Jan 30, 2011

born on march ;

lai lai , sape lahir bulan march ,
boleh tengok sifat2 anda melalui kajian doktor fadzilah kamsah;


nampak tak ? kalau tak nampak juga click pada gambar okey


comment bagi diri aku berdasarkan bulan lahir aku ;
okey yang pertama berpesonaliti menarik dan menawan tu tak kot . aku menawan ? hahaaa . mudah didampingi tu tak dinafikan . aku senang berkawan dengan sape2 sahaja :D

sangat pemalu ? yelaa kot . masa mula2 jumpa je . kalau dah kenal macam murai tercabut ekor ! pemendam rasa tu yes ! aku tak kan menangis selagi benda tu aku boleh tahan . tapi bila aku nangis , silent crying tu lagi baik even dada aku sesak tahan bunyi menangis bawah bantal biar takda orang dengar . aku tak suka nak susah kan orang share problem aku yang remeh . aku share benda yang happy2 je . biar dorang rase yang hidup ni happy2 je . problem menyesak kan hidup tapi benda tu memantangkan diri kan ?

baik secara semula jadi ? ahaa tu kena tanya dengan orang yang selalu dekat keliling aku lah . aku tak reti nak judge diri sendiri . okey aku memang jujur . aku cakap ape aku nak cakap . aku tunjuk reaction muka tak suka kalau aku tak suka . pemurah tu pun same . goshh i've story bout peminta sedekah time aku umur 5 tahun ke 6 tahun dulu . aku still ingat sampai sekarang . nanti2 aku cite okey . pastu dah nama pun aku ni sangat laa pemurah mesti laa berkaitan dengan mudah simpati . pity you laa azila . terlebih simpati sampai orang pijak kepala .

sensitif pada perkataan ? tak kot . orang ejek aku , aku okey je . sumpah heartless gila . kalau tak tahan sangat silent crying saje . bukan orang tahu punn . sensitif pada alam sekitar . hmm boleh laa . takat pandang benda selalu aku tengok macam dah tak kisah tapi kalau travel mane2 naik kereta for sure aku nak duduk tepi tingkap and pandang luar je . abah aku cakap , kalau jalan pandang luar . boleh ingat jalan kalau one day nak pegi sendiri . teheee 8)

kalau dah suka alam sekitar for sure suka kedamaian kan . peka pada orang lain ? entah no comment.

kerja khidmat masyarakat ? boleh boleh . jadi kaunselor best juga . aku suka dengar masalah orang . tapi orang tak boleh dengar masalah aku okey . heheee

ohooo . aku hati lembut . temperature aku susah sikit nak naik . tapi kalau adik2 aku kerja memekak je kalau dah bagi warn banyak kali . memang nak makan ketam aku laa jawap nye tu . amanah ? ahaaa insyAllah . aku jaga amanah yang diberikan .

tahu balas and kenang budi ? eks tanya pada orang lahh . aku no comment . orang je boleh judge aku .

pemerhatian and penilaian yang sangat tajam itu memang betol . aku boleh buat buat penilaian and pemerhatian novel2 even novel tu aku dah lama gila dah baca . novel yang dah lama baca and baru sekali je aku baca , aku boleh ingat jalan cite sampai sekarang . jalan cite jelaa , nak cite detail2 , cikgu yang ajar sejarah tak buka buku teks 4 tahun pon tak boleh .

berdendam ? buat masa ni terkawal lagi . insyaAllah aku waras lagi nak fikir kan mane baik mane buruk . insyaAllah tak terjebak buat benda2 bodoh and terkutuk .

berangan ? banyak kot . aku suka berangan2 naik moto superbike ! tak dapat kawasaki , honda superbike pun jadi laa . minta2 jadi kenyataan . aminnn . aku suka sangat sangat melancong !

manja ? eheee ngan family aku jelaa . depan member aku tunjuk kental and kebal :D suka minta pemerhatian tinggi dengan keluarga aku jelaa . pe jadah aku nak minta perhatian tinggi kat orang luar . kalau husband aku lain laa .

kelam kabut dalam pilih partner ? ye kot . ehee aku single sekarang . tunggu orang macam tunggu air laut kering :D heheheee . gurau je okey

suka hiasan rumah tangga ? well minat gila kot . aku teringin nak jadi interior designer . hope one day insyaAllah .

bakat dalam bidang muzik ? gila ape . tangan aku dah laa kayu . nak main alat muzik pun tak pandai . pegang penyapu jadi gitar boleh laa :D

cenderungan dengan something yang istimewa dan baik . sume orang macam tu kot .

ikut selera . nie aku baru perasan masa exam spm hari tu . boleh aku balun makan ikut sedap anak tekak aku je . sekali timbang kat tesco kuala selangor tu . hambik kau kedebang berat kau jadi 52kg ! mak oii . kalau aku pompuan gedik mau aku menjerit biar satu tesco tu dengar . okey sekarang dah maintain balik jadi 45 , 46 or 47 . sekitar2 situ jeee . eheee . okey laa tu BMI aku pon normal dengan tinggi 162cm . tak overweight sangat tak underweight sangat .


haaa tu laa rumusan aku pasal rahsia bulan lahir aku;
korang pulak ape cer ? nak tau try application nie 

http://apps.facebook.com/rahsiabulanlahir/

Jan 29, 2011

my nickname ;

hello peopleee ,
hee salam ,

okey jommm senarai kan bape banyak nickname aku yang orang guna
first of all mesti laa :

azila 
nama aku pendek je . noor azila . tapi major panggil azila . senang !
aku penah tanye abah aku , nape tak letak name panjang2 sampai dua atau tiga name
sampai dekat ic pon tak muat .
pastu abah aku cakap , name pendek senang . 
nanti nak nikah takde laa terbelit lidah nak sebut .
heheee . tapi betol juga kan 

okey second 
zila
nie name paling tak bape banyak orang nak guna laa .
aku pun tak berapa suka sangat nickname nie . panggil azila terus kan senang
kadang2 guna name ni , budak2 pompuan esperanza . habib sekali sekala 
pastu cikgu tusyen aku masa darjah 6 . dia ingat masa tu nme aku noorzila .
so panggil laa zila , zila .

third mesti lahh
ila 
okey yang nie banyak orang guna , nampak manja ke ?
bagi aku yang biase dengar macam normal je .
tapi bila budak laki kelas aku dengar macam apetah . abis kena bahan sebab 
nama aku macam manja , hee bia laa .
major yang guna name nie ofcoz laa family aku ,
neighbour , bestfriends aku , budak2 pompn smka simpang 5 .
err sape ehh lagi . ramai ramai . sedara mara jiran2 aku pun panggil ila

pastu 
aisachi 
yang nie nickname aku saje je letak . major budak skola kenal frm name tu
well dekat FB pun nme akhir aku tu . pastu kadang2 text ngn budak skola 
dorang panggil nme tu 

lepas itu 
sachi , saiscaschi , azila saici 
yang nie orang pelik2 je guna .
suka hati menukar nukar nama orang . ape daaa


so korang sume dalam group yang mana ?

belaja memasak ;

salam sume ;


okey , memandangkan tadi tengah lepak2 depan comp , tetiba perut aku nyanyi lagu dongdang sayang pulak . belum masuk heavy metal lagi tau . so aku fikir laa nak makan takda pula benda nak telan . pastu pastu terfikir ada telur kat dapur , kalau buat telur masak sambal okey juga . then aku search laa resepi dia from google . zaman dah maju kan . ngeee

tapi search punya search macam complicated je . aku nak benda simple and senang di masak ! so fikir punya fikir buat laaa sup telur . alright . search resepi from google lagi . okey bahan dia senang tak payah nak guna cili blander sume tu bagai . then lari lari pegi dapur . pastu cari bahan kat peti ais . pastu lari lari lagi pegi depan comp tengok bahan ape lagi takda dalam list yang aku dah ambik from peti ais .

erks , bunga cengkih tu macam mana rupa dia ? okey search google lagi .
okey macam nie rupa dia


ehh nie bukan orang guna nak buat rokok gulung tu ke ?
ahh pape jelaaa

okey , kat dapur takda benda cengkih nie . so tak masuk kan okey je kot . aku mula kan laa sesi masak memasak . adik aku tak percaye dengan kepakaran aku masak . ecehh . gaya cite macam dah pro . aku memang tak bape pandai nak masak okey . eheee . kantoi pulak . alahh tapi benda simple tu tau je . masak air . hahh tu lagi aku pro gila !

okey stop merepek ; continue

then masak masak , letak bahan itu ini . pastu aku fikir , camne nak bagi dia pedas ehh ?
sebab bahan dia aku guna bawang merah , bawang putih , bunga lawang , kayu manis , air , garam and minyak masak . tu je . ehh telur sekali . benda penting tu . so nak bagi pedas camne ? ahh biar jelaa . bukan nak bagi mak mentua makan punn :D

okey lepas dah mengelegak , masuk kan telur and tunggu bape minit , pastu tadaaaaaaaaaaaaa .
dah siap . okey senang gila . adik aku pun cakap rasa dia okey . tarik senyumm sikit :) ekekekee


nie dia sup telur aku ,

 ape macam ?

okey tak ?

okey , jangan complain bebanyak tengok gambar dia , gue enggak pro lagi dong . hahaaa . so sekarang tengah tunggu nasi masak tu aku sempat post benda alah nie . hahaaa . jommm makan !


okey , ada budak plkn sorang nie cakap ADA AKU KESAH bila aku cite kat dia aku masak . what the ?! huhhh geram nya aku . grr . rasa nak cubit2 plus sepak2 je . geramm kot ! kurang kurang cakap laa . ' ohh okey laa tu '

touching kot . dah laa message2 terus cakap hidup lagi ke tak ? ape punya soalan tu . tanye laa sihat ke tak . eeei , ehh ridhwan , kalau kau baca nie . aku touching gila tau ngan kau ! siod ! huhhh !




Jan 28, 2011

belog aku , sukati aku laa ;


hmm . okey laa . aku dah penat laa 
macam orang bodoh pun ada jugak , kan ?!
suka hati laa . ape nak jadi pun jadi laa 
you still have a long journey azila 

so , chaiyok !

Jan 27, 2011

gemuk , hodoh ?

assalamualaikum pembaca yang dirahmati semua ;


okey entry hari nie pasal orang gemuk gemuk .
gemuk tu hodoh ke ?

okey tadi aku baru baca kat majalah mingguan wanita bil 1419 . ada sorang pembaca wanita nie dia luah kan perasaan dia . selalu dihina , di caci , di pandang rendah oleh orang sekeliling . bahkan di jadi kan bahan jenaka juga orang kawan kawan semua .  kadang kadang , lawak rakan-rakan tadi mendorong wanita ini ingin meninggalkan dunia secepat mungkin . Masya-Allah . wanita ini juga trauma untuk bersosial sebab tak sanggup dijadikan bahan jenaka oleh orang ramai . dia juga berasa diri tidak layak bercinta dan dicintai .

salah ke orang yang gemuk mempunyai perasaan cinta ? Allah jadikan setiap hambaNya dengan perasaan yang suci . so janganlah sesiapa mempersendakan .

ingat lah wahai teman pesanan orang tua ' biar wajah buruk , asalkan perangai baik '

okey kalau kita dalam situasi di atas , kita sepatutnya bersyukur dengan kurnia yang Allah berikan . Dia tidak jadikan sesuatu keatas hambaNya tanpa sebarang sebab . setiap kejadian ada hikmah yang tersembunyi .
cuba fikirkan orang yang tiada nikmat mendengar ? melihat ? bersuara ? sekurang2 nya kita masih boleh melihat alam Allah . kita masih boleh mendengar kicauan burung . kita masih boleh bersuara . bersyukur dengan apa yang ada .


okey , conclusionnya , janganlah memandang rendah pada orang yang gemuk . mereka juga ada perasaan .
hormat menghormati antara satu sama lain lebih baik kann ?





***senyum lebar je kalau ada org ckp aku hitam . elehh jeles cakap jeles .
      pape pun self confident yang penting . so cheers !

contest pic hitam putih paling cool ;

hello peopleee ,

pagi pagi dah buka blog , then tengok blog cik amni ,
heee , sebab dia suruh tengok so merajinkan diri pegi jengah tengok entry baru :)

pastu pastu kat side bar belog cik amni ; ada contest pic hitam putih paling cool ! fuyoooh !
eh ehh cik amni , awak tak tag kita tapi kalau kita nak join , boleh kan ?

cik amni ; angguk angguk kepala atas bawah !
yes ! sayang awak cik amni . muahhh billion dollar !

okey syarat penyertaan boleh click sini ;  


okey saya letak picha ini sebagai taruhan !


okey , dari kiri jung shin , jong hyun , yong hwa , min hyuk !
okey tak ? cool kan ?! angguk laa kepala . haihh


okey azila , stop merepek meraban !
cabut jari tu nanti . suka tulis yang tak berkenaan 
\\(^_^)//

*
*
*
*
*
*
*
ehh penat laa nak buat star banyak2 ,
ingat senang ke nak pegang shift , star pastu enter 

azila , stop merepek ! cubit baru tau -,-
okey ini baru gambar betol punya 
 
made from london punya ! hahahaaaa :D

okey , kalau tak clear boleh click gambar untuk tumbesaran :D
muka kebudak budakan terserlah , well gambar antik kot nie ,
gambar time form 2 ! ecehh padahal umur baru bape nak kata gambar antik
poooodah !


okey ,kalau menang rm100 nak buat apa ?
ohh saya nak kumpul laa bagi banyak banyak macam gunung kinabalu 
pastu pastu saya nak beli honda CBR super bike !
huishh , cita cita tinggi melangit . bia laa . aku suka . bluek :P

okey saya tag dorang ;

okey done lima orang , ehh kalau yang lain nak join . boleh jugak .
cepat cepat ! tarikh tutup 
1 MARCH 2011

okey good luck then  \\(^_^)//

siti , i need you ;

weh weh , aku tak boleh buat !
hmmm . tangan mengeletar . rate jantung kerja lebih dari biase.
goshhh . macam mane nie , pleasee .


bom juga rasa benda alah nie . aman sikit hidup . hmmm
takda idea yang lagi bernas ke ?
bagi poison yang paling mujarab ke ? haihh

heeee . pfft ! tak suka nya benda2 macam nieh !
oxygen oxygen oxygen !

Jan 26, 2011

merepek ;

 
 kau bukan lah milikku
namun hati ini sudah terukir namamu
pedihnya sekadar menjadi pecinta bisu
aku tak mampu lakukan apa2
hatimu takkan dapat ku takluki
 aku sedar hatiku milikmu,tetapi hatimu miliknya
jangan muncul lagi dalam kotak ingatanku 
walaupun hidupku bakal gelap tanpa dirimu
maafkan aku kerana terlalu mengimpikan dirimu menjadi milikku
 
 ayat from ; abe rohimmm :D

ice cream potong ;

hello peopleee ,
hee salam :D


pfft ! tetiba pulak aku teringin gila nak makan ice cream potong 
nak yang kacang merah punya .
haihh kalau ada adik aku yang form 1 tu boleh aku suh dia pegi kedai beli
masalah nya dia kat hostel sekarang . adoi 

nak doh , serious gila nak . tapi sape nak menapak gi kedai tu ?
aku dah laa pakai pyjama sekarang . segan aa nak pegi pasar raya tu 



tolong sesape , delivery kat rumah akuuuu !



team medical dragon ;

hello peopleee ,

last year , kawan aku budak aminudin baki aka sab
balik skola with a lot of comic . woww .
before this aku tak berapa suka comic yang berepisod sebab
nanti nak follow kena beli tiap2 bulan . but time tu
dia bawak balik comic team medical dragon nie dari epsd 1 - 8
tak silap aku . sampai 8 laa kot .
sebab doctor ryu yang kena stop jadi doctor dia
langgar peraturan perubatan jepun . tapi gila interesting .
then dia di invite for join team untuk thesis batista . goshhh .
tapi tak boleh nak habis kan coz sampai epsd 8 je . kawan aku ckp
comic next epsd tak di bawa masuk ke malaysia sebab cite dia terlampau sangat .
tapi bagi aku best kot . haihh , sape tengok tau laa macam mane besar nye
tanggungjawap doctor nak selamat kan orang . so sesape yang berminat nak tengok ,

jommm cari kat sini ; mysoju.com/team medical dragon
enjoy your watching :D 

sorry takde gambar , malas nak upload . hee

everyday ;



hari hari online lama2 ngadap pc
mau makin tinggi power spec aku

take care . gotta go :D

Jan 25, 2011

new akmal ;

hello peopleee ,

hee nie the latest picture akmal .
habib kot tukang tangkap. okey dia dah boleh senyumm .
now tunggu dia boleh jalan pulak :D


akmal botak again
hahaaa . dah takde rambut mohawk dia dah .
rambut curl ada hati nak buat mohawk . cett

contest kami pose cumey ;

hello peopleee ,

oleh kerana cik amni menginvite join contest nie ,
so dengan senang hati nya saya terima lamaran tersebut .
ecehh , macam nak kawin je . tett :D



nak tau lebih lanjut pasal syarat penyertaan boleh click sini ; cik amni

ohh saya letak gambar ini sebagai taruhan !

ehh silap silap , ini pakwe saya ! hahaa , jangan maraa :)


okey gamba ini .
gamba jauh laa , click pada gamba untuk tumbesaran yang sihat okey .

sebab join ? entah cik amni invite , saya join laa . 
ecehh takde laa . sebab saya saja nak test .
lagi nie first contest yang saya join , tak harap sangat pun menang
saje nak show off gambar kitorang yang beraksi tak beragak nie 
jangan tak percaya , nie semua senior prefect tak bertamadun . hahaa
miss all of the moment :)

okey sudah habis merepek ,

saya tag ehemmm ,

and all my follower too . ecehh gaya cakap macam ramai sangat je follower . tett


Jan 24, 2011

kim hyun joong ;

hello peopleee ,

gosssh , pagi pagi buta nie tengok kim hyun joong macam orang gila je .
ohh ya aku tengok video time dia datang pavillion for promotion faceshop .
gila handsome laa dia . and ada lucky person yang beli product tu above rm300
dapat tangkap gambar and and that time , kim hyun joong peluk dia !
ohh my god . gila bertuah laa perempuan tu . aku yang tengok kat tepi pun
dah buat drama keluar air mata tengok dia peluk perempuan tu .

kalau dalam cerita , elehhh tak heran pun . tapi nie ... arghhh .
JEALOUS laa bhai ! muka dia muka tak berperasaan macam
muka orang jauh tuuu . hahaaa .

tapi kim hyun joong memang , pehhh . bergetar urat saraf tengok dia senyum !

 tengok tengok dia senyummm :D


 muka heartless :)


wahh , dia sangat sangat handsome ! :D



tulip ;

single tulip

thank you for everything
have a nive day :)



Jan 23, 2011

last entry ;



haa cuak cuak tengok title tu . heee
sebeno nye tu pasal nak cakap yang nie entry last before tido je laaa
okey actually aku nak cakap yang aku seharian tak jumpe nasi 
and now , pehh perut den dah nyanyi keroncong pulak 
agak agak kalau dia buat gig mau nye aku tak boleh jalan
nie pun kepala dah start pening pening lalat dah .

ehh aku bukan diet ehh , cuma duduk rumah nie tak rasa nak makan.
okey laa gotta go now .

by the way , for your information ;
hari nie hari AHAD lahh :D

so meaning if hari ahad is ;
BUDAK PLKN DAPAT PEGANG PHONE !

yess !! ehh asal kau excited terlebih nie azila ? -,-


radiusite ;

assalamualaikum ,


sebagai menyokong kawan aku yang kerja kat radiusite nie ,
aku tolong laa promote kan untuk dia ; ini hanya untuk wanita sahaja !


sesiapa nak beli shawls ke tudung bawal ke pape jelaa .
boleh lahh tengok kat website ini ; RADIUSITE

okey boleh order melalui internet ya kawan kawan .
so apa lagi anda yang wanita , jommmm serbu !

ehh kalau lelaki nak beli kan for girlfie tak pun
mak ke granny ke punn boleh juga . tak halang okey :)



pssst : abu zarin , kalau laku . bagi aku comision sikit tauu . hahaaa
memain je okey . peace no war :D

sape nak tau ?



isnin nie aku test jpj tau . heee . doa kan aku lepas . aminn
pehh nak mengabiskan belajar kereta memang macam tut tut . penat laaa ~
boleh tak kalau nak ambik lesen tapi tak payah belajar ?
grr . kau ingat azila , tu skola memandu bapak kau ? hehh

tapi kann . hehh . ada je budak budak yang macam tetttt .
wehh orang kat situ nak belajar memandu ,
bukan nak masuk litar sepang . pegi bawak laju laju buat ape .
bebulu je aku . tau aa lelaki terror laa sangat bawak kereta tu .
pendek pulak tu . bagi menyepak baru tau 

sorry , melepas kan geram ! 

kau ;



senyap lah kau 
tak payah nak merepek bukan bukan


aku penat laa . serious aku penat -,-



Jan 22, 2011

sk seri utama ;

haila hailaa peopleee ,
assalamualaikumm .

okey , untuk cari kawan kawan lama masa sekolah rendah dulu , aku ada create page for SKSU batch 2000 till 2005 . batch aku lahh tu . heee . pastu pastu aku tengok blog SKSU . wahhh . sekolah aku dah hebat tau . ke arah sekolah lestari lagi . since tukar guru besar nie ( sekolah rendah panggil guru besar , sekolah menengah baru panggil pengetua . hehee ) macam macam perubahan yang dia dah buat . bagus betol . makin cantik kot sekolah aku . haihh . rindu zaman sekolah rendah . serious ! takde benda besar besar pun nak kena fikir . benda paling besar pun nak kena fikir UPSR and PSRA.


siapa diorang ?

hai hai kawan , salam lahh dulu :D

okey selalu nya , aku suka sangat sangat lepak baca cerita dekat belog nie AMRAFAHAN . heee
sebab aku suka baca pasal anak anak si pemilik belog . sorry , lupa nama bapa dia laa :D
anak pemilik belog terdiri daripada abang and si adik adik perempuan . kembar tiga tau . tu aku suka baca gelagat mereka semua . hee kelakar .

 saya promote ehh gambar anak encik . 
tak suka boleh cakap , nanti saya remove :D
tu abang dia aqil , yang tiga tu bapa dia panggil auni , auni and , auni je . hee

pastu encik si pemilik belog , selalu sangat promote cerita pasal  BEN ASHAARI . dia itu laa ini laa . aku ada juga singgah belog dia . saja nak mengusha anak teruna orang tengok siapakah dia . penyanyi ? macam bukan . pelakon ? tak penah nampak pun kat tv tapi dia sangat femes laa dekat belog . kalau HANIS ZALIKHA tu aku kenal laa juga . sebab dia model . mula2 aku tak kenal juga tapi kakak aku yang bagi tau . ye laa duduk asrama tak sempat nak explore semua belogkan . tengah tunggu spm nie laa betol2 free gilaa

okey berbalik kisah ben ashaari tu , aku agak agak jelaa , ohh abang nie dia femes kot kat belog . sorry saya tak habis lagi explore blog encik ben :D nanti saya explore sampai saya tahu siapa ben ashaari yang sebenar . ekekekekee :D


siapakah beliau yang menjadi tanda tanya saya ?
ada orang tahu ?



jom gegar blog ! ;

hello peopleee ,

hehee brother ben ashaari ada buat entri pasal jom gegar blog .
tengok macam best je . ramai gilaa kawan . so aku pun nak join jugak :D
terima kasih ya encik abang ben . so apa lagi kawan

JOM GEGAR BLOG   ramai ramai

anything else boleh tengok sini ; BEN ASHAARI

Jan 21, 2011

ustaz amirul ;

saya suka ustaz amirul , tapi tapi ustaz amirul tak kenal pun saya . macam mana dia nak kenal saya ? anda gila ? ustaz amirul tu kan tajuk cerita slot zehra tiap hari jumaat malam sabtu tu . hahaaa . saya suka si pembawa watak ustaz amirul . siapa lagi kalau bukan hero idaman malaya pengganti rosyam nor si ashraf muslim . ehh bukan hero idaman malaya sekarang farid kamil ke ? hehh saya tidak suka farid kamil ! fullstop .

ahh jangan merepek lebih lebih . okey kembali ke tajuk ustaz amirul . saya suka tengok muka dia . muka dia nice kan , kan ? kan ?! angguk lahh . hehh tu pun nak kena cakap jugaa -,- pastu bibir ustaz amirul tu macam angelina jolie kan . hahaa . kalau anda tak percaya sila tengok gambar ustaz amirul bila nak iklan tu .walaupun bibir dia macam angelina jolie yang seksi tu , tapi dia tetap menjadi pujaan hatiku . muka dia sangat soft untuk di lihat . ngeh ngeh .

ohh patut laa rabun mata kau makin tinggi azila . sebuk mengusha anak dara teruna orang . hahaaa . tiada kaitan pun . mungkin sebab aku banyak mengadap skrin computer sampai 2-3 pagi sambil bergelap gelap . anda jangan amal kan perkara yang tidak sihat seperti cik azila tengah amal kan ini . memudaratkan penglihatan anda !

amirul firdhaus ;

siapakah si amirul firdhaus ? ohh dia classmate saya . dia suka riak dengan saya . dia suka paw saya seringgit . saya pun suka paw dia seringgit . dia suka riak dengan saya cakap ;

"ashraf muslim kalau berlakon mesti guna nama aku ". hehh perasan betol budak ni ! tapi memang tidak dinafikan .
dalam cerita puaka niyang rapik ashraf pegang watak ustaz amirul
dalam cerita aku masih dara sebagai firdhaus
yang terbaru drama ustaz amirul ni lahh , siap jadi tajuk lagi .
mana tak riak si budak amirul firdhaus nie . hehhh

pape punn ashraf muslim tetap best ! :D
agak agak berapa ramai mak mak kat luar sana nak jadikan dia menantu eh ? haha

 saya suka lelaki pakai glasses:D
tengok ashraf pakai , smart kan . hee

Jan 20, 2011

new playground

friends ,

dekat taman aku ada new playground tau ,
dorang dah ganti baruuuu . petang petang memekak
laa dengar suara budak budak tu main kat padang . adoi .
tapi jauh sikit dari rumah aku . hishh tak best ! tak boleh nak lepak . segan

dulu dekat sikit ngan rumah boleh lepak malam malam ngan bestie aku erma .
seludup lappy mak aku keluar pastu online connect dengan wireless rumah aku .
tak kesah langsung bergelap dekat playground tu dengan nyamuk tak makan saman nye .
heheee . tapi best tau . rindu bestie aku . asal lah dia dapat plkn . boring doi dia takda .

aku pun dapat jugak actually plkn . tapi tak dapat yang group first punya.
may be dapat yang second laa kot . hmm entah . tak dapat lagi bagus . hehee

salah siapa ?



 kau membuat ku berantakan
kau membuat ku tak karuan
kau membuat ku tak berdaya
kau menolakku acuhkan diriku

bagaimana caranya untuk
meruntuhkan kerasnya hatimu
ku sadari ku tak sempurna
ku tak seperti yang kau inginkan




salah siapa ?
awak yang tak mengerti atau saya yang mengharap?
tolong laa , awak boleh marah and maki saya kalau awak nak .
tolong sangat buat saya berhenti berharap pada awak .
pulang kan balik hati saya , tak kisah even hancur pecah berderai hati saya
masa boleh rawat , janji next time hidup saya lebih tenang and 
saya boleh terima sesiapa saja yang datang yang sudi hulur tangan mereka

awak ; orang yang jauh

cityville maniac ;

hello peopleee ,

sekarang bukan zaman farmville lagi , bukan gila fishville lagi
restaurant city pon dah tak hadap . lagi laa cafe world yang perlukan
penjagaan 24 jam sehari . tettt
sekarang saya gila main cityville .
korang main laa kat facebook . best !


flashback part 1 ;

hello friends  , salam alaik :D

okey jom kita main imbas muka imbas kembali ,
kita belajar bm tatabahasa lagi nak ? *sigh
tatabahasa laa paling aku tak suka belajar .
tu sebab bila cakap bila tulis banyak guna bahasa pasar je .

jom jadi skema ?
bangga sikit puan sumarni mentua aku tu kalau aku guna bahasa baku
teheee :D

kau nak imbas muka ke apa ?
hek kau , tu fikiran for next action yang akan terjadi .
tu laa , aku ajak belajar tatabahasa degil taknak . cubit ! aww


ehh jom laa kita imbas kembali , kau ni azila .
suka merepek sampai dalam laut !
aku banyak lupa laa moment masa sekolah rendah .
short memory sikit kepala aku nie.

tapi masa sekolah menengah start form 1 till form 5 aku ingat laa jugak sejarah yang banyak aku cipta .
ngeh ngeh . cerita nya bermula pada zaman form 1 .

bermula laa kisah aku masuk hostel . masa tu 31dec and malam tu of course tahun baru . well aku asrama pusat yayasan selangor ( asrama toh puan norashikin ) terletak dekat laa juga ngan segi tiga emas kuala lumpur tu . belakang asrama masa tu semak , sekarang dah ada shell mat motor besa selalu lepak .

malam tu happy bergembira sakan ngan kawan baru , pastu boom boom boom . tengok bunga api macam beruk kena belacan . hehh aku tak nangis tau . masa tu aku agak boyish sikit . pastu lepas habis kitorang sambung borak borak .

tak sedar lansung sorang member kitorang tengah cengeng menangis sebab homesick . ekekeke . sorry tina .
kitorang pujuk laa dia . okey je duduk hostel , tu laa ni laa . pot pet pot pet . pastu tido

sambung part 2 bila nak pegi skola . saya cochrane student tau :D

asal tak boleh ?

friends ,

kenapa blog aku tak boleh nak edit guna google chrome eh ?
dia macam bengong banyak gila .

dekat mozilla firefox boleh pulak .
tapi mozilla punya laa lembab macam siput .

hee actually takde laa lembat mana .
tapi aku tak bape berkenan nak guna mozilla .
tak berapa nak best

Jan 19, 2011

setiap hari ;

hepp oghe malaye .
hahak dah boleh jadi menantu makcik kelate tak ?
uhh nehi never taknak . terima kasih .

saya cari pure selangor saja kalau boleh . sebab saya pure selangor :D
hahahaaa . ehh apa kau merepek pasal benda nie ?
benda ni kau boleh post lagi lima enam tahun akan datang ! okey deal

okey pasal benda aku buat setiap hari memang benda sama .
macam mana tidak boring nok ?

okey pagi pagi lagi aku dah hidup kan bunyi mesin basuh . gedang gedung gedang gedung . duhh tipu sangat bunyi mesin basuh macam gitu ghupunye ( rupenye ) .

pastu aku akan basuh pinggan periuk belanga kuali segala bagai . ohh lupa sudu garfu sekali . hahaha :D pastu masak air sebab air rumah aku suka cepat habis . budak kecik kecik yang tengah sekolah tu hantu minum air tahu tak ? tak tahu senyap !

pastu kemas kemas bilik , sapu sampah dari ruang tamu sampai dapur . buang sampah kalau ada alam flora datang  . ( lori sampah datang ada hari hari dia )

pastu sidai baju . siap semua . lipat kain semalam punya sambil tengok tv . pc pun aku bukak pagi pagi sebab kalau kerja habis awal terus online . heee :D

dah lepas siap semua duduk online kejap pastu dah agak agak pukul 12 lebih bapak aku pasti and mesti call punya tanya " dah masak nasi belum ? "

aku ape lagi mencicit lari dapur ambik beras semua pastu basuh basuh and masak . guna periuk elektrik jimat masa . agak agak kalau masak guna periuk api mau hangit nasi aku . hahahaaa . lauk pauk tak payah masak sebab bapa aku bawak dari restoran . pastu online lagi sambil tunggu budak budak tu balik . pastu dorang balik siap siap kan dorang for pegi sekolah agama pulak .

pastu kalau aku ngantok aku tido tak pun online jelaa sampai petang atau malam . kesian ohh pc kat rumah ni . dapat rehat bape jam je . kalau dia boleh cakap mesti dia sound keras punya kat aku . ekekekeee .

elehh kalau berani sound laa ! :D

itu sahaja setiap hari yang berlalu dengan takda benda menarik :'(

sahabat saya ;

selamat pagi and assalamualaikum :D

hooyah . hati aku lega sedikit ,
sebab apa ? kawan gua sudah sedar dari koma laaa .
actually dah dalam seminggu ke empat lima hari lepas dia sedar

hehee . hebat tak hebat ? semua kuasa DIA .
thanks Ya Allah . Kau dengar doa kami semua .

dia okey takda hilang ingatan apa . puhh nasib baik.
ye aa . langar belakang kereta HILUX . dah laa tinggi kereta tu .
mesti laa kepala yang kena teruk , ye dakk .

well dia dah kembali ke perangai lama yang kerek and bajet rock star .
tapi perangai tu yang kami rindu .
yahh semoga kau cepat berjalan ya encik akmal ahmad
hahaaa gua dah tak sabar nak gather buat jamuan kelas .
tapi poor laa kau , paper LK terlepas . takpa ada hikmah doi .


*kau kalau baca jangan terharu gila sampai menangis meleleh air hidung
ekekekee . peace :D

ohh umbai chantek ! puji sikit awek kau . hahaaa

before tido

hello peopleee ,
aheeeeeeee assalamualaikum umat muhammad saw :D


okey before tido semua , kita post entry dulu .
argh . jap ape aku nak meraban haa . uhh ahh ehh
alahh nyah , mak takda idea laa . nie haa tengah 2.20am
mak lapar laa nyah . nak kodek kodek makanan kat dapur tu seram lak .
ekekekeee , padahal muka aku laa burung hantu kat rumah nie .


wehh jantung aku dupdapdupdap laa . korang dapat rase heart beat aku tak ?
tak dapat ? hahh dah tak lama laa tu . oik oik < bunyi babi sondol pokok :D


okeh cukup laa tu merepek , kang banyak banyak kan korang cakap aku gila pulak .
alamak , aku macam dengar bunyi bunyi laa kat luar rumah aku nie , gulpp
chow dulu aa . mak takut ( muka pondan mintak penyepak )

Jan 18, 2011

ALFIO RALDO.

hello peopleee ,
assalamualaikum and salam pagi selasa :D

ekekekekeee , dah nama pun perempuan kan
so mesti laa berminat dgn benda2 barang perempuan bagai nie
saje je nak tunjuk collection handbag .
actully aku nak cari warna plain putih tapi macam takda je .
yang putih tengok before nie kat catalog pun design 2008 tak silap . hmp


LB 50220
Colour: Maroon
1 Compartment
Size: 43x16x24(cm)
Price: RM 188.00


LB5622
White Bead
3 Fully Zippered Compartments
1 Zippered Back SLot
Size: 34x15x13(cm)
Price: RM 148.00

nie warna putih tapi ada corak2 pulak . tapi still nampak feminim juga

Jan 17, 2011

lagu favourite ;

share lirik laguuuuuuuu
yang paling paling paling aku suka 

DIA KEKASIH ALLAH 

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah



lirik yang sempoi tapi maksud mendalam kan ?
rasa sebak tiap kali dengar . damai hati 

surat chenta ;

hello peopleee ,
assalamualaikum and salam sihat sejahtera semoga :D ekekeke 


korang penah dapat surat cinta tak ? 
hahh tak penah ? punya laa baik korang nie. tett 

kitorang penah kot . ulang suara . kita orang . kitaorang 
dah name nye pun aku tulis mcm tu 
siap tulis banyak kali and bold plus colour lagi .
maksud nya yang dapat surat cinta tu 
kami semua budak2 esperanza beramai2 satu kelas.

kita orang semua 
budak baik
kami nakal tapi kami tak jahat taooo .

mari tengok surat cinta kami 


ekekekeke . baik gilaaa kan kitorang .
actually cikgu time nie bengang sebab kitorang lambat pegi kelas dia setengah jam
ye lahh dok siap kan kerja kursus lukisan kejuruteraan tu
dah ngadap kerja kursus mana nak ingat masa dah terlebih .
ngeee . padahal bukan nye selalu pun ktorg lambat masuk lab chemist nie .

pape punn kitorang budak perempuan ngn cikgu nie okey saje .
dah pun kls ktorg pompuan 8 orang je .
mesti laaa jadi anak emas sikit . ekekeke 
laki pulak 23 orang . major malay . memang banyak ragam laa kan .

korang yang baca , jangan buat macam nie tau . tak baik!

Jan 15, 2011

seindah memori

hello peopleee ,

banyak banyak novel mesti ending dia bahagia kan ?
kisah orang kaya jumpa orang miskin , cinta dua darjat , cinta terhalang
tapi akhir nya still bersama kann ?

haaa nie dia novel yang lain daripada yang lain . meleleh tak ingat beb baca novel nie
korang minat , baca laaa .


seindah memori 
harga : RM16.00



actually novel nie dah lama keluar . 
aku baca masa aku form 1 ke form 2 lupa dah . 
tapi jalan cite , plot cite dia aku ingat sampai sekarang
even aku baru baca sekali . baguihh kan
cuba laa baca sejarah macam nie . heaven betol . baca sekali je dah ingat   

taktau nak meraban ape -,-

hello peopleee ,
hehee , ehh before tu assalamualaikum . haa jawap ! dosaaa nanti :P

jengjeng , tukar lagi background , headbar and watsoeva .
kalau aku rajin banyak mesti lagu sekali aku tukar pastu blabla and bla . semua lahh .
heheee , mesti sesiapa yang bukan penganggur sepenuh masa jeles gila kan ngan aku .
wahhh banyak nya masa budak nie , kerja melepak depan pc 12/24 jam ! hahaa

takpayah nak jeles laa wey , korang tau tak . gila bosan duduk rumah nie .
well orang yang biase duduk asrama memang akan cakap macam tu .
ye ahh selalu bangun tido tengok kanan kiri , member korang .
nak mandi , ada member . nak makan ngan member .
boleh katakan sume life korang ngan membe lah kalau duduk asrama tu .

pastu pulaa yang aku tak puas hati nye
dorang cakap pengambilan unversiti area september .
gilaa lah . okey matrik bulan 5 . result pulak kua bulan 3 .
korang bayang kan bape lame aku jadi penganggur terhormat ?

haishhhh . saya jadi suri rumah tangga full time tau sekarang !
hello peopleee ,
assalamualaikummm and salam satu malaysia :D
ahhaaa . ni haaa lagu kebahagian dalam perpisahan piano version .
enjoyy !


Kebahagiaan Dalam Perpisahan Piano by Ray Mak




tengok dia main macam , wahhh hebat gilaa .
laju pulak tu . hehee :D
macam best jek macam nak blaja 
tapi aku nak blaja ? main piano pulak tu ?
jari pun keras ada hati tuhh . hahak . tengok je boleh laa 

awak ;

assalamualaikumm readers :)



setiap malam saya tunggu awak tegur tau 
tapi kalau awak taknak tegur takpe , mane boleh pakse2 kan 
itu hak awak . siapalah saya 



buat orang jauh ;

Jan 11, 2011

cucur jagung ke cekodok jagung ?

hello peopleee ,
hakhakk . ehh assalamualaikum semua warga blogger and anda si pembaca sekalian .
apa pasal gila excited sangat nieh ? kepala dah tak betol agak nye -,-


haaa aku nak bagitahu .
tadi kan , aku buat cucur jagung . alahh dia mcm cekodok tepung tu .
tapi ni dia letak lots of jagung . heheeee . SEDAP wehh :D
even adik aku pun puji . bapak aku senyap je . dia taknak puji ahh tu .
sebab aku dah buat dia bengang lambat masak nasi . haha . baguih betul kan aku ?
pastu adik aku puji cakap sos yang aku buat for cicah cekodok tu pun sedap .
tapi hmmmm sedih gilaa . tak sempat aku nak tangkap gambar
sebab lepas je aku masak and basuh kuali pinggan sudip and semua pekakas masak
adik adik aku dah balik terus serbu meja makan . syishhhh !

nie bahan2 yang aku guna for buat cekodok jagung tu ;
aku buat tak guna sukatan apa pun . main letak2 je . so kalau korang nak try
guna resepi aku ni , pepandai korang laa nak bajet bagi sesedap rase.

tepung gandum secawan setengah
tepung beras suku dari sukatan tepung gandum
bawang merah potong nipis 
serbuk penaik sedikit
ikan bilis segenggam , nak banyak pun takpe
garam and kunyit 
air pun mesti ada untuk bancuhan
ehh lupa . bahan utama mesti laa ada jagung 
korang ambik isi nya je .


pastu campur semua bahan plus air .
air tu letak bajet jangan cair sangat jangan pekat likat nak mampuih.
dah tu masak laa mcm biase sampai kuning-kuning


sos dia pulak .
sos cili campur ngan black paper sos campur air .
masak bersama minyak . minyak sikit je jangan bebanyak . nanti gemuk taktau :D

okey tu je . anda nak cuba resepi saya ? selamat memasak !

blog header ;

hello peopleee ,
ini hasil kerja aku . ahaaa .
lawa tak lawa comment jommmmm



nie kira 2nd yang aku buat . before nie header gambar lappy
tapi dah terdelete plak sebab pc aku guna nieh baru format

  yang nie kesinambungan dari yang atas , oleh kerana sebab ( sama je kerana ngan sebab tu -,-)
wayang jap . yang kat ats tu simple gila so aku create laa yang nie 



pastu dh boring kat atas tu and aku punya blog ada sikit problem so aku tuka name.
dulu aisachi sekarang aisachilla . heheee . header pon tuka baru jugak :)
yang nie mengedik buat baru . padahal kat atas tu tak sampai seminggu betenggek kat blog aku
so aku boring aku tuka baru . ehhh sume berkaitan tulip :) dah aku suka . hehe


tapi aku tak pro lagi mengedit edit nieh . nanti aku nak try blaja photoshop plak
gila blur aku nak paham benda tu . tunggu laa aku senang sikit nak layan2 benda remeh temeh
nanti baru aku buka photoshop tu . ohh ya . aku pun nak try laa nanti letak picture aku kat header
try and error jelahh . aku bukan pandai mana nak edit chantek2 sangat niehh . 
okehh laa korang , selamat berkarya 

kukatakan dengan indah;




Ku katakan indah dengan terbuka hatiku hampa

Sepertinya luka menghampirinya
Kau beri rasa yang berbeda mungkin ku salah
Mengartikannya yang ku rasa cinta

Tetapi hatiku selalu meninggikanmu
Terlalu meninggikanmu, selalu meninggikanmu

Kau hancurkan hatiku, hancurkan lagi
Kau hancurkan hatiku tuk melihatmu
Kau terangi jiwaku, kau redupkan lagi
Kau hancurkan hatiku tuk melihatmu

Membuatku terjatuh dan terjatuh lagi
Membuatku merasakan yang t'lah terjadi
Semua yang terbaik dan yang terlewati
Semua yang terhenti tanpa ku akhiri

Membuatku terjatuh dan terjatuh lagi
Membuatku merasakan yang t'lah terjadi
Semua yang terbaik dan yang terlewati
Semua yang terhenti tanpa ku akhiri

Kau hancurkan hatiku tak tertahan lagi
Kau hancurkan hatiku tuk melihatmu
Kau terangi jiwaku kau redupkan lagi
Kau hancurkan hatiku tuk melihatmu

Kau hancurkan hatiku, hancurkan lagi
Kau hancurkan hatiku tuk melihatmu
Kau terangi jiwaku, kau redupkan lagi
Kau hancurkan hatiku tuk melihatmu

Kau hancurkan hatiku, hancurkan lagi
Kau hancurkan hatiku tuk melihatmu
Kau hancurkan hatiku, hancurkan lagi
Kau hancurkan hatiku, hancurkan lagi
Kau hancurkan hatiku tuk melihatmu
Oooo...ooo...ooo...ooo...melihatmu



kau hancurkan hatiku tapi ..
aiman kan tak kesahh . kan ?

Jan 10, 2011

birthday dia ;

hello peopleee ,
assalamualaikum 

hari nie bersamaan 10jan birthday 
IKHWAN KAMARUDDIN !

tapi aku sedih . pasni mesti tak dapat jumpa dia dah 
sebab aku dah habis sekolah . even dia dah habis sekolah dua tahun
dulu dari aku , tapi sebab band dia mesti datang sekolah and kita orang
akan terserempak pastu buat tak kenal pulak tu .

segan gila kot kat dia . bila teringat zaman masa aku minat gila kat dia . pehh
malu doyy . hahak . well korang mesti ada jugak kan minat senior , aku pun sama :D
stalk orang suma . opss , bukan aku sorang je okey . kawan aku pun 2x5 

hee aku takmau laa cite pasal benda niehh . benda dah lama . 
just aku ingat , aku tertarik dengan dia masa form 1 . masa tu dia tengah main trumpet
dia form 3 . trumpet dia warna kuning tau . hahak .

kalau dia baca , jangan marah . 
wehh aku tak ngumpat kau tau .

sape nak teman aku :/

hello peopleee ,

tadi bersamaan hari ahad aku hantar kakak aku balik UniKl MICET kt melaka ,
khamis hari tu pulak hantar kakak aku lagi sorang kat UniKL BMI kt gombak ,
rabu 1st week skola pulak , adik aku yang form1 blahh masuk asrama .
abang aku pulak dah balik kolej dia , praktikal dah habis .
adik aku yang form 5 tu plak dah balik hostel hari ahad lepas .

and adik2 aku yang lain dah start sekolah . even yang paling kecik pon dah masuk
darjah 1 ! hee adik beradik ramai laa kawan .
tapi kannn. aku nak masuk mana ? nak pegi mana ? grr .
gila bosan siakk duduk rumah . tapi aku tolong2 lahh jugak bapak aku .
aku nak keje luar tak bagi . hisshhh .

mesti korang pikir , ehh best apa kerja ngan parents . jadi anak tokey pulak .
hekk kau . bohsannn gila .dah laa main2 je kerja . tak serius langsung . hmmm

Jan 8, 2011

100 times and more ! ahaa

peopleee ,

semalam kan kann . oleh kerana aku sudah tidak sekolah
so kerja aku membuang masa and karen ( elektrik ) kat rumah . hahaa
lepak depan pc berjam jam lamanyaa . and kau tau apa ?

kalau korang mesti dah dengar lagu macam2 kan ?
tapi aku asyik ulang lagu yang samaaaa je tak jemu2 . heheeee .
lebih 100 kali kot ulang lagu yang sama tanpa rasa boring
tahh aku suka gila lagu kat belog aku niehh .
even korang yang tak paham korea pon akan cakap
ohh ini mesti lagu sedih . memang punn .
rasa macam something bila dengar lagu nie . jiwa tenang ;DD

korang dengar lahh lagu nieeee
WITHOUT WORD-park shin hye
and korang boleh search kan google if nak tau maksud dia .

Jan 7, 2011

not mine :)

peopleee ,

dia dah berpunya

dia dah berpunya

dia dah berpunya !

okey fullstop ! 
dia dah berpunya so free kan hati anda azila and sing the BECAUSE I'M STUPID song slowly .

because i'm stupid translation
I’m really, very foolish
I know of no one other than you
you’re looking at someone else
yet you have no idea of my feelings like this
I won’t be in your days
I won’t be in the memories either, however
only you, I looked only at you
and the tears keep coming
As i watch you walking past, I’m still happy
even yet you still don’t know my heart
I should stop this and go
I really want to see the day
I’m withstanding the pain each day
“I love you” is playing on my lips
Alone once again, crying for you
alone once again, missing for you
Baby, I love you, I’m wiating for you
I won’t be in your days
I won’t be remembered either, however
only you, I looked only at you
I’m making memories alone
Loving you is like having a beautiful wound
I look at your pretty smile also
but I cannot laugh with you
I’m thinking about you so much everyday
my heart is hurting in all these sad days
‘I want to see you’ is playing on my lips
alone once again, crying for you
alone once again, missing for you
Baby, i’m waiting for you, I love you
bye bye, never say goodbye
even though I cannot hold you like this
I need you, I cannot say anything more, I want you
I keep on hoping too, I’ll keep hoping….
I really want to see the day
I’m withstanding the pain each day
“I love you” is playing on my lips
Alone once again, crying for you
I’m thinking about you so much everyday
my heart is hurting in all these sad days
‘I want to see you’ is playing on my lips
alone once again, crying for you
alone once again, missing for you
Baby, i’m waiting for you, I love you

haipp , kita tak tunggu awak tau . tu sekadar lagu je 
kita doa kan awak bahagia dengan dia si kekasih hati , 
kita tengok dari jauh je tau :) so senyumm