Mar 31, 2011

hi , i'm halimah so'od ;

assalamualaikum ,
hahahaaa. shh aku tukar name kot :D hee

ehh bukan dalam ic okey.
dari aku tukar halimah so'od dekat ic baik aku tukar jadi bunga citra lestara . ahaa. kan antik gituuu. aku saja saja tukar dekat facebook nak tengok reaction dorang.

mula mula aku tukar ALIZA SCHI dorang terus dapat detect sebab ada tulis SCHI. kira nama aischi tu dah jadi identity aku laa camgitu. so aku tukar laa lain. hahh ambik kau jadi halimah so'od. sedapp apa name tu. hahaa

tapi dorang still boleh detect. siodd jeh aku dah siap hide gambar sume tukar profile banner lagi. sanggup remove name aischi padahal aku suka gila kot name tu.


ahaa tapi ada bape kerat still tak dapat cam. yaa gue enggak kisah tapi err sedih juga laa sebab ada member aku since darjah 6 kot. hehh sampai hati tak cam aku. huhuuu


tapi mostly cam laa. proud laa kat korang. that's mean korang concern pasal member korang. kan bagus gituu. okey tak kisah laa budak sekolah aku. sebab dorang memang tak boleh nak tipu langsung. ciss ! hahaa. dekat korang korang yang lelain yang tak penah jumpa yang just contact pakai facebook je. err bagus laa korang.


sayang member member aku. muah ! :D
p/s: aisachi maksud dia berkat cinta. dah dahh sshhh ! ahaa

Mar 30, 2011

perempuan vs lelaki ;

 assalamualaikum ,
entry before tidur saja je nak buat perbandingan.
antara lelaki dengan perempuan mana lagi hot ?

PEREMPUAN ! hahaaa. elehh sebab kau perempuan azila boleh laa cakap camgitu. ehh taklah manade. aku adil dan saksama :D

lelaki and perempuan masing-masing ada kelebihan sendiri.
lelaki and perempuan masing-masing ada ego tersendiri.

ishh dah merepek!
sebenarnya aku nak tulis pasal perempuan suka show perasaan mereka tanpa segan silu. tak begitu. tak puas hati boleh tengok comment member member korang yang perempuan. dorang tak segan silu cakap sayang kau , iloveyou , rindu kau and so on dekat wall post


and and orang yang baca pon macam tak hairan. takde pon cakap ' eei lesbo dohh '


cuba kalau lelaki tulis wall post dekat member dia macam iloveyou , sayang kau , rindu rinduan . mau tak kena sound
' yekk gila gay kau ' hahh jangan nak sangkal kenyataan aku. lelaki memang macam gitu. tak romantik langsung dengan member. hahaa okey tak dapat aku bayangkan kalau ada lelaki rupa gitu aww aww comment romantik2 dengan member dia.


setakat nieh tak jumpa lagi laa. tapi mane tau one day aku terjumpa couple gay boleh aku show off kat sini. err tak jahat kann ? peduli apa aku   *rolling eyes*


conclusionnya , perempuan lebih romantik dari lelaki ! hahaaa. lelaki show sayang dorang dengan main tumbuk tumbuk sepak sepak camtu. dah tak payah nak tipu. dua tahun aku duduk sekelas dengan 23 orang budak lelaki yang macam macam ragam.



:) handphone aku dah okey but lcd dia ada corak air ! nanti2 gue mau tukar lcd dia.

Mar 28, 2011

tak harap mahal janji aku gembira ;

assalamualaikum.
ini hadiah daripada siti nur amira anak hishamuddin menteri apetah tu. okey tak payah merepek. bapak dia bukan menteri. bapak dia politik politik punya olang.

aku tak harap mahal mahal sebab aku tahu kawan kawan aku ramai penanam anggur yang berjaya dekat farmville tak pun dekat cityville.

aku minta siti langgankan majalah epop malay setahun tapi dia cakap kau ingat aku anak zetty aziz. okey ini aku tambah sendiri. hhahaaa. dia cakap itu kau cari sendiri baik dia beli untuk dia.

kepada yang tak tahu majalah epop malay tu apa. korang boleh cari dekat pak cik google. make sure yang lelaki or yang perempuan yang anti-anti tu cari baldi takut korang muntah atas keyboard !

ini majalah memang khas untuk peminat kipas susah mati dekat korea japan and taiwan. tapi banyak pasal korea jelaa. sebab sekarang kan demam korea melanda landa.

okeh tak payah merepek ; mari tengok tengok



haaa. aku gembira suka hati gila sebab kau tengok. okey ada jungshin hahaa. rambut dia dah err makin okey than before. siti cakap full mv keluar esok. yehaaa tak sabar mak nak tengok nooo

;D

handphone ku!

hari malangkah ;

assalamualaikum reader.

before tu anda boleh click link ni : NEW HANDPHONE
itu entry aku sabtu minggu lepas persamaan 19mac2011

and kali nie pasal handphone lagi lagi anddddddd lagi !
bukan nak cakap aku tukar lagi tapi aku nak cakap.

HANDPHONE AKU MASUK TOILET BOWL !

selamat tak ada khazanah dekat dalam toilet bowl tu. so aku ambik dengan tangan balut balut dengan plastik and aku lap lap guna tisu pastu aku tengok skrin dia dah macam bodoh sikit. aku turn off then aku on balik tengok ada message from aziz asmuni. aku reply kejap. then try buka lagu but sound got problem.

tangan dah ketar ketar takut mak dengan abah aku tahu.
even pakai duit aku tapi err cuak laa juga.

screen dah macam sial sekali dengan sound sistem. aku buka segala bateri cabut sim card and memory card. pastu terus ambik kunci motor rempit pegi kedai repair handphone.

nak nangis tapi takda air mata keluar. kau bayangkan baru seminggu sehari aku guna benda alahh tu and on my birthday tetiba jadi macam gini. mau aku meroyan tahuuu

dahh malas nak cecita lagi panjang. esok insyaAllah phone aku keluar hospital. if something wrong lagi memang aku tolak phone tu beli phone baling anjing punya. jatuh beribu kali kau baling baling buat bulu tangkis pon no hal lahh.

err 3310 ada lagi ke sekarang ?

tadi hampir hampir terkantoi dengan parents aku time celebrate birthday aku. fuhhh rahsia masih selamat. adik aku memang boleh di buat kroni ! dah kbai.


:| handphone ohh handphone

happy 18th ;

assalamualaikum ,
now 28 mac 2011 and it's my birthday !

cake from pakcik google 
:D

dah 18 tahun aku hidup menumpang dekat bumi DIA. syukur alhamdulillah DIA masih beri aku kesempatan untuk bernafas.semoga aku menjadi hamba yang tahu bersyukur. aminn

dahh 18 tahun nie tak bermakna aku boleh buat ape ape saja. aku masih di bawah tanggungan mak and abah. heeeee anak mendengar kata macam tu lahh :D

harapan aku :
semoga aku berjaya dunia and akhirat.
menjadi muslimah yang sejati
menjadi anak yang lebih baik dari yang baik

kalau nak list banyak sangat kot. sampai esok pagi pun tak habis. hahaaa 


err kembar sama hari dengan aku,
abu zarin zulkafli and and  
ahmad fitri abdul majid.  may Allah bless our life.


;D

Mar 27, 2011

message from hotlink ;

hello peopleee ,
salam diberi pembuka bicara ,
err dah dahh. dah habis sekolah pantun pun aku dah tak reti karang. masalah -.-'

assalamualaikum ya ahli ,
ahli mana korang ? sendiri sambung okey.

tadi tadi pagi tengah lepak depan pc nak update pasal benda nie sekali internet connection tade. macam iabic ! hahaa. sendiri korang cari maksud ayat aku tu.

so aku continue laa malam nie.
haa pasal message from hotlink ni kann aku tengah lepak.
ingat kan bibik aku yang hantar message pastu aku tengok

FROM HOTLINK !

message nya begini. SILA BACA DENGAN KUAT DAN JELAS. okey
tak nak baca tutup pc pergi tidur sana buat tahi mata.

message :
selamat hari jadi ! nikmati panggilan suara maxis ke maxis PERCUMA pada 28032011. ganjaran hotlink untuk pelanggan setia kami. caj biasa dikenakan untuk servis lain.

sekian itu sahaja berita nasional pada hari ini. tett

kenapa laa untuk servis lain tak percuma juga. tak best betol.
lagi satu. bila laa aku nak renew sim celcom aku. celcom center kat tempat aku nie paling dekat penah aku nampak pun dekat tanjung karang. jauhhh tu even kalau naik kereta dalam 45 minit je.


:|

dunia akhir zaman ;

ahaaaaaaaa salam laa dulu ye tak.
assalamualaikum wahai pembaca marang merapu marang azila !

sekarang ni kan kan kannn. kau kira kau tengok kau lihat ( sama jelaa tu ) masuk 2011 nie macam macam kejadian aneh aneh. no i mean kejadian kejadian alam yang hebat hebat belaka melanda dunia kita bumiku terchenta. ecehh


tak silap akulah sebagai seorang pemerhati,
starting with gempa bumi dekat NEW ZEALAND in february. and then continue gempa bumi plus tsunami dekat JAPAN. and terbaru gempa bumi dekat MYANMAR.


itu baru kejadian alam, belum masuk lagi revolusi dekat negara negara arab yang tercetus. egypt yaman and libya. gerun tengok rasanya. lagi lagi dekat libya. dengan campur tangan kuasa asingnya. yahudi sanggup buat apa sahaja untuk merealisasikan impian mereka.


hmm, member aku cakap dunia ada 5 zaman sebelum kiamat.
pertama : zaman ketika Rasulullah SAW masih hidup

kedua : zaman Khulafa ar-Rasyidin ( 4 sahabat Rasulullah SAW )

ketiga : zaman maalikan 'adhan atau khalifah Islam selepas Ali bin Abi Talib hingga runtuhnya kerajaan Uthmaniah di Turki (1924 )

keempat : zaman maalikan jabariyan atau penguasaan diktator ( zaman sekarang )

kelima : zaman kembalinya kegemilangan Islam mengikut sistem khalifah
( kalau aku silap boleh rujuk sini : 5 zaman )

now kita dizaman yang keempat mean zaman dimana jatuhnya umat islam selepas kejadian fitnah terbesar iaitu serangan 11september.

kita yang di Malaysia, walaupun negara kita nampak aman dan tenteram kita apa tahu. perang politik sana sini. sana sini nak menegakkan keadilan kaum sendiri even dah nyata dan bertulis kepentingan melayu. dah malas aku nak komen pasal politik. macam apetah orang tua tua ni.

semoga malaysia sentiasa aman tanpa sebarang kejadian kejadian yang tidak di ingini . aminnn

oh yaa. gempa bumi sana sini. hope gempa bumi dekat sumatera indonesia tak berulang kembali. rumah aku dengan laut selat melaka around 1 kilometer je. kalaulah tsunami. MasyaAllah. semoga Allah panjang kan usiaku, keluargaku, rakan rakanku juga umat islam untuk terus beribadat kepadaNya. amin


:D



Mar 25, 2011

love light ;

LOVE LIGHT :D



when i look at you my face gets red
when i see you my heart goes thump thump
i talk with shyness like a kid
when i look at you i just smile out of nowhere
like a fool I keep doing that
I think love came to me

You’re the president of my heart
You’re my chests’ star embroider
I’m Genie for you girl
You make me stop breathing
whatever you want
because i love you
There’s no reason for my love you know
you’re a darling
you’re more beautiful than the stars above in the night sky
the shining thing deep inside my heart
my own love light
i love you darling
give me light next to me whenever
every night i look at you
and you’re beautiful even when i look at you
you’re my love light
when i see you i feel like im up on the clouds
it may be immature but i keep doing this
i tihnk love came to me
you’re a darling
you’re more beautiful than the stars above in the night sky
the shining thing deep inside my heart
my very own love light
i love you darling
give me light next to me whenever
every night i look at you
and you’re beautiful even when i look at you
you’re my love light
you’re lovely
you’re mroe blinding than the sunlight up in that sky
you shine the dark places inside my heart
my own love light
i love you lovely
even if i close my eyes i see you
looking at you like this
you’re still blinding even when i see you
you’re my love light

p/s : dah lama dengar tapi baru nak cari translater dia sekarang.
how sweet lirik dia. heee

;D

falling in love ;

salam korang ,
haishh pagi pagi bangun buka pc terus nak update belog.
rajin pula en aku. tajuk merepek raban pula tu.

saje nak buat cerita jadi hot. ahaa
actually aku dah falling in love gila dekat niehh

SATRIA NEO R3 !

hot tak hot boyfriend aku ? handsome kann. hahaaa
selamat tinggal lah suzuki swift. kau dah jatuh tempat kedua !
grr boyfriend aku yang nie muka lagi garang kan kan. hahaaa


tapi kereta ni nak pakai time bujang bujang boleh laa. 
kalau yang dah berfamily tu baik korang angkut alza tak pun exora
proton dengan produa laa. nak sebut oversea punya sampai subuh esok pagi pun tak habis cerita. too many kot

hahaa tu saja. err harga dia dalam RM 70000 lebih .
taktau harga yang tepat. malas nak cari kat pak cik google.

kbai. nak kemas rumah !

:D

Mar 24, 2011

thanks people ;

assalamualaikum,


tadi kan kan kan member aku text by phone.
then dia cakap " aku rasa nak bunuh diri "

aigooo. mak aishh.
then aku pun cakap, kalau tak fikirkan family and agama aku
pun aku dah bunuh diri.

sungguh impak besar macam gempa bumi plus tsunami.
tapi iman masih ada. DIA lebih tahu apa yang telah ditetapkan


dia cakap ma dia tak bercakap dengan dia since semalam 23mac.
her tak tahu nak describe macam mane pun dah tak jadi pendengar setia.


then aku text back cakap ,
relax okey. lama-lama nanti okey insya-Allah. doa je banyak-banyak
semoga dipermudahkan segala urusan.


result aku lagi lagi lagi teruk kot dari member aku tu.
yeahh time aku dapat result aku cool lagi depan parents and members aku.
but bila malam nak tidur aku nangis kot. silent crying
pagi tu aku bangun dengan tak semangatnye.
then ma aku cakap jangan down sangat.


aku jenis tak show kat people aku sedih so bila ma aku cakap
macam tu terus aku bangun and starts this morning dengan azam baru.


abu tanya aku okey tak.
better don't ask me like that.
aku cakap kat abu jangan tanya macam tu. kalau nak ikutkan hati
aku nak drive laju-laju langgar pokok. hahaa.
tapi aku still tak gila okey nak buat macam tu


ahaa. and my habit bila aku sedih , kecewa and bengang aku suka kelajuan and tempat tinggi. tempat aku takde tempat tinggi so aku release tension. with kelajuan. memang silap abah aku bagi aku drive. but insya-Allah everything still under control. aku tak nak mati awal wei. amal aku tak cukup banyak lagi


to all my friends , million thanks to you all coz support me when i'm down. nissa , syaira , erma , ira , abu sikit je kot. hahaa. pray for my future people. iloveyou

;D

kakinota ;

Ya Allah,
jika ini percaturan kau dalam hidup aku.
aku terima dengan reda.

kau kuatkan hati aku untuk terima segala dugaan.
kau tabahkan aku berhadapan dengan hari mendatang.
semoga tiada lagi air mata duka. amin


kakinota :
orang kata dunia ini ibarat roda. sekejap diatas
adakala di bawah.

mungkin aku terlalu selesa berada diatas.
bila jatuh dan berada dibawah aku terasa tersangat down
mungkin ada hikmah. ma cakap mungkin rezeki aku tiada disini
rezeki aku Dia dah tentukan. percaturan dia lebih baik daripada manusia

semoga aku jadi insan berguna insya-Allah.

to members ;
thanks supports aku.
if lost contact, sorry. aku tak bermaksud nak buang korang
one fine day we will meet again insya-Allah
aku sayang korang no matter what.

Mar 21, 2011

sungha jung ;

salam ,
bila dah online facebook mesti buka blog sekali enn
even tak update, mesti blog walking kann.

so tadi aku blog walking dekat blog PYKA RAHMAT
jumpa ini !

sungha jung's official site

bak kata pyka ;
he's freaking awesome !

yeah aku tak nafi kan. dia memang great . wohoo
aku dah jatuh hati tengok dia main gitar .

he's just 15th and korean you know. and and he's blog fully in english.
well seperti yang korang tahu tak semua korea jepun tahu bahasa english.
dorang lagi selesa guna bahasa ibunda dorang dalam urusan sehari.

bebalik kepada budak ni , dia memang hebat !
p/s : searching person who's can play piano. great person !

:D

first step ;

hey peeps ,
assalamualaikumm :D

dengan gembiranya aku nak mengumumkan ,
cn blue 1st album DAH KELUARRR !!

yeahh it's first steps ;


and full steps mv dah keluar dekat youtube ! hari tu tengok teaser dia je .
puas hati ! dorang memang hebat . hmm tapi masalah nya bila lahh aku nak 
pegi beli cd nie. aku nak beli cd bluetory sekali. entah bila aku nak jejak
mystar dekat times square tu . ohh tolong aku nak sangat.

bila dah jadi kipas susah mati ni susah betol. hmm
enjoyy with first steps by cn blue :)


anything else about cn blue for malaysia fans, just go ; here

ohyaa . two days to go. 
spm result is coming babehh. cheer !


:D

Mar 20, 2011

waiting spm result ;

salam kepada yang membaca
:)

3 days to go. now aku sangat pasti spm candidates 2010 semua tengah cuak plus berdebar-debar menunggu 23 mac persamaan hari rabu ! yaaa cuak gila kau. masa upsr and pmr dulu tak adalah rasa sampai macam ni.

hmm pape pun teruskan berdoa sementara tinggal saat-saat akhir ni. bertawakal kepada DIA. semoga apa yang aku usahakan selama dua tahun ni berbaloi. aku tak harap straight A's tapi cukup lah ada A and lulus dengan credit semua subject.

seriously aku risau gila babeng dengan physics , chemist and addmath ! 3 subject serangkai tu memang buat aku tak lena tidur. jangan jangan tolong jangan failed. lulus credit pun cukup lahh. hailaaa

hope everything okey.
Ya Tuhan jika kau telah menetapkan ketentuanMu, kau redha kan lah hati aku untuk menerimanya.


:)

akhirnyaaa yayaa ;

salam satu malaysia and salam thambi buat
encik abu zarin kalau dia terbaca :D

ahaa finally dah dapat tukar phone baru !


E63 jeh tak hot macam experia :D
 penat tau aku membanting tulang. target just nak tukar phone jehh.
kalau dulu abah aku suruh duduk jaga kaunter dekat restoran tu, aku buat boo layan jeh. tapi tengok keuzuran phone so aku merelakan lah hati dari aku duduk rumah online and tido je kann. minta kat abah aku ? ahaa kirim salam lah jawap nya. abah aku cakap janji dapat sms ngan dengar orang cakap dah cukup nak canggih manggih buat ape -.-


abah aku jenis nak something usaha sendiri so usaha lahh aku dengan tulang empat kerat. dah bunyi bunyi tulang aku macam ali baba. kena minum susu HL banyak banyak aa ni. aku tak tua lagi weh nak minum anmum. anmum bukan susu ibu mengandung ke ? ahaaa


pasni nak kumpul duit pulak nak beli cemera DSLR pffft ! aku nak tangkap gambar je laa weh bukan nak jadi photographer. ahaa cikai cikai je. aku kan miskin papa kedana. duit makan minum baju tempat tinggal semua parents tanggung. miskin kan ? sedih aku. takde harta nak bangga bangga.


pastu dah beli camera beli laptop pulaa. ahaa macam angan mat jenin pula kan tapi biar aa. mendaki gunung perlu daya usaha ! err aku miskin. umur dah nak masuk 18 takde lappy sendiri. ma aku cakap aku bukan kena buat assigmnt pun nak lappy2 nieh. pc banyak tak payah gedik. tapi pc tak boleh baring telentang sambil online maa -.-


ma cakap alah kau masuk university nanti abah beli kan juga.
err abah nanti beli murah murah. ( dasar anak meterialistik ! ) hahaa . actually beli guna duit sendiri kepuasan tu lagi terasa. then kita sayang lebih gila sebab benda tu hasil tulang empat kerat bunyi bunyi kita. kan bagus gitu. tak payah susah kan orang tua


err abah nak VIVA !
:D

Mar 18, 2011

tak update news pun ;

ya salam semua ,

hee sana sini aku blog walking. semua update entry
pasal gempa bumi plus tsunami kat japan in belog. yayaaa. aku pemalas!

bila harimau malaya menang piala Suzuki AFF pun aku buat tak reti
nak update. padahal rata-rata puji safee sali and khairul fahmi.
okey again. saya sangat pemalas!


lagi ape ya yang berita-berita hot jadi dekat malaysia ?
ohh ya, masa zaquan adha khawin dengan ayu raudhah pun
aku buat tak peduli malas nak update. pe jadah nya nak show off
wedding orang enn. kalau wedding rita ngan aidil zafuan baru aku update :D
aku lagi suka both of them . entah aku pun tak tahu kenapakah aku suka pasal dorang.


lagi ape ya ? ohh ya pasal gempa bumi dekat new zealand pun sama. pasal azizulhasni awang kena cucuk kayu and tepilih jadi olahragawan pun juga. padahal aku suka tengok dia. ohh aku tak tengok dia belumba tau. too seksi. just update pasal dia from paper or internet. thats all.


bukan apa , nanti buat entry yang sama je boring pula enn.
padahal semua orang dah tahu. bukan maksud aku tak update
aku langsung tak ikut pekembangan semasa. NO!

aku hari-hari baca paper. sekecik-kecik tajuk dekat paper tu
sampai tajuk yang sebesar-besar pun aku baca.

pasal anwar punya kes ? teoh beng hock ? politik ?
PKR ? DAP ? UMNO ? HINDRAF ?
kes bunuh ? accident ? sports dalam and luar negara ?
scandal presiden italy ? kes rusuhan dekat negara2 islam ?

bukan takat tajuk berita je. iklan jawatan kosong. iklan jual beli kereta.
tuntutan guaman. senarai muflis. iklan-iklan yang kecik pon aku baca

aku kalau dah dapat benda buat baca dari kulit ke kulit aku baca.
now try habis kan novel english dalam masa seminggu and lama2 dalam masa sehari.

and aku terfikir , kenapa aku mampu habiskan satu novel in one day but tak al-quran?
may be sebab aku tak faham maksud al-quran that's why kot. nanti baca tafsir dia dulu ehh.
now tengah habiskan maksud surah yasin :D


* penah masa tingkatan 3 kawan aku tunjuk peta , kl dekat negeri sembilan! masa tu revison geografi for pmr. teruk sungguh. so cara senang aku suruh diahafal letak2 negeri dekat peta malaysia so senang mana nak tahu negeri tu kaya dengan bahan mentah ape. kann ? end!

Mar 14, 2011

berhijab tapi ;


assalamualaikum ,
rasa terpanggil pula nak buat entry nieh.


tadi baca belog sorang kakak ni ,
ex senior aku masa sekolah rendah juga kakak kawan aku najib.


terasa juga laa dengan entry dia ,
berhijab tapi pakai lengan pendek without handsock.
aku pun dulu macam tu juga. bila activity koko kat sekolah ,
pakai tshirt short sleave bertudung without handsock .


may be tak pelik bagi pandangan student kat sekolah aku.
well kitorang sekolah menengah kebangasaan.
not sekolah menengah agama , so kesedaran tu kurang sikit.

tapi bila dah meningkat dewasa , dah nak berubah dari
student sekolah ke zaman bukan sekolah . kesedaran nak tutup
aurat betol2 tu timbul sendiri . try untuk menjadi yang lebih baik .
tapi slow slow . berubah untuk kebaikan kalau drasik sangat 
takut tak kekal lama saja . tapi isyaAllah kalau niat kuat boleh punya 
 


dulu penah talking with my mum , 
cakap pasal perempuan wearing hijab but pakai legging.
okey if skinny jeans tak berapa sakit mata sebab kain jenis tebal
tapi legging kain yang sangat nipis , masyaAllah nak begaya biar bertempat.


pastu sekarang zaman shawl kan . memang menarik dan macam2 gaya
boleh kita practise kan tapi macam mana kalau pakai shawl tu tak menutup dada ?


okey , aku tahu aku pun tak baik mana . aku pun pakai shawl juga .
aku pun pakai jeans straight cut not skinny. saja nak share buat semua 

:)

welcome home ! ;

salam korang sesemua ,
hahaaa .

semua mesti sudah tahu kan ? opss may be yang ambik tahu
pekembangan nie just budak budak lapanbelas tahun 2011 je kot


WELCOME HOME WIRA AND 
WIRAWATI NEGARA SEKALIAN !

bak kata kawan aku hazim kat status facebook dia ,
today , the SKINHEAD will dominated the streets !

and aku menambah ,
akan nampak muka muka dorang online sentiasa after this !

then after nie kumpulan 2 pula ambil bahagian starting
15 MEI untill 30 JULAI

then kumpulan 3 pula start from
10 SEPT untill 2 DEC


dorang cakap best ! nak juga rasa kot .
hmmm tahun bila hahh dorang kata semua wajib ?

bila hati dah suka ;

salam alaik ,
:D


bila hati dah suka ,
hidup jadi terang bederang.
lampu kalimantang pun kalah ! apetah lagi lampu minyak tanah.

bila hati dah suka ,
dunia jadi kita yang punya.
yang halal jadi halal. yang haram pun jadi halal
masyaAllah minta dijauhkan diri dari sebarang maksiat.

bila hati dah suka ,
semua benda buat kita gembira. hari hari berlagu riang
senyum tak usah cakap sampai dekat telinga pun dah tentu.

bila hati dah suka ,
semua indah belaka.
yang gelap nampak manis , yang jahat nampak baik.
semua benda dah tak ambik kisah bila hati dah suka

tapi
tahukah kita ,
bila hati dah suka , boleh mengundang duka.

tahukah kita ,
bila gembira berlebihan ,
maka akan adanya hari sedih yang akan datang


tahukah kita ,
gembira berlebihan
boleh mengundang air mata di kemudian hari.
gembira berlebihan
menjemput syaitan si laknatullah bersorak sorai besama kita


tapi bila hati dah suka ,
bila bergembira bersama tiada salahnya.
asalkan masih di bawah syariatNya





:D
takda motif buat entry nie . tak tahu faham ke tak bila baca
maca melalut gila je benda aku tulis nie

actually nak tulis entry 
BILA DAH SUKA. hati sentiasa gembira.
bila dah suka dia cakap sepatah pun
dah mampu tarik senyum behari2
bila dah suka semua indah2 belaka
tapi jangan sampai suka berlebihan
melebihi suka kita kepadaNya dan juga rasulNya

Mar 10, 2011

lovely day translation ;


dedicated to SAYA TAK KENAL SIAPA AWAK ;



Wake me gently, My sunshine
Just like princess in the fairy tales, I will close my eyes and wait
When I open my eyes, please stay by my side, love shot
Just like prince in the fairy tales, look and smile at me
Even I do not know that, in my eyes there’s only you
And don’t know that my heart is throbbing, the sound of my heart beats
I wanna love you I wanna with you
Can you feel it, my feeling
Come to me, come a little bit closer and take my heart away
Everyday lovely day every day I will whispering to you again
Sweeter than candy, I will give my love to you
Reading the magic spells shala la la
Your smile appeared like the warm sunshine
My heart is throbbing again
Now said to me
I wanna love you I wanna with you
Can you feel it, my feeling
Come to me, come a little bit closer and take my heart away
Everyday lovely day everyday I will whispering to you again
Sweeter than candy, I will give my love to you
Wanna love you wanna with you
I will hug you tight. lovely day please try to feel my heart
Together forever
lalalala lalalala everyday I will bring only happiness
Sweeter than candy I will give my love to you



park shin hye :D

Mar 5, 2011

partner partner ;


heee salammmmmmmmmm
:D


hahhh saje nak show partner2 dorang 
tengah takde kerja pastu FB walking then nampak gambar2 dorang , 
some of them ade yang couple , ade yang just scandel2.
yang couple and dah break pun ade jugaa .
tapi aku suka sebab nampak sweet je . ahaaaa

 jommmmm kita tengok . jeng jeng jeng !!


habib && maisarah 
:D

satu kelas and asyik gadoh je kerja 


dhaus && ain 
:D
dorang dah break tapi still kawan lagi



awie && yana
:D

dorang pun dah break juga . lama juga laa dorang couple
sebab break ? ahaa adelaaa 
hal orang tak boleh canang sane sini



hatim && aida farain
:D 

dorang nie scandel scandel je .
memeriahkan suasana sekolah . hahaa



faisal && eira
:D

dorang ni tatau ape cite 
suka suka tapi tak couple couple.
tapi kalau couple susah sebab satu kelas kot

jun && zila
:D

asal mata aku sepet sangat ? sebab ta pakai spec laa ni
nie last gambar kitorang berdua
okey dah break so boleh masuk line


haha
sekadar gurauan . aku malas nak fikir sekarang



HBday an nissa ;


assalamualaikum pembuka bicara 
:D

today bersamaan 5 mac 2011 ,
hari penambahan usia kawan aku since form 1
AN NISSA BINTI AHAMAD BASTAMAM 

happy birthday wehh , 
i ♥ you more , more and moreeee  :D
hahaaa semoga kau terus berbahgia bersama dia 
pastu semoga diberkati and berjaya menjadi insan solehah
dunia and akhirat . aminnn 


an nissa manis berbaju kurung . tett :D

aku baru perasan wehh , aku punya cari punya cari ,
gamba kita berdua tak banyak enn . ada pun rupa macam ini.
sungguh sedih lahh . yelaa aku interframe kau jadi photographer ,
bila aku jadi photographer kau interframe . hmmm


pape pun semoga kita terus berkawan 
:D


Mar 3, 2011

kita kita ;

korang , assalamualaikummm :D
aku suka aku letak saja nak share .
nie megat update status dia then aku berminat and aku letak dekat sini !


apa yang paling dekat dengan kita di dunia ini ?
MATI!

apa yang paling jauh dengan kita di dunia ini ?
MASA LALU !

apa yang paling besar di dunia ini ?
NAFSU !

apa yang paling berat di dunia ini ?
MEMEGANG AMANAH!

apa yang paling ringan di dunia ini ?
MENINGGALKAN SOLAT!

apa yang paling tajam di dunia ini ?
LIDAH MANUSIA!

( nasihat imam Al-Ghazali )


:D

perempuan kini ;


hello teman semua ,
assalamualikum and salam satu malaysia :D

zila bukan nak kutuk kutuk perihal perempuan hari ini , zila juga perempuan, tapi tak salah rasa sekadar mahu berkongsi kepada anda reader yang sangat zila sayang.
( asal pelik sangat guna ganti diri zila nie ? hmm musykil2 )

alkisah laa zila nak cerita ,

nie jadi masa zila form 3 , ada laa sorang kawan nie . okey kita panggil ganti nama dia S saje . kitorang satu kelas and sangat sangat rapat . zila , nissa , ain and S nie boleh kira kawan baik baik laa . dia asyik cerita and cerita yang dia and boyfriend sini laa sana laa .

okey bukan nak kutuk , tapi dia dia takde laa lawa mane . serious ! bukan pandangan aku saje . kawan aku yang lain pun cakap camtu . 

then one day ada laa someone add zila kat myspace ( zaman nie myspace tengah famous ) . lawa ! boleh laa di ketegorikan lawa bagi perempuan . then dia kenal kan diri as cousin S nie . kitorang pun pecaye laa . 

kawan kitorang yang S nie cite laa cousin dia nie laa itu laa ini laa . btw S nie ada minat kat sorang mamat kat sekolah kitorang . nama dia H. pastu nak di jadikan cerita H ni bekenalan dengan cousin S ni via internet and selalu berYM and lame2 si H ni jatuh hati kat cousin S nie . orang cantek kan ? sape tak jatuh hati.

 si S nie cerita laa kisah percintaan cousin dia and H tu dekat kitorang hari hari . detail pulak tu . macam dia yang bercinta dengan H tu .


sampai dah nak dekat setengah tahun laa jugak kitorang rasa sangat pelik and siasat punya siasat ( ohh ya , member2 zila boleh dikatakan detective juga laa kan . heheee ) rupa rupa nya ....


cousin dia yang cantik and rupawan tu is FAKE ! yang menggerak kan account  myspace and selalu call dengan si H nie rupa2 nya si S tu . kitorang punya bengang yang teramat sampai putus kawan kot. bayang kan kena tipu hidup2 dengar cerita fake and mainkan perasaan orang . sape tak marah doe

kalau nak cite detail2 memang panjang gila cerita tipu dia tapi malas zila nak taip pepanjang . so jangan terlalu percaya dengan member from facebook , myspace or etc . manusia ada pelbagai kerenah so berhati hatilah 


ohh ya time form 4 actually kami dah bebaik semula tapi sepanjang form 4 tu perangai penipu dia still tak berubah and ends of form 4 putus kawan lagi sebab dia dituduh mencuri phone member kami . dia too desperate nak handphone that time .

korang bayang kan ? aku bangun2 tidur cari phone flip sony aku bawah bantal sekali tengok dia tengah guna begayut . sim dia tukar dia punya . memang panas menggelegak tahap gila aku time tu . dah laa tak minta izin.


zila hope si S tu dah berubah sekarang tapi taktau laa 
lama sudah tak contact dia since dia pindah sekolah after form 4 .

sekadar ingat ingatan dari zila untuk yang di luar sana :D

untuk yang tercipta dari rusuk adam ;



hello peopleee ,
assalamualaikum

untuk yang tercipta dari rusuk adam , nie kawan zila , zinnirah link kan satu belog nie kat zila and rasa nak share dengan korang so zila publish here in my blog . enjoy membaca :D



by : Wina Meinasyarah 

Wahai Hawa,
Sadarlah hawa kau bisa mendunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh & solehah , kau bisa menjadi isteri yang taat serta serta memberi sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau coba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu , dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu dan Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa , jangan sesekali coba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu

Wahai Hawa,
Andai engkau masih remaja , jadilah anak yang solehah buat orang tuamu andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu , andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan agama Allah

Wahai Hawa,
Andai engkau belum menikah, jangan kau risau akan jodohmu , ingatlah hawa janji Allah , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan imanmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki ,jangan memakai pakaian yang menampakkan lekuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya.

Wahai Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, tidak memilih wanita melalui keseksiannya ,tidak menilai wanita melalui keayuaannya ,kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa , lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya ,peribadinya ,dan agamanya

Oleh karena itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu,kuatkan pendirianmu. Andai kata tiada cinta dari Adam ditakdirkan untukmu , cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu , biarlah hanya cinta kedua ibu bapakmu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta kaka adik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu..

Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperoleh cinta dari insan yang juga menyintai Allah.Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga

Wahai wanita solehah..Jangan risau akan jodohmu..Kerana muslim yang bijaksana itu..Tak akan terpaut semata-mata pada kecantikan..Atau pada lirikan senyuman..Pada bicara manja yang menggoda..Atau pada pujuk rayu yang meruntuhkan imannya..Sesungguhnya, lelaki itu..Adalah pemimpin kepada wanita..Andai jodohmu belum ditemui..Anggaplah bahawa adam yang kau nantikan itu...Sedang membina sahsiah kepimpinan dan akhlaknya..Bagi memimpin dirimu menuju keredhaan Tuhan..Kerana wanita itu pasti ada kekurangannya..Dan, adam yang benar-benar layak akan hadir..Untuk melengkapkan dirimu.. insyaAllah



:D

cinta physics ;

hello peopleee ,
assalamualaikum :D

mehh baca kisah cinta physics .



Aku : Kasihku , ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku dibahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??

Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.

Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.

Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar.

Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.

Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg
bergerak secara rawak.

Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui proses pencaran dan perolakan.

Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu

Mu: Adakah kita akan berpadu secara kimia?

Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Mu: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitude dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaye?

Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Mu: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.

Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

Mu: Tapi, imanku adalah infiniti!

Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau blum mendarabkannya dengan 6x10'23

Mu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.

Mu: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini.


Biarkan aku sendirian... ... ..




by : debbie kawan ku :D
hahaaa .aku suka ayat nieh
aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan cinta kita ! heeee

so anda boleh mengaplikasikan fizik dalam percintaan anda !


Mar 1, 2011

tak reti ;



korang korang korang ,
assalamualaikum ! jawap okey . hehee 


entry untuk bulan baru . weweee . dah masuk MARCH kot .
ohhmygod . ohhmygod . result SPM kian menghampiri ! 
dupdapdipdapdup ! dengar tak bunyi rate jantung aku ?
tak dengar ? nak dekat laa tu ! heeeeeee :D




actually tak nak cerita pun pasal benda nieh .
just nak cecite pasal , hmmmm ee aaa ummmm .
nenek kau makin chantek ! ehh bukan . pasal aku tak reti !


reti apa ? reti makan ?! nehi ! aku sangat pro dalam bab makan :D
reti dalam bab berkasih sayang lahh . kuikui .
geli tak dengar huhh ? hehee word skema gila


BERKASIH SAYANG ? ( skema aa tu doh )


tadi gadoh2 manja ngan si syukri steward sebab aku suka kutuk dia
habis habisan . ada dia cakap dia cute . yekk ! nehi !


aku kutuk dia straight to the point . pastu dia pegi tanya 
mana kasih sayang aku ? suka kutuk kutuk dia . haha . SORRY !
aku hanya gurau gurauan sahaja . tak bermaksud yang benar ya pakk.




word bekasih sayang tu tak boleh blah . macam hahaa kelakar kot .
sorry to say , aku memang tak reti nak tunjuk2 kasih sayang segala bagai 
secara serius ! aku selalu buat main main je . hahaaa perangai kot .
susah laa nak serius mius segala bagai nieh . hormon suka main2 telebih sangat


hahaaa . pape punn . kasih sayang tak semestinya kita tunjuk . bagi aku kalau kita care ngan sameone makna nya kita sayang kat dia . cam gitu laa . tak reti nak explain pasal hal2 berkaitan nieh



syukri stewart 

cute ke ?


ji hoo

rasa yang ni lagi cute :D
HAHA