Mar 14, 2011

bila hati dah suka ;

salam alaik ,
:D


bila hati dah suka ,
hidup jadi terang bederang.
lampu kalimantang pun kalah ! apetah lagi lampu minyak tanah.

bila hati dah suka ,
dunia jadi kita yang punya.
yang halal jadi halal. yang haram pun jadi halal
masyaAllah minta dijauhkan diri dari sebarang maksiat.

bila hati dah suka ,
semua benda buat kita gembira. hari hari berlagu riang
senyum tak usah cakap sampai dekat telinga pun dah tentu.

bila hati dah suka ,
semua indah belaka.
yang gelap nampak manis , yang jahat nampak baik.
semua benda dah tak ambik kisah bila hati dah suka

tapi
tahukah kita ,
bila hati dah suka , boleh mengundang duka.

tahukah kita ,
bila gembira berlebihan ,
maka akan adanya hari sedih yang akan datang


tahukah kita ,
gembira berlebihan
boleh mengundang air mata di kemudian hari.
gembira berlebihan
menjemput syaitan si laknatullah bersorak sorai besama kita


tapi bila hati dah suka ,
bila bergembira bersama tiada salahnya.
asalkan masih di bawah syariatNya





:D
takda motif buat entry nie . tak tahu faham ke tak bila baca
maca melalut gila je benda aku tulis nie

actually nak tulis entry 
BILA DAH SUKA. hati sentiasa gembira.
bila dah suka dia cakap sepatah pun
dah mampu tarik senyum behari2
bila dah suka semua indah2 belaka
tapi jangan sampai suka berlebihan
melebihi suka kita kepadaNya dan juga rasulNya

No comments:

Post a Comment