai


tapi tapi tadi aku baca surat khabar and aku search pakcik google terhebat ,
maklumat yang tertera begini

Mazhab Hanafi pula berpandangan sentuhan suami isteri tidak batal tanpa syahwat.
Hanafi pula mentafsirkannya dengan jimak, bukan bersentuhan. Penafsiran mereka ini disokong oleh beberapa hadis riwayat Aisyah, katanya: “Bahawa Rasulullah SAW mencium atau kucupnya, sedangkan baginda berpuasa, dan sabdanya: ‘Sesungguhnya ciuman tidak membatalkan wuduk dan tidak membatalkan puasa’.”


manakala pandangan imam syafie ,
Pandangan pertama Mazhab Syafie mengatakan batal wuduk jika bersentuhan lelaki dan wanita yang harus berkahwin.
Pandangan kedua Mazhab Syafie juga mengatakan tidak batal wuduk bersentuhan lelaki dan wanita dalam suasana masahaqah (kepayahan/kesusahan) seperti tawaf haji jika bersentuhan tanpa syahwat.


so err confused aku. tanya dengan orang bijak sana nanti.

:D wassalam

Apr 1, 2011

mengidam punya pasal ;

assalamualaikum ,

siapa ada baca harian metro pasal suami belasah isteri mengidam makanan yang susah nak cari ? kalau ada sila angkat siku ! ahh merepek ~ okey kalau tak baca lagi boleh tengok kat sini hot story !


okey dah habis baca ?
ahaaa conclusion nya. err husband dia panas baran ! hahaaa tade laaa.


ma aku cakap, memang laa perempuan mengandung nie emosi tak menentu. so as a husband lelaki kena faham.

 
sebagai peminat tegar majalah mingguan wanita :D ahaaa ada laa juga aku baca husband cari lain masa wife tengah pregnant. wohoooooo. itu memang lelaki durjana ! sebab janji manis before kahwin semua hilang kata nak susah sama susah. poodah! padahal bini baru perangai pelik sikit je time pregnant dah buat hal.


tapi yang perempuan pon jangan lahh terlebih lebih pula emosi. sampai hati si suami tersinggung. dosa youu ! macam cerita dekat atas. kena lah paham , husband dia balik kerja penat penat tetiba kena terjah suruh keluar balik beli buah entah ape aku pun tak penah jumpa. sape tak panas hati ~

lagi lagi kalau dia tengah banyak problem mana tahu dekat office kena tengking ngan bos ke tak pun report kena reject ke. haaaa kalau aku jadi laki tu pun aku panassss!


tapi lelaki tu pun satu. sioddd ! wife dia dah merayu rayu minta kesian pon dia tak peduli ! dasar biawak komondo ya kamu ! opss sorry. termengumpat pulak.


tapi kalau aku jadi husband dia dah cair dah kot ! SAPE TAK SAYANG BINI OII ! hahaaa. tapi masalahnya kau perempuan azila. sedar diri ! *rolling eyes* aku cakap KALAU !


papehal pon kena banyak banyak sabar sabar and sabar. sabar kan separuh daripada iman. wehh perempuan mengandung kot ! anak kau jugak -.-'