Jan 30, 2011

born on march ;

lai lai , sape lahir bulan march ,
boleh tengok sifat2 anda melalui kajian doktor fadzilah kamsah;


nampak tak ? kalau tak nampak juga click pada gambar okey


comment bagi diri aku berdasarkan bulan lahir aku ;
okey yang pertama berpesonaliti menarik dan menawan tu tak kot . aku menawan ? hahaaa . mudah didampingi tu tak dinafikan . aku senang berkawan dengan sape2 sahaja :D

sangat pemalu ? yelaa kot . masa mula2 jumpa je . kalau dah kenal macam murai tercabut ekor ! pemendam rasa tu yes ! aku tak kan menangis selagi benda tu aku boleh tahan . tapi bila aku nangis , silent crying tu lagi baik even dada aku sesak tahan bunyi menangis bawah bantal biar takda orang dengar . aku tak suka nak susah kan orang share problem aku yang remeh . aku share benda yang happy2 je . biar dorang rase yang hidup ni happy2 je . problem menyesak kan hidup tapi benda tu memantangkan diri kan ?

baik secara semula jadi ? ahaa tu kena tanya dengan orang yang selalu dekat keliling aku lah . aku tak reti nak judge diri sendiri . okey aku memang jujur . aku cakap ape aku nak cakap . aku tunjuk reaction muka tak suka kalau aku tak suka . pemurah tu pun same . goshh i've story bout peminta sedekah time aku umur 5 tahun ke 6 tahun dulu . aku still ingat sampai sekarang . nanti2 aku cite okey . pastu dah nama pun aku ni sangat laa pemurah mesti laa berkaitan dengan mudah simpati . pity you laa azila . terlebih simpati sampai orang pijak kepala .

sensitif pada perkataan ? tak kot . orang ejek aku , aku okey je . sumpah heartless gila . kalau tak tahan sangat silent crying saje . bukan orang tahu punn . sensitif pada alam sekitar . hmm boleh laa . takat pandang benda selalu aku tengok macam dah tak kisah tapi kalau travel mane2 naik kereta for sure aku nak duduk tepi tingkap and pandang luar je . abah aku cakap , kalau jalan pandang luar . boleh ingat jalan kalau one day nak pegi sendiri . teheee 8)

kalau dah suka alam sekitar for sure suka kedamaian kan . peka pada orang lain ? entah no comment.

kerja khidmat masyarakat ? boleh boleh . jadi kaunselor best juga . aku suka dengar masalah orang . tapi orang tak boleh dengar masalah aku okey . heheee

ohooo . aku hati lembut . temperature aku susah sikit nak naik . tapi kalau adik2 aku kerja memekak je kalau dah bagi warn banyak kali . memang nak makan ketam aku laa jawap nye tu . amanah ? ahaaa insyAllah . aku jaga amanah yang diberikan .

tahu balas and kenang budi ? eks tanya pada orang lahh . aku no comment . orang je boleh judge aku .

pemerhatian and penilaian yang sangat tajam itu memang betol . aku boleh buat buat penilaian and pemerhatian novel2 even novel tu aku dah lama gila dah baca . novel yang dah lama baca and baru sekali je aku baca , aku boleh ingat jalan cite sampai sekarang . jalan cite jelaa , nak cite detail2 , cikgu yang ajar sejarah tak buka buku teks 4 tahun pon tak boleh .

berdendam ? buat masa ni terkawal lagi . insyaAllah aku waras lagi nak fikir kan mane baik mane buruk . insyaAllah tak terjebak buat benda2 bodoh and terkutuk .

berangan ? banyak kot . aku suka berangan2 naik moto superbike ! tak dapat kawasaki , honda superbike pun jadi laa . minta2 jadi kenyataan . aminnn . aku suka sangat sangat melancong !

manja ? eheee ngan family aku jelaa . depan member aku tunjuk kental and kebal :D suka minta pemerhatian tinggi dengan keluarga aku jelaa . pe jadah aku nak minta perhatian tinggi kat orang luar . kalau husband aku lain laa .

kelam kabut dalam pilih partner ? ye kot . ehee aku single sekarang . tunggu orang macam tunggu air laut kering :D heheheee . gurau je okey

suka hiasan rumah tangga ? well minat gila kot . aku teringin nak jadi interior designer . hope one day insyaAllah .

bakat dalam bidang muzik ? gila ape . tangan aku dah laa kayu . nak main alat muzik pun tak pandai . pegang penyapu jadi gitar boleh laa :D

cenderungan dengan something yang istimewa dan baik . sume orang macam tu kot .

ikut selera . nie aku baru perasan masa exam spm hari tu . boleh aku balun makan ikut sedap anak tekak aku je . sekali timbang kat tesco kuala selangor tu . hambik kau kedebang berat kau jadi 52kg ! mak oii . kalau aku pompuan gedik mau aku menjerit biar satu tesco tu dengar . okey sekarang dah maintain balik jadi 45 , 46 or 47 . sekitar2 situ jeee . eheee . okey laa tu BMI aku pon normal dengan tinggi 162cm . tak overweight sangat tak underweight sangat .


haaa tu laa rumusan aku pasal rahsia bulan lahir aku;
korang pulak ape cer ? nak tau try application nie 

http://apps.facebook.com/rahsiabulanlahir/

5 comments:

  1. ada2 , try laa kat application fb tu .
    kan ada link dia :D

    ReplyDelete
  2. As salam...owh camtuu rupanya cik Zila nie.selamat berkenalan...

    ReplyDelete
  3. heeee , salamat berkenalan encik adam :D
    hizami april ? ahaa pegi laa try application tu
    XD

    ReplyDelete