Feb 28, 2011

FB walking ;


wondepets , wondepets kami datang . memberi salam kepada pembaca belog . hahaa takda kerja , assalamualaikum :D 


tadi enn aku facebook walking .  melawat2 facebook orang sambil melihat2 photo . ape ingat boleh walking blog to blog je ke ? ahh takda kaitan !


pastu singgah dekat wall yusrin , exer asis now study dekat matriks kedah kat nun changlun sane. jadi laa peramah kejap menyapa yu , yu , yu , hai yusrin . camgitu laa caranya .
( tu pun nak bagitahu ke )  (-.-'') hahaaa biar lah !

pastu sembang punya sembang gaya macam dia lagi muda dari aku . ecehh . padahal tua setahun je takde laa jauh mane enn . siap tanya dah ada girlfriend baru ke tak . hahaaa . memang kepochi betol :D


pastu melihat lihat gambar dekat album yusrin pastu bekirim salam dekat kawan yang ada dalam gambar tu . teruk teruk teruk ( gaya upin ipin ) hahaa . aku memain saje nak mengusik enn . sekali member dia yang aku suh kirim salam tu tengah online lahh pula ( gambar tagged so boleh perasan kalau orang comment ) pastu yusrin bagitahu dia duduk jauh study nun dia rusia sana . OMG ! okey jauh merentas benua .


sempat laa sembang2 juga ngan budak rusia tu tapi kejap jelaa . apekehal nya nak buat sembang macam dekat kedai kopi gaya dah lama kenal  ? pastu tengok facebook dia . ohh ya nama dia fakhrul izzat . dia baca tak agak2 blog aku ? sebab aku ade follow blog dia tadi tapi fb dia aku tak add . orang tak kenal nak add buat ape enn . hahaaa hey nama awak saya papar dekat situ tau ( minta izin ) papar ? skema ! dush !! okey whatever .

pastu tengok gambar2 dia via facebook dia . sape suh tak private enn . hahaa . sorry again . macam best kot kat sane . ohh ya dia budak medic . semoga berjaya menjadi doctor ya ! chaiyok !!



p/s : hari tu baca paper , dia cakap kualiti graduate doctor from overseas kurang memuaskan . yang okey graduate from ireland , london and america . but from rusia tak sangat . mesir dia tak cakap ape2 pula . so tingkatkan kualiti anda ! ( pesanan daripada penaja belog tradoisoo )


rinduku terhenti ;

salam hai korang ;

finally terubat juga rindu aku . hahaa . rindu kat siapa ?
bukan siapa siapalahh . actually aku saban minggu menanti
new entry enovel HIKAYAT CINTA dari belog kak nurfa .

wawawaaa . tapi tak puas ! cepat cepat laa habis .
ohh ya kak nurfa inform nak continue dalam edisi cetak punya .
WAJIB beli ! best kot .

by the way novel kak nurfa yang PRICE CHARMING hilang !
aku tak tau sape pinjam . lupa ! haishhh .
minta2 sesape pinjam tu retilah pulang kan kat aku balik .
sayang gila kot . siap balut cantik cantik lagi sebab sayang punya pasal .
novel lain yang aku beli takde pun aku balut .

kalau korang berminat nak baca . lawat sini ; NOVELRATU

Feb 27, 2011

header blog ;

salam korang , selamat malam :D

nie nak cecita sikit pasal header blog nieh haa .
tak rasa mencapub sangat ke kau letak header muka kau terpampang besar2 punya dekat belog ? hehee rasa segan plak . dah laa tak lawa . nak promote muka plak . campak lombong karang kau azila . baru tau .

heeee dah laa dah laa . aku nak tukar header baru . tamau dah letak2 gambar aku . macam nak buat iklan ( siapa nak jadi bini saya jehh ) erks bini ? memain jeaa . heheheee

kalau after nie nak buat header letak gambar , letak laa gamba jejauh sikit azila . macam belog encik BEN . kan comel itu . erks bukan comel macho kot . hahaa

okey jommm jalan kan misi tukat header ! SEMANGAT !


header mencapub . HAHAA :D


it's februari ;



salam sejahtera kepada semua blogger sekalian .
reader bukan blogger pun tidak dilupa .


by the way , nak cecita sikit .
sekarang bulan dua dah . bukan baru nak masuk bulan dua tapi dah nak akhir bulan dua tahu . esok 28 februari . tahun nie bukan tahun lompat so that's mean esok last februari and bulan mac pun menunjuk kan muka .

kalau dah bulan mac menunjuk kan muka , maksud nya di sini . result spm pun makin menghampiri diri . sekarang mana2 aku pergi , mesti makcik2 , pakcik2 , jiran2 semua tanya tarikh result bila ?


" saya bukan kerja kementerian laa makcik "
( dalam hati jehh . kau nak mampus cakap cmtu ngan orang tua )


" entah laa . tak confirm lagi bila keluarnya . banyak sangat tarikh yang dorang target . tunggu keluar berita jelaa . cikgu kat skola pun cakap 23mac "
( nie baru ayat betol kalau ada orang tanya . hehee )


okey . semua member aku pun tanya aku juga . ingat aku anak pengerusi kat kementerian tu ke . grr . balik2 aku cakap tunggu je keluar kat berita . cepat atau lambat sama je . tetap keluar juga enn . so tak payah nak gelabah ayam sangat . insyaAllah semua okey .


cehh gaya aku cakap macam dah ready 100% nak tengok result aku . padahal dalam hati dah macam rasa nak keluar melompat dah . okey itu hiperbola . sekian terima kasih


ohh ya to all spm candidates 2010 . selamat menghadapi result korang . semua atas usaha korang juga enn . yang selebih nya DIA yang menentukan . so doa banyak untuk semua . semoga tenang menghadapi tak meraung2 macam orang gila . steady and cool !

( nasihat lebih . nanti aku yang lebih . tettt )


 bersediakah anda ?


Feb 23, 2011

mengUPDATE kan blog ;

ASSALAMUALAIKUM , jawap ! 

aku ada baca entry kat mane ehh , lupa laaa . dia cakap kalau kita bagi SALAM bila nak menyapa orang itu salah sama sekali .itu merupakan kependekan kepada assalamualaikum laa . kan bila kita text someone , bila malas gila babun nak taip pepanjang kita tulis SALAM je , dorang kata tak boleh . alahh aku tak baca habis laa artikel dia . tak tau reason dia ape . hmmm . never mind . panjang kan lebih baik . cett poodah padahal ada je entry kau before ni guna ayat salam tu azila oit .

ahh okey aku bukan nak mengulas topic nie sebab tak berapa tahu kesahihan dia . so kita stop jelaa takut nanti meraban macam2 bawa ajaran sesat pulak , ye dop ?




lately nie kan aku malas gila nak UPDATE blog . okey may be semalam . semalam ke ? aku rasa kau edit after pukul 12 azila so dikira hari ini sebab sekarang tak masuk pukul 12 lagi enn ? . okey stop merepek azila and kembali menulis benda penting2  hari ni may be aku rajin sikit . tengok ! blog aku betukar rupa :D heheee
tapi tak sehebat blog korang . ak malas nak update cantek2 sangat nie . banyak html kena copy and paste . pening kepala ! so dari theme merah bertukar err tu yellow ke hijau cair haa ? sorry saya buta warna :D


okey mari mengupdate latest thing dalam minggu2 niehh .
yang lama sikit tapi dikira hot news lagi semestinya aku sudah lepas test JPJ ! yehaaa . okey this is 2nd test . masa 1st test tu i'm failed sebab pegawai JPJ dia sumpah macam b***s*** . err aku tak mencarut ehh . hahaaa :D


pastu emm haa aku stalk someone nieh . dia nieh kira pelanggan tetap kat restoran abah aku . and hasil nya tengok aku dapat kutip info pasal dia !
* dia pakai wallet levi's
* pakai motor honda wave no plat JLA 1651
* nama dia yunus :D
* rambut pacak2
* mata bulat
* bekerja bukan student sebab dia penah pakai kemeja pastu ada nametag dia . thats why aku tau name dia . tapi taktau dia kerja mana and ada wife or not . sebab dia selalu makan situ ngan member dia je . dia comel kot 
bhahaa . korang mesti fikir ( jangan dekat ngan budak nieh ! BAHAYA ) but what ever ! i don't mind . selagi aku tak kacau hidup orang sampai porak peranda aku rasa tak salah enn.


pastu ape lagi ehh .


hahhh . malaysia menang lawan pakistan 2-0 . now tunggu game dekat pakistan plak tengok macam mana .pape tah player pakistan . sumpah tak profasional langsung ! pape pun congrats for junior team . korang hebat !

Feb 17, 2011

aku sayang abah ;



salam korang :D
heee sape sayang abah dia ? angkat tangan !!
( mana tak nampak pun korang angkat ) heee


tadi aku baca laa blog ENCIK HAFIZ
pehh agak meleleh lahh baca entry pasal late father dia .
sungguh pun aku tak penah rasa kehilangan lagi tapi tetap tesentuh .
well hati perempuan kan lembut . heee :)

( actually aku senang tesentuh hati bila baca membaca je . baca writing yang sedih memang cepat je leleh . but in reality gila susah aku nak nangis . agak2 setahun ade 4-5 kali kot . tapi yang pasti tak lebih sepuluh laa . serius aku tak tipu . ini memang FAKTA ! )

okey sambung cerita , 
hee aku suka merepek menambah mana yang tidak perlu :D hee
memang aku sayang abah aku . aku anak manja tapi manja aku tak over okey . abah aku sangat sangat baik :D

mak aku marah dia membebel macam mane pun abah aku senyap je 
yelaaa kalau sorang tengah berapi yang lagi sorang mesti laa jadi air kan ,

pastu kitorang adik beradik sepuluh orang ( ramai enn . ohh aku anak ke-4 )
suka cerita pape je ngan abah aku . kalau abah aku ambik aku from hostel ,
mesti aku cerita pape kat abah aku . pasal kawan2 aku . opss pasal boyfie taklah . benda nie aku cerita kat kakak2 aku je :) hee aku pun tau segan jugaa .

tadi adik aku suruh buat rumah homework dia , abah aku yang buat en .
dulu project abang aku time skola teknik pon abah aku tolong juga .
abang aku blaja wiring sume abah aku juga tolong tunjuk kan ,
senang cite sape anak2 abah aku ambik electrical basic tu dh ade sikit2 .

nak cerita sume memang panjang gila .
yang penting di sini ,

AKU SAYANG ABAH AKU :D

contest gambar paling comel ;



assalamualaikum . malam nie malam jumaat bulan mengambang penuh !
malam jumaat keliwoon ke ? auu cuak :|
erk ape kaitan ?! stop merepek huhh .


eih sebenar nye nak buat entry about contest niehh !
thanks yaww  cik johana tagged i :D
( senyum comel rupa nyonya bangun tido )

actually this contest cik niza yang punya

wanna to know more about this contest just click here : cik niza 


hmmm nak merepek ape ehh ? actually saja je nak join . mencuba nasib tak salah enn . hee. suka suki join nak memeriahkan suasana contest . sambil sambil tu boleh bekenalan ngan blogger lain jugaa :D heee hope menang laa . insyaAllah aminn .



tett
















tett





















tett 
( bunyi stail mesin hayat kat hospital tuhh )







untuk menambah kebesaran just click kat gambar tu je ehh .
eihh jangan gelak . sumpah segan ngaku diri comel 
padahal hmmmm :D


nak tagged dorang !

cik fatinnuraqila
encik adam
cik dilla nur

:D


ohh ya last date dia 
19 FEBRUARU 2011 !
so cepat !!

Feb 15, 2011

salam maulidur rasul ;

assalamualaikum semua pembaca ;

salam maulidur rasul , 
rindu nak berarak sambil selawat keliling cochrane !
serius rindu nak berarak dengan member semua . 

mari hayati lagu nieh .
aku selalu touching bila dengar lagu nie .
kerdil je rasa diri bila cakap aku rindu Dia . siapalah aku . hamba Allah yang amat2 kerdil kalau nak banding dengan kekasih DIA . siapa aku nak rindu rindu kekasih DIA yang sangat mulia . tapi tak salah kan ?



aku terpersona kerna peribadinya . aku jatuh cinta kerna budinya 
Ya Allah , kiranya Kau izikan , pertemukanlah aku dengan kekasihMu
Muhammad Ya Rasulullah


Ya Allah pertemukanlah aku dengan insan yang baik sebaik dia
InsyaAllah

Feb 14, 2011

it's Valentine day ;


assalamualaikum and salam satu malaysia ,

today 14 february is valentine day .
mesti ramai couple yang tunggu tarikh ni kan ?
aku langsung tak kisah non muslim nak celebrate valentine day ,
but please don't muslim . again i repeat DON'T MUSLIM !

aku tak tahu and malas nak search ada atau tak dalil sahih mengatakan haram sambut hari tersebut . even tak ada dalil yang mengatakan pun . sebagai orang islam yang di ajar dengan agama yang cukup , kita dah boleh berfikir baik atau buruk sesuatu benda kan ? better tak payah laaa sambut . menghampiri zina .

tadi aku tengok berita , Masya-Allah ramai nya orang kena tangkap khalwat . seriously not this year je . tahun2 sebelum ni pun macam tu juga . kalau boleh aku interview dorang , satu je aku nak tanya . lagi2 dekat perempuan . yelaa kaum aku tu . mesti laa nak tanya pendapat kan . aku nak tanya ' KORANG TAK TERFIKIR MAK BAPAK KE ? ' 


Ya Allah dah laa berzina sekarang makin menjadi-jadi . kes buang bayi pun banyak . dorang nieh otak udang ke ape ? udang pun tau fikir macam mane nak save telur dia bagi spesis dia tak pupus ! ( ehh ada kaitan ke ? bantailahh . entry aku )


Ya Allah , Kau jauh kan laa aku , keluargaku , rakan-rakanku , guru-guruku serta muslimin dan muslimat dari segala hasutan syaitan yang direjam . jauhkan laa kami dari sebarang maksiat . lindungilah kami dari sebarang kejahatan yang berada di muka bumi ini . Kau jauhankan laa kami dari api neraka . Ya Allah sesungguhnya Kau lah yang maha melindungi . amin 


stop the page music and
play this song before read that nurkilan :)


nurkilan aku ; 

rintihan lemah 

berjanjilah kamu akan taat kepadaku ,
akan patuh suruhan kekasihku.

ya aku berjanji akan taat padamu dan
akan patuh suruhan kekasihmu.

ibu , ibu aku menantimu,
menanti ciuman kasihmu.

ayah , ayah aku menantimu,
menanti pelukan mesramu.

ibu , coraklah kehidupan aku
seindah lukisan alam ALLAH.

ayah , bimbinglah aku
kejalan yang diredhai DIA.

ibu , ibu

ayah ,

arghhh !

ibu , ibu ini masanya,
masanya kita bertemu,
masanya aku keluar menjadi khalifah dibumi DIA.

ibu , beratnya penanggunganmu
melahirkan aku . ohh ibu seksanya .
ibu aku sayang ibu !

ayah , di mana ayah ibu ?
di mana laungan keramat itu ibu ?
launglah di telinga kanan anakmu ini ayah.
ayah , ayah ! di mana ayah ?

ibu , aku sejuk !
ibu , aku lapar !
ibu , ibu . kenapa kau hanyut kan aku ibu ?
aku takut ! aku lemah ! aku perlukanmu ibu !
ibu jangan tinggalkan aku !
aku sayang ibu ! aku sayang ayah !
ayah aku sejuk ! jangan tinggalkan aku .
aku perlukan kalian .

Ya Allah , Ya Allah , Ya Allah

ibu , ayah . beginikah pengakhiran aku ?
ahh sampai hati kalian .
jika aku tidak disayangi ,
mengapa mesti diundang aku ke dunia ini ?
kalian kejam ! kejam kerna membuang aku.
yang lemah . yang tidak berdosa ..
ayah , ibu
SELAMAT TINGGAL
terima kasih melahirkan aku ke dunia
walau hanya seketika.


( lama tak tulis puisi . so comment anda ? )





Feb 11, 2011

kami senior :)


haip haip , salam buat reader :)

saje je nak mengimbau kenangan time form 5 
sedih nya dah habis skola niehh . rinduuuu !
asyik flashback je ngan member kat dalam FB pasal tu pasal niehh .
hahaaa . pastu tadi dorang cite pasal bas . biasa laa form 5 mesti laa conquer habis kan

pelan kedudukan dalam bas :)



nie kedudukan kitorang time dalam bas . 
dari awal tahun sampai habis sekolah !
kan ada dua sit kan ? kitorang duduk sorang je . junior sume duduk dua2 laa .
nak duduk sorang conquer 2 sit memang nak kena laa enn . itu untung nya jadi senior  :D

sumpah rindu gila zaman sekolah . 
padahal baru sebulan lebih jadi penganggur terhormat kat rumah nie . hmmm




tadi tiba2 mak aku tanya : result kau keluar bila ? 
adehhh . telan airliur aku bila fikir . dalam sebulan lebih kurang macam tulaa . CUAK !

cnblue ;


dorang comel kan ? bhahaa tak payah nak jealous
memang kenyataan di situ :D

pecah kaca pecah gelas ;




best stalk orang 
hahaa . korang penah buat kerja gila mcm tu ?
elehh tipu tak penah 

tadi aku buat lagi tau kerja tu 
dah lama gila pencen stalk2 orang nie since ikhwan dah kua skola
aku tolong kawan aku jep after tu 
tangan aku power tau tangkap gamba curi2 . hee

okey , aku tak telampau kemaruk
sampai nak tangkap gambar orang yang aku admire
just tau birthday , kelas , rumah sukan ape , kelab ape 
tu pun cukup kann . hahaa . tak payah nak lebih2 . aku tak gila lagi

btw tadi aku stalk sorang mamat nie
thanks bebanyak kakak ku banyak menolong
dia kira macam my pap love laa
usha2 jap pastu aku rasa macam 

hmmm 
penah tengok kaca pecah ?
bukan pecah terus langsung tak nampak rupa
kira macam retak laa cam gitu 
retak keseluruhan tapi masih ada rupa bentuk :D



ehh baju tebalik ;


salam satu dunia semua :DD

hahaa . malam malam kena happy ye tak .  
esok tak payah dah bangun awal and pergi pasar tu sume dah . abah aku dah balik so relax laa sikit :D ehemmm bukan nak cerita pasal kerja after sekolah nie haa . nak cerita pasal baju tebalik ! ahaaa bukan aku yeaa . orang lain . stranger . aku tak kenal sape .


cerita nya bermula apabila mak aku suruh pergi beli A4 paper and pembalut teks book adik aku kat stationary stores . then aku pon masuk laa kat kedai nama wei seng . aku hai hai kat kawan aku yang kerja kat situ . pastu ada 2 orang mamat nieh tengah pilih2 pen sorang pakai baju melayu purple sorang lagi tshirt putih  . aku pandang sekilas pastu aku pandang balik kat budak baju putih tu .

dalam hati ' ehh dia pakai baju tebalik lahh , kawan dia tak kan tak perasan plak '
ahh never mind laa . then aku terus jalan kat member aku tanye tempat pembalut teks book and A4 paper . kawan aku bagi tahu benda tu ada kat depan pintu masuk 

aku patah balik then masa lalu belakang that guys aku cakap pelahan 
" ehh baju tebalik "

pastu aku terdengar membe dia cakap kat budak baju tebalik tu .

" patut laa dia pandang sini . malu jelaa kau nieh "

hahaaa . pastu aku nak pegi bayar aku tengok budak tu dah takde . ade member dia je .
malu lahh tu . so pengajaran nya before keluar rumah tengok semua okey ke tak . tahu 
hahaaaa :D


*saya patah hati

Feb 9, 2011

buat muka kerek ;


hello peopleee ,

haaa yang nie pula untuk entry second day punya i'm as bos kecik :D
bhahahaaaa . berangan lebih -.-


okey hari nie memang kena beli barang banyak gila !
tak penah penah aku shopping barang untuk kedai tu . selalu abah aku je yang buat . hmmm . masa kat pasar basah tu , aku kena beli sotong kering besar . pastu aku tanya laa harga kat cina ke indon tah penjual tu . so dia cakap 1kg = RM24 ! amboi mak nenek mahal nya . aku pon nak beli ke tak ? aishh susah betol . pastu pastu idea datang . aku call lahh abah aku depan depan cina tu .

aku and abah  ;
"abah , selalu abah beli sotong kering katne ?"
"kat pasar basah laa , kat tepi penjuru tu"
"ohh 1kg selalu dia letak bape ?"
"selalu abah beli dia letak RM20 je"
"dia cakap kat ila 24 laa abah"
"dia tipu tu sebab tak penah nampak muka ko beli"
"haa okey okey . nanti pape hal ila call abah"

aku and penjual  ;
" abah saya cakap selalu RM20 ! "
" RM24 ! "
" no no , saya baru je cakap dengan ayah saya "
" u meniaga ke "
" a'ahh "
" itu kedai mana "
" itu kopi o sana "

pastu cina tu buat muka tak boleh belah sebab tak puas hati bungkus2 sotong tu . pastu main kasar plak bagi ganas ganas . hehhh ! pastu before aku blah dia pegi menjeling . hoi ingat mata lawa sangat ehh ?!

petola vs terung ;

hello peopleee ,
hahaa assalamualaikum :D
sudah lama tak post entry baru . busy lahhh mak !
cehh padahal baru bape hari tak post entry :) bhahaa

sebenarnya ni hal semalam punya . 080211 . hari ni punya pon ada story :)
nanti aku post entry lain eh untuk hari nieh punya cite

cerita nya bermula begini , 
memandangkan abah aku takda pergi kursus , 
so everything dekat restoran aku yang handle . 
pehh bayang kan aku yang 18 nieh nak uruskan hal kedai tu sume .
from zero aku kena buat , selamat aku ada laa blaja sikit2 kuar masuk duit tu
pastu kena pegi pasar nye lagi nak beli barang basah untuk masak


so bila dah list2 kan barang tu sume ,
pebantu kedai cakap 
"ila , beli petola ehh . dalam 2 batang cukup laa"

aku pon ahh okey . set kat mind yang petola tu wane purple !!
pastu dah siap beli2 tu sume ,
aku balik dari pasar , pebantu kedai tu tanya ,
mana petola nya ? aku pon dengan yakin nya tunjuk atas meja 

 terung !
okey kau silap beli . benda nie terung bukan petola eh azila .
rupa petola tu macam ini !

petola !

nie baru betol . haihh malu anak dara tak tau rupa sayur macam mane -.- pastu rupa bayam pun aku tak kenal . yelaa bayam tu kalau dah masak jadi sayur layur . mane nak cam rupa dia macam mane . kalau sawi ke kangkung ke aku tau laa rupa dia kalau dah masak ! so conclusion nya . anak anak dara sume , belajar laa mengenal sayur sayur nieh sume . kalau tak masak pun sekadar tahu pun dah cukup 


p/s : kepada mak mak mentua yang baca entry saya nieh , jangan reject jadi calon menantu . bhahahaa :D


Feb 6, 2011

kita hidup untuk ;


assalamualaikum and hello peopleee ,

heee kekadang aku terfikir sejenak ,
kau hidup untuk apa azila ? makan je ? tido je ? main comp je ?
hahaa . tu sume kau nak bawa as bekalan kat akhirat nanti ?
haishh kesian laa kau azila .

bukan aku tak solat , bukan aku tak baca al-quran .
tapi macam benda tu semua tak cukup .
macam ada lagi benda yang kurang . 
okey aku bukan lah baik mane kann .
pakai baju pun ade je yang longgar tak bape sangat nak longgar .
ketat tak bape sangat nak ketat . kira sedang sedang cam gitu laa

haishh susah nak explain macam mane yang aku rasa .
benda nie terletak jauh di sudut hati paling dalam !
kalau orang yang dah meningkat ke fasa
dari budak sekolah ke fasa lagi satu 
mungkin korang ada terfikir macam aku 
terfikir untuk menjadi lebih baik dari sekarang

p/s : aku penah je terfikir bila nampak orang pakai jubah pakai purdah , how if one day kau pakai macam tu azila ? kan lagi selamat . bertutup semua . orang yang berhak je boleh nampak . hahaa . terfikir jelaa . nak buat macam tu insyaAllah kalau dia buka pintu hati aku why not kan .


hahaa . so now macam mane nak jadi baik lebih dari sekarang ?


kerana dia insan mulia sedangkan diriku insan biasa .
kerana peribadinya aku terpesona , kerna budinya aku jatuh cinta . 
rinduku padanya tiada terkata . nantikan laa daku ditaman syurga .


adakah aku layak untuk dinanti di taman syurga oleh dia kekasih Allah ? 



eh hahaa !



okey hahaa first time 
3 days again ehh azila 
then ingore jelaaa gila !
hailaaa bape kali nak buat tapi tak buat buat juga 
lu cakap banyak pusing sana sini laa dey


okey okey tiga hari lagi lepas tu
KAU BUAT !


p/s : aku tak boleh nak deactived account facebook lama2 laa . bukan sebab aku tak boleh hidup without facebook tapi abah aku suruh plan promote our restaurant via facebook . okey tegendala seketika . tapi aku tetap tak boleh nak online lame2 sekarang sebab kena kerja laa tolong abah aku . kesian plak kan takde orang tolong . lagi duit masuk . dari aku duduk rumah duduk depan computer sampai power spec aku tinggi baik aku tolong kat kedai . eheee :D







Feb 3, 2011

who's your top bestie ? ;



sape bestie anda yang utama ?
hahaaa . calon calon nya adalah mereka :DD 

1. erma nadia binti m nadzri
2. puteri syahiratun nabila binti ali asad
3. an nissa binti ahamad bastamam
4. siti nur amira binti hisamuddin

erks tu je kot . gila sikit kau azila . ohhh dorang bestie aku .
tempat aku cerita semua , semua benda termasuk benda personal
kira dorang pemberi nasihat laa cam gitu .
korang nak korek rahsia aku dari dorang
mimpi korang kena kejar hantu pun dorang tak kan bagitahu . heeee :D
best kan ? so korang cepat cepat cari pemberi nasihat .
make sure dorang boleh simpan rahsia ! kalau tak ,
habis korang satu malaysia tahu rahsia korang
( nak cakap satu dunia macam hiperbola sangat kan )

tapi tapi korang yang lain yang tak di sebut tetap bestfriends aku juga .
FOREVER ! artpash and esperanza  :D hahaaa . XOXO 




design baju ;




sweet tak sweet ?
haha design jelaa . ada juga rancang nak pegi print baju nie
tapi sorang rumah kat cheras , sorang kat shah alam , aku nie haa kat sabak bernam . kaki tak panjang lagi nak gerak mane2 . yelaa orang baru lapasbelas tahun kot . birthday pon tak lepas lagi so meaning still tujuhbelas laa kitorang :D insyaAllah , if ada masa boleh je . tapi tak mencapub sangat ke jual muka kat tshirt ? hahaaa . ktorang pakai tudung bukan orang nampak pun gambar sape . tettt

nie aku and annissa :D

ni aku , nissa and syaira 
click kat gambar untuk lihat dengan lebih jelas kepada sesape yang rabun tu
hee sape boleh teka kitorang kat mane time nieh 
jawapan tepat dapat rm10 ! meh cepat teka !!



sorry korang ;

heee assalamualaikum ,


actually nak bagi tahu ,
kepada kawan2 aku , member sekolah , asrama , FBian especially yang aku deactived account facebook aku . tak tahu sampai bila . entah , rasa macam dah boring guna facebook . now aku just blogging je . pape info aku yang terbaru yang rase nak share ngan korang aku update kat blog ehh . sorry if korang ada masalah nak contact aku . sesiapa yang ada phone number aku , boleh text terus kalau ada hal penting okey .

aku bukan saje2 nak hilang kan diri , nak lost contact ngan korang . haihh taktau nak cite cmne . alaa one fine day nanti aku active kan balik okey .
take care !


ohh ya , aku ada twitter and formspring . tapi tak payah laa tau . aku pon jarang bukan dua2 tu . aku buka twitter pon sebab nak ambik tahu pasal korea je . heheee . peace :D

adik aku bagi flying kiss :D